Friday, July 29, 2016
Kesetiaan
Friday, July 22, 2016
Random
Friday, April 8, 2016
Cinta yang patah
Mungkin terlalu banyaknya aku mengeluh. Tentang nasib dan kekurangan diri. Membuatku aku semakin berlalu jauh dariMu Tuhan. Aku sedar dari khilaf dan alpa. Sedar mana kurangnya aku dari mencapai syurgaMu.
Mungkin aku terlalu nampak tiada bersungguh bila meminta kepadaMu. Atau taubatku hanya sekadarnya sahaja. Ya Allah, bukan aku meminta dari sini sahaja. Bahkan sepanjang masa aku senantiasa berdoa kepadaMu. Tentang ajalku. Tentang rezekiku. Tentang jodohku. Patut jiwa ini berhenti berharap kepada makhlukMu Tuhan. Patut jiwa ini sering dibasahi dengan zikir rinduMu. Terlalu ingin aku berdamping denganMu.
Maafkan aku,
Kerna terlalu tergesa dan terburu,
Aku bukan lelaki yang engkau sangkakan
Kalaulah sahaja engkau membuka pintu hatimu sebentar.
Maafkan atas rasaku,
Kerna terlalu cepat mencintaimu,
Kini aku tahu mana letaknya hatiku,
Biar perasaan rindu itu terus direnggut
Maafkan atas sesalku,
Syurgamu terlalu harum
Syurgamu terlalu jauh
Syurgamu terlalu indah.
Dan tidak bisa aku gapai,
dengan kedua tanganku yang bernoda maksiat
Seharusnya aku yang pergi
Bukan kamu yang menyepi,
Kini biar aku sendiri,
Menjalani hari tanpa ada lagi
kamu disisi..
Tuesday, December 29, 2015
Bermula semula
Izinkan jari ini kembali rancak menari di atas papan kekunci sebagai pena bagi mengisi lembaran putih setelah lamanya tidak tersingkap dek lumpuh kerna tiada mempunyai jasadnya.
Bismillah.
Sungguh bahasa ini telah kaku, kerna lamanya tidak digarap dan dibasahi dengan puitis puitis jiwa, yang sekian lamanya terendap.
Wahhh. Aku benar amat merinduimu wahai blogku. Walau kini kau tinggal seorangan tanpa mata liar memerhati. Kau selalu menghidupkan jiwaku dikala kesepian dan belasungkawa. Ingin aku menemanimu saban hari tanpa renta dan nista dunia mengkhayaliku. Apakan dayaku, iman telah kering surut dimusim dan terbejat.
Pada kini, aku kembali. Memecahkan patah-patah kata lalu disusun segaris menjadi andaman indah penghias seri wajah mayaku yg sering kesepian dan durja. Aku kembali menabur air sekata, menghidupkan pohon-pohon hati yang telah mati. Menjadi sekuntum mawar iman yg memesonakan marhaen sekelilingnya.
Inilah aku. Kembali yang entah ke berapa kali. Semoga istiqamah.
P/s: Go, Dhon Go !!
Friday, July 10, 2015
Tirakat
Meski hayat sudah terlalu suntuk
Mengecapi nikmat dunia sementara ini
Dek nafsu yang diladeni
Menutup pintu cahaya
Menerobos lubuk hati
Lelaki biasa itu. Terkumpul khilaf dan dosa. Sering menjerumus ke lembah nista. Apa yang ada padanya?
Dari jiwa dalam dan tulis lemah luahan hamba. Sungguh tirakatku, hanya untuk Engkau. Walau duniaku berpaling ke kiri, namun hati ini.. Hanya mahu terarah kepadaMu..
Monday, April 27, 2015
Kau..
Bisakah aku mencintai kau sekali lagi ?
Untuk kembali menyerikan hidupku yang sering basah kesedihan. Kembali mewarnai hari-hari hidupku mengenangmu saban waktu. Walau sekalipun cintaku tak berbalas, namun mencintaimu adalah satu perkara bahagia mengenainya.
.
