Showing posts with label Kenangan semalam. Show all posts
Showing posts with label Kenangan semalam. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

Dalam mendung..

Kenangan aku terlempar setahun yang lalu. Ketika aku dibuang dan menyisih.

Dalam ratap aku duduk antara dua sujud, merayu pada Tuhan dengan suara syahdu. "akan kemana arah tuju hidupku.."

Masa itu pantas bergulir.

Solat asarku tenang. Didalam masjid, dilindung awan mendung. Bertambah mendungnya dengan resah hati berbaur duka juga.

Aku menangis, merintih dosa yang tidak serik dilaku. Dosa yang menjeratku ke arah tali 'gantung'. Dalam mendung, serak suaraku meratap pilu.

Dalam mendung juga, sama juga cuaca pada hari ini. Membuat kenangan itu terlontar kebelakang. Meski, sulit ku sisih kenangan hitam itu.

Namun dalamnya, mungkin ada doa yang termakbul. Dalam pekat awan mendung. Penuh sesal tiada maaf.

Thursday, April 2, 2015

Sweet 17

Terkenang dahulu ketika usia 17 tahun aku mendapat sehelai surat dari sekumpulan pelajar perempuan daripada sekolah teknik kuala klawang.

Surat tu semua pakat wish birthday ala sweet 17 gituw. That's the best birthday present I've ever had.

Yang sadisnya, dalam surat tu semua tulis nombor handphone masing-masing untuk dicontact. Dan.. Aku tak dapat membawa seorang pun ke jinjang pelamin. Wakaka. Jodoh tempat lain agaknya.

Haih, kenangan-kenangan. Ketika di matrik pulak, lain pula ceritanya. Hm, tersengih sorang- sorang aku tulis entri ni. Setelah sekian lama tak berusik.

Ye, itulah hari hari indah yang aku lalui bila menjelang April Tiga neh. Dan tahun demi tahun yang berikutnya, ia semakin pudar dengan warnanya. Hari istimewa buatku tidaklah seceria dahulu.

Rindu zaman remaja. 😞

Yang pastinya. Tiap kali April Tiga neh, aku sentiasa berasa seolah olah 17 lagi. Haha.

Mudanya aku. 😜
Dan pesan untuk diriku sendiri. Jangan terlalu selesa berada ditempatmu sekarang. Dimana kau berada, berdiri, dan berlari, jangan lupa mereka yang berada dibelakang. Jangan dilupakan rezeki yang Tuhan beri. Jadilah insan yang setia dan jujur. Kerna, dalam maya ini.. Hanya dia seorang sahaja yang membacanya.

Ye, 'awak'.

Monday, July 21, 2014

Campak-belakang..

Pejam pelik pejam pelik, empat tahun sudah berlalu.


Pelik betul.

 

Masa berlalu bagaikan angin yang bertiup kencang. Menerawang meninggalkan daku asap yang berkepul-kepul di liang eksos motor, terkulat-kulat tidak berdaya. Meninggalkan ku seribu satu cerita dan pengalaman yang sangat berharga,

 

ketika berada di buminya Melaka…

 

Saat pertama kalinya memijak kaki di sini. Ku lihat serba serbi kekurangan di sana sini. Tanggapan ku meleset. Fakultiku merempat merata-rata. Itu cerita semester pertama.

 

Masuk semester kedua,

Fakultiku dipindahkan ke Cubic sana. Mulanya tak berapa berkenan. Banyak infrastruktur yang masih belum sempurna. Bumbung bocor sini sana. Bangunan pun masih lagi disewa. So, tiada apa nak dibangga. Pengajianku, ku teruskan jua.

 

Masuk semester ketiga,

Aku masuk tahun dua. Tapi kolej kediaman ku tercampak ke ceruk dunia. Aduh ! Jauhnya.. Tahun ni, ditaklifkan dengan bermacam-macam jawatan, tapi ya.. Hanya sebagai kuli sahaja. Tak hebat mana.

 

Masuk semester keempat,

Masih lagi berada di tahun dua. Dipenggal yang kedua. Belajar bagaikan nak gila. Pelajaran ku di ambang kejatuhan. Sedikit demi sedikit pointer jatuh tanpa rasa kasihan. Aku yang tercungap-cungap kebasahan.

 

Melangkah ke tahun tiga, ku mula membawa diri. Pergi bersama teman sekelas, serumah menyewa. Konon, yakin gila pointer akan naik. Tapi aku lupa, tanpa usaha kita tak kemana. Demikianlah nasib, bujang pak malang.

 

Sampai satu saat, pengajianku tergendala.

 

Aku hilang tiba-tiba. Kaki ini didorong Maha Kuasa, melihat sudut lain pada sebuah kehidupan.

Yang yakin, teramat yakin pada rezeki, ajal dan jodoh.
Yang tiada pada hatinya dunia.
Yang tidak mengejar sijil semata-mata.
Yang menghambakan seluruh penghidupannya dengan yang Esa.

Itulah hati yang mendendang harap. Pada kalam Allah, cintanya bersemi, mengimani dengan segenap leluruh dedaun yang berterbangan. Aku temuinya satu pelajaran, dalam satu semester yang panjang. Harga sebuah keyakinan.

 

Semester ketujuh baruku usai berlalu. Rentak langkahku masih layu. Sama seperti dahulu. Yang beda hanya satu. Azam aku untuk bergerak dengan lebih laju. Untuk mengejar langkah sahabatku yang telahpun beransur lalu. Takpe, biarkan sahaja. Jalanku, ternyata jauh lebih panjang tak seperti diduga.