Setiap hal yang meragukan, walau terkadang ia menyeksakan. Namun tetap ada semburat bahagia.
.
Jika sesuatu perkara yang kita ingini tercapai, pasti ada jalan mudahnya. Setiap iltizam bermula dari sepotong usaha yang gigih. Lantas dicampuradukkan dengan doa serta tawakal. Tentang kau wahai ratu cinta,
Aku akan berusaha meraih segenap semangat, lalu ditumpukkan pada jalannya,
Pasti kau akan tersungkur. Ia tentang bahagia yang ku idamkan. Dari sepotong hati yang dalam tiada meragukan. Ya, dikaulah ku cari.
p/s: Perlahan rasa itu akan memakan. Menenggelamkan azam yang membara. Kerna Tuhan tahu, dan Dia Maha mengetahui segala.
Thursday, April 23, 2015
Dalam mendung..
Kenangan aku terlempar setahun yang lalu. Ketika aku dibuang dan menyisih.
Dalam ratap aku duduk antara dua sujud, merayu pada Tuhan dengan suara syahdu. "akan kemana arah tuju hidupku.."
Masa itu pantas bergulir.
Solat asarku tenang. Didalam masjid, dilindung awan mendung. Bertambah mendungnya dengan resah hati berbaur duka juga.
Aku menangis, merintih dosa yang tidak serik dilaku. Dosa yang menjeratku ke arah tali 'gantung'. Dalam mendung, serak suaraku meratap pilu.
Dalam mendung juga, sama juga cuaca pada hari ini. Membuat kenangan itu terlontar kebelakang. Meski, sulit ku sisih kenangan hitam itu.
Namun dalamnya, mungkin ada doa yang termakbul. Dalam pekat awan mendung. Penuh sesal tiada maaf.
Tuesday, April 14, 2015
Lelah..
Aku menyebutnya dengan matahari
Suaraku yg kian rayu dan syahdu
Datang membisik hangat
Menerpa cinta
Ketika dingin hujan merambat pilu
Tulis tangisku menari
Di antara pena papan kekunci
Meruar rona rona cinta
Bisik angin terlalu perlahan
Menghujam rindu terlalu kejam
Jatuh terkulat terbang melayang
Diri dihadap jodoh dan ajal
Andainya hidup bisa memilih
Pasti ku warnai jalanku menuju Tuhan
Memilih mendekat denganNya
Mengkhabar rindu yang terlalu mendalam..
Melepaskan segala keluhan di ribaNya
Pulang pada yang Esa..
Tanpa ada insan yang terluka.
Menuju makrifatMu rabbi..
"Bawalah ku ke atas.."
Tuesday, April 7, 2015
Diam..
Diamku membisu.
Celikku membuta.
Telingaku tuli.
Kata hatiku mati.
Jiwaku tersiksa.
Teriakku membisu.
Batinku meronta
Resahku gundah
Menanti waktu yang enggan berulah
Meniti senja yang bakal berlabuh
Meniti ajal yang tak akan bersambung
Meniti jalan yang tersinggung
Menanti hari yang tak akan berkunjung
Menyebut hari meniti masa.
Dengan perlahan terlebih siksa
Dengan pilihan atau ujian
Dengan jiwa mahupun raga
Bakal hati diremuk dendam
Jasad dibenci hidupku kelam
Mencari saat meminta kemaafan
Hilang sahabat hilang kawan
Hilang punca hilang segala
Bunga angkasa.
Mewarnai terang malamku
Tulisan melukis terang akan warna hatiku.
Thursday, April 2, 2015
Sweet 17
Terkenang dahulu ketika usia 17 tahun aku mendapat sehelai surat dari sekumpulan pelajar perempuan daripada sekolah teknik kuala klawang.
Surat tu semua pakat wish birthday ala sweet 17 gituw. That's the best birthday present I've ever had.
Yang sadisnya, dalam surat tu semua tulis nombor handphone masing-masing untuk dicontact. Dan.. Aku tak dapat membawa seorang pun ke jinjang pelamin. Wakaka. Jodoh tempat lain agaknya.
Haih, kenangan-kenangan. Ketika di matrik pulak, lain pula ceritanya. Hm, tersengih sorang- sorang aku tulis entri ni. Setelah sekian lama tak berusik.
Ye, itulah hari hari indah yang aku lalui bila menjelang April Tiga neh. Dan tahun demi tahun yang berikutnya, ia semakin pudar dengan warnanya. Hari istimewa buatku tidaklah seceria dahulu.
Rindu zaman remaja. 😞
Yang pastinya. Tiap kali April Tiga neh, aku sentiasa berasa seolah olah 17 lagi. Haha.
Mudanya aku. 😜
Dan pesan untuk diriku sendiri. Jangan terlalu selesa berada ditempatmu sekarang. Dimana kau berada, berdiri, dan berlari, jangan lupa mereka yang berada dibelakang. Jangan dilupakan rezeki yang Tuhan beri. Jadilah insan yang setia dan jujur. Kerna, dalam maya ini.. Hanya dia seorang sahaja yang membacanya.
Ye, 'awak'.
Thursday, January 1, 2015
Rindu
Merangkak riang di tengah sendu
Merangkai serpihan hati tempat mengadu
Menanti waktu yang enggan berulah
Dengan hati serasa patah
Tak pernah ada serpihan mata
Dari rasa riang meronta-ronta
Kan ku nanti dalam tenang
Meski raga turut berperang.
Tahun baru, 1/1/2015.
Tuesday, December 9, 2014
Matahari
Friday, October 17, 2014
Hampir kesitu..
Adakalanya kita rasa kita mahu hampir ke syurga.
Tapi perjalanan itu masih panjang. Kita tidak pernah sedikitpun mahupun hampir di syurga Tuhan. Bayangan, dosa silam menghantui sepanjang perjalanan.
Namun sinar harapan, untuk terus berusaha, menjadi hamba sebaik mungkin. Tiada pernah surut. Malah mengibar azam dan harapan. Jalanku disoroti dengan nian pelita yang hampir padam. Segelap titik hitam yang mendiam dalam hati.
Inilah hamba yang penuh sekali dengan kesalahan pada PenciptaNya. Tiada pernah kenal erti sesal dan taubat. Istighfarnya hanya bermain dibibir. Melakarkan symposium atas angin yang sia-sia.
Setiap bait katanya, akhlak dan perilakunya di khalayak ramai, senyiur daun yang melambai. Melayarkan orkestra “Konserto Terakhir”.. Indah di pandangan tuan dan hamba.
Inilah hamba, walau beribu kali sesal di utarakan. Semaraknya bak bah memukul pantai. Namun akhirnya surut ke samudera. Walau beribu kali sesal ku bisikkan padaMu Tuhan, namun adakah pada akhirnya jalan ku akan kembali ke muaraMu ?
atau ia akan berhilir ke arah lembah yang membakar.
Sungai kehidupan ini masih mengalir, sederas arus dunia yang menghambatku ke perosok sana. Tiada dahan untuk ku berpaut. Hanya menanti sinar hari esok. Pulang ke pangkuan ribaMu.
Hanyalah padaMu doa dan harapan. Dan tawakal setinggi awan. Usahaku untuk meraih redhaMu yang hanya tinggal kini, dan untuk selamanya. Selama nyawa direlung jantung.
..
p/s: Jumaat, 17/10/2014. Kak Ema jiran rumahtangga ku telah kembali ke rahmatullah. Semoga Tuhan berkati roh dan amalannya. Hidup ini hanya sementara. Itu yang aku cuba sampaikan pada diriku. Kenapa aku masih tidak mengerti. hm ~
Friday, August 29, 2014
Sekejap sahaja..
Itulah ungkapan yang sering ku dengar.
Bila aku meluahkan letihnya belajar. Mahu berhenti belajar. Lama lagikah ? “Sekejap sahaja.” Diulang-ulang sehingga aku merasa bosan. Bagaimana harus melaluinya ?
Masa begitu perlahan berlalu, apabila aku sering menghitung saat. Dari saat jatuh ke minit. Dan seterusnya jatuh ke jam, ke saban hari dan minggu. Sehingga berlangsungnya hari yang aku tunggu.
Bila saat sukar berlalu dalam hidup. Itulah detik yang aku pinta pada Tuhan. Berlepas daripada ujian yang sukar. Kesabaran terlalu menggugat keimanan, yang pada akhirnya akan disinari dengan kebahagiaan.
Sabar.
Inilah ayat klise yang selalu diutarakan oleh mereka. Setutur lidah meluncur perkataan ‘sabar’. Atau ingin aku penuhkan bicara mereka seperti ini, “Sabar, sekejap sahaja… ” .
Ujian ini terlalu menghambatku.
Aku yakin, aku benar-benar telah kehilangan cahaya. Terperosok ke dalam. Timbul tenggelam. Tiada daya melawan gelora. Hanya terngiang ditelingaku adalah ‘sabar’. Namun, berapa lama lagikah ?
“Sekejap sahaja…”
Aku meyakininya. Mungkin pada suatu hari nanti, saat yang dilalui ini, hanyalah sekejap sahaja. Ketenangan yang aku cari selama ini. Perjalananku semakin hampir ke muara akhirat.
Wahai, indahnya.
Jika aku dapat merasai kesabaran itu semula, yang sering kalian utarakan. Kerna ianya semakin haus di gesel bersama ujian. :)
‘Sabar, dimanakah kau sekarang ?’
Monday, August 18, 2014
Sebiji roti..
Pernah sekali, dalam satu hari. Aku memakan roti perisa jagung, dengan penuh sebak dan juraian air mata. Hari itu, aku hanya memakan sebiji roti. Belum pernah aku merasa begitu bersyukur, dengan nikmat yang telah Allah beri selama ni.
Dengan roti itu aku bersabung nyawa. Aku pecahkan duit tabung, "Alhamdulillah, cukup beli sebiji roti." lalu air mataku tumpah tanpa segan silu. Hanya itu yang ada.
Aku kunyah dengan perlahan. Dan dengan perlahan air mata tumpah lebih laju. Aku minta pada tuhan, tabahkanlah hati ini. Dan tangisanku mula menjadi. Seperti anak kecil meronta-ronta.
Rapuh. Badan ku semakin susut. Sujudku betul-betul tenggelam dalam larut dunia. Esakku menjadi. Aku pandang bilik, sepi. Lalu aku hamburkan segala.
Malam itu ditemani dengan unggas berterbangan di angkasa, ada seorang hamba yang kehilangan cahaya, merintih sayu. Suaranya berkeladak, tersekat dikerongkongan. Meminta simpati tuhan.
Dia memandang, pada plastik pembungkus roti. Lalu tangisnya kembali lagi. Dan dengan penuh tiada daya, dia tidur bagi menghilangkan rasa duka. Atau mungkin rasa hiba.
Sebungkus roti perisa jagung, itulah makanan yang paling enak yang pernah dia rasa.
Walaupun rasanya sama...
Thursday, August 14, 2014
Sayap-rindu..
MENUNGGU DI SAYAP RINDU
Burung pun bernyanyi
melepas segala rindu
yang terendam malu
di balik qalbu
Angin pun menari
mencari erti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu
Didalam sepi ia selalu hadir
Didalam sendiri ia selalu menyindir
Kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka
biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar
Sabarlah menunggu
Janji Allah kan pasti
Hadir tuk mendatang
Menjemput hatimu ..
cp. shared
Friday, July 25, 2014
Prioriti..
Memilih prioriti dalam autoriti.
Berkisar soal jodoh episode lalu, aku telah memutarkan tentang pilihan yang bagaimana harus kita cuba. Memilih prioriti dalam autoriti. Ia satu subjek yang mudah untuk dihadam.
Cerna baik-baik.
Dalam memilih pasangan, kita ada autoriti untuk memilih. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda, pilihlah pasanganmu berdasarkan kecantikan, keturunan, harta, dan agama. Ini autoriti.
Namun,
Dalam hadis demikian, nabi dah highlight untuk memilih agama berdasarkan keempat-empat pilihan terbabit. Ini prioriti. Keutamaan. Maka pilihlah beragama. Memilih prioriti dalam autoriti. Kekuasaan kita.
You decide it.
Memang sukar untuk mengukur agama seseorang, maka jika ketahui oleh kita baik agamanya, taatnya pada orang tua. Maka tugas kita menyempurnakannya. Nak terus cari sempurna ?
Tiada masalah kalau jumpa.
p/s: Suka benar aku tajuk nih. Entah kenapa..
.
Monday, July 21, 2014
Campak-belakang..
Pejam pelik pejam pelik, empat tahun sudah berlalu.
Pelik betul.
Masa berlalu bagaikan angin yang bertiup kencang. Menerawang meninggalkan daku asap yang berkepul-kepul di liang eksos motor, terkulat-kulat tidak berdaya. Meninggalkan ku seribu satu cerita dan pengalaman yang sangat berharga,
ketika berada di buminya Melaka…
Saat pertama kalinya memijak kaki di sini. Ku lihat serba serbi kekurangan di sana sini. Tanggapan ku meleset. Fakultiku merempat merata-rata. Itu cerita semester pertama.
Masuk semester kedua,
Fakultiku dipindahkan ke Cubic sana. Mulanya tak berapa berkenan. Banyak infrastruktur yang masih belum sempurna. Bumbung bocor sini sana. Bangunan pun masih lagi disewa. So, tiada apa nak dibangga. Pengajianku, ku teruskan jua.
Masuk semester ketiga,
Aku masuk tahun dua. Tapi kolej kediaman ku tercampak ke ceruk dunia. Aduh ! Jauhnya.. Tahun ni, ditaklifkan dengan bermacam-macam jawatan, tapi ya.. Hanya sebagai kuli sahaja. Tak hebat mana.
Masuk semester keempat,
Masih lagi berada di tahun dua. Dipenggal yang kedua. Belajar bagaikan nak gila. Pelajaran ku di ambang kejatuhan. Sedikit demi sedikit pointer jatuh tanpa rasa kasihan. Aku yang tercungap-cungap kebasahan.
Melangkah ke tahun tiga, ku mula membawa diri. Pergi bersama teman sekelas, serumah menyewa. Konon, yakin gila pointer akan naik. Tapi aku lupa, tanpa usaha kita tak kemana. Demikianlah nasib, bujang pak malang.
Sampai satu saat, pengajianku tergendala.
Aku hilang tiba-tiba. Kaki ini didorong Maha Kuasa, melihat sudut lain pada sebuah kehidupan.
Yang yakin, teramat yakin pada rezeki, ajal dan jodoh.
Yang tiada pada hatinya dunia.
Yang tidak mengejar sijil semata-mata.
Yang menghambakan seluruh penghidupannya dengan yang Esa.
Itulah hati yang mendendang harap. Pada kalam Allah, cintanya bersemi, mengimani dengan segenap leluruh dedaun yang berterbangan. Aku temuinya satu pelajaran, dalam satu semester yang panjang. Harga sebuah keyakinan.
Semester ketujuh baruku usai berlalu. Rentak langkahku masih layu. Sama seperti dahulu. Yang beda hanya satu. Azam aku untuk bergerak dengan lebih laju. Untuk mengejar langkah sahabatku yang telahpun beransur lalu. Takpe, biarkan sahaja. Jalanku, ternyata jauh lebih panjang tak seperti diduga.
Masih ada satu semester berbaki. Dengan imbuhan kredit yang sangat menggila. Mampu atau mampu ? Positifkan saja. Kerna aku yakin, disebalik kesulitan, ada kemudahan. Biar keruh air dihulu. Mungkinkah jernih dimuara ?
Untuk satu lagi arus yang akan ku lalui. Aku akan betah disini. Redah, dan lalui onak duri.
Bersendiri…
Telah tertulis suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya..
p/s: Lama tak menconteng kanvas putih ini disini. Post sekali sekala akan membuatkan ia sangat berharga. Bukankah begitu ? :)
.
Saturday, June 14, 2014
Panas..
Manusia.
Ada sahaja istilah yang digunakan bagi menampakkan sesuatu benda itu terjadi kerna ‘scientific reason’.
El-Nino lah.
Tsunami lah.
Katrina lah.
and to name a few.
Ketepikan segala istilah-istilah yang digunapakaikan selama ini. Seolah-olah menampakkan sesuatu benda besar itu terjadi kerana putaran alam, or some other reason relate to earth’s age. Or any other digestible reason that could be warm for some kind of creature to proceed destroying the nature habitat.
Fikirkan,
Kenapa benda ini terjadi ?
Sebab apa benda ini terjadi ?
Kuasa mana yang membuatkan ini terjadi ?
Tuhan, cuba menyedarkan kita. Betapa kita telah jauh melakukan kemungkaran dibuminya. Kita hamba yang berdosa. Tak pernah sekalipun kita cuba menyenangkan hati Tuhan kita, meraih redhaNya.
Padanlah Tuhan murka.
Panas … Panaskan ?
p/s: Guwa pun panas jugak nih. Baca berpuluh kali, tapi masih jua tak faham apa yang soalan cuba nak sampaikan . Oh final exam, be warmed.
Saturday, May 24, 2014
Seindah biasa..
4 tahun yang lepas
Kami berkumpul bersama-sama. Dan tatkala kami berkumpul, bicara baitul muslim mesti tidak pernah lepas. Bergurau dengan sejenakanya. Dan dalam kumpulan kami, bicara yang biasa-biasa, akhirnya menjadi nyata.
dan masa itu pun semakin berlalu..
Meninggalkan segala memoir indah bersama. Salah seorang dari kami telah pun mengotakan apa yang dikata. Inilah dinamakan gurauan berbisa. Waima, aku antara orang yang paling galak, bila isu sensitip ini disentuh.
Isu ni lah yang membuat aku belajar sesuatu. Belajar melalui pengalaman hidup, melalui pengamatan, dan pemerhatian. Namun, belum sampai lagi kepada penghayatan…
Setelah sekian masa bergulir…
Isu ni semakin lama semakin tenggelam. Mungkin setelah sekian disibukkan dengan tugas dan amanah sebagai pelajar.
Namun, entah bagaimana…
Usrah pada malam itu, hanya kami bertiga.
Sharing moment, tentang sesuatu yang telah lama pergi. Kembali timbul, menghangatkan arena pentas akhir. Dipenghujung usia seorang pelajar.
Ianya segala berkisar tentang kasih sayang. Yang Allah utuskan pada tiap-tiap hambaNya. Mereka diseru dengan seruan kasih sayang. Harus saling mengasihi antara sesama insan dan makhluk yang lainnya.
4 tahun berlalu
Kami masih sama. Namun masa tidak akan pernah sesekali sama. Duduk di dalam sebuah bulatan bahagia. Menceritera sebuah pengalaman panjang, walau belum pernah bersua dengannya. Duduk membicarakan perkara ini dengan lebih matang melihat. Bukan hanya sekadar gurauan berbisa lagi.
Baitul muslim yang didirikan,
Memerlukan tiang-tiang yang kukuh. Bata-bata yang ampuh. Bumbung-bumbung yang meneduh, sejuk panas dan hujan.
Begitupun, soal amanah dan tanggungjawab, ia harus dipikul. Dengan seganyang-ganyangnya rasa, dan selumat-lumat pengertian.
Usrah pada malam itu, hanya kami bertiga.
Namun, dengan watak yang berbeza. Dan karakter yang berbeza. Kerna masa telah mendewasakan kita. Mengajarkan kita tentang sebuah silabus dalam hidup. Pengalaman.
p/s: perjalanan ni masih panjang. itu yang selalu aku bisikkan dalam kalbu terdalam. tentang bagaimana kesudahan cerita ini.
psm.. hmmph~