 

Masih ada satu semester berbaki. Dengan imbuhan kredit yang sangat menggila. Mampu atau mampu ? Positifkan saja. Kerna aku yakin, disebalik kesulitan, ada kemudahan. Biar keruh air dihulu. Mungkinkah jernih dimuara ?

 

Untuk satu lagi arus yang akan ku lalui. Aku akan betah disini. Redah, dan lalui onak duri.

Bersendiri…

 

Telah tertulis suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya..


p/s: Lama tak menconteng kanvas putih ini disini. Post sekali sekala akan membuatkan ia sangat berharga. Bukankah begitu ? :)

 

.

Saturday, May 24, 2014

Seindah biasa..

4 tahun yang lepas

Kami berkumpul bersama-sama. Dan tatkala kami berkumpul, bicara baitul muslim mesti tidak pernah lepas. Bergurau dengan sejenakanya. Dan dalam kumpulan kami, bicara yang biasa-biasa, akhirnya menjadi nyata.

dan masa itu pun semakin berlalu..

 

Meninggalkan segala memoir indah bersama. Salah seorang dari kami telah pun mengotakan apa yang dikata. Inilah dinamakan gurauan berbisa. Waima, aku antara orang yang paling galak, bila isu sensitip ini disentuh.

 

Isu ni lah yang membuat aku belajar sesuatu. Belajar melalui pengalaman hidup, melalui pengamatan, dan pemerhatian. Namun, belum sampai lagi kepada penghayatan…

 

Setelah sekian masa bergulir

Isu ni semakin lama semakin tenggelam. Mungkin setelah sekian disibukkan dengan tugas dan amanah sebagai pelajar.

 

Namun, entah bagaimana…

Usrah pada malam itu, hanya kami bertiga.

 

Sharing moment, tentang sesuatu yang telah lama pergi. Kembali timbul, menghangatkan arena pentas akhir. Dipenghujung usia seorang pelajar.

 

Ianya segala berkisar tentang kasih sayang. Yang Allah utuskan pada tiap-tiap hambaNya. Mereka diseru dengan seruan kasih sayang. Harus saling mengasihi antara sesama insan dan makhluk yang lainnya.

 

4 tahun berlalu

 

Kami masih sama. Namun masa tidak akan pernah sesekali sama. Duduk di dalam sebuah bulatan bahagia. Menceritera sebuah pengalaman panjang, walau belum pernah bersua dengannya. Duduk membicarakan perkara ini dengan lebih matang melihat. Bukan hanya sekadar gurauan berbisa lagi.

 

Baitul muslim yang didirikan,

 

Memerlukan tiang-tiang yang kukuh. Bata-bata yang ampuh. Bumbung-bumbung yang meneduh, sejuk panas dan hujan.

Begitupun, soal amanah dan tanggungjawab, ia harus dipikul. Dengan seganyang-ganyangnya rasa, dan selumat-lumat pengertian.

 

Usrah pada malam itu, hanya kami bertiga.

 

Namun, dengan watak yang berbeza. Dan karakter yang berbeza. Kerna masa telah mendewasakan kita. Mengajarkan kita tentang sebuah silabus dalam hidup. Pengalaman.

 


p/s: perjalanan ni masih panjang. itu yang selalu aku bisikkan dalam kalbu terdalam. tentang bagaimana kesudahan cerita ini.

 

psm.. hmmph~

Friday, January 31, 2014

Memoir..

Dahulu..

Sewaktu kecil, ku teringin cepat membesar. Belajar berdikari hidup sendiri. Menggalas bebanan sebagai abang.

Hujan tidak henti-henti turun.

Sehingga banjir di kolah hatiku.

Baru kini ku sedar, seiring kedewasaan emosi sering terganggu. Langkah semakin berat dan perlahan. Terlalu perlahan dan sering rebah. Telah jatuh berkali-kali, namun masih lagi bangkit. Tenaga hanya tinggal bersisa.

Luka melumuri seluruh tubuhku. Namun, masih aku lagi katakan, “Tak ada apa-apa..”

Ayah..

Telah kau ajarkan aku erti nilai-nilai hidup yang harus ada buat hayat ini. Satunya terkesan dalam diriku adalah nilai, ‘Berjimat’.

Sehingga sekarang,

Tiap kali nak berbelanja, pasti aku akan berjimat. Terkenang sewaktu dahulu, kau pernah memukul ku kerana aku boros berbelanja. Itu yang telah melentur rebung sebelum menjadi buluh.

Ayah..

Susah benar melangkah kedewasaan ini.

Terpaling kebelakang ditelinga ku, saat aku jatuh hampa. Nian harapan bertahun-tahun aku pendamkan lerai, kau datang beri sebuah harapan. Yang awal sangkaku engkau akan kecewa.

Tapi ternyata,

Kau selam jiwaku yang terdalam, sambut tanganku kembali ke atas. Allah..

“Engkau masih muda lagi nak..” ─ Ayah.

 

Bagaimanakah agaknya, akhir nanti ?

 

Hidup ini.

Terlalu sunyi.

Sepi sungguh.



 


Aku rindu,

Pada adik-adikku. Entah. Mengapa perasaan itu makin menebal, melihat kecomelan adik-adikku sayang.


P/S: Dan Kita pun akan menjadi tua,
Hidup bagaikan garis lurus,
Tak pernah kembali ke masa yang lalu.

Friday, January 3, 2014

Friends..

Very inspired watching those people around me, ─ my friend.


Semua mereka telah berjaya. Membawa hala tuju masing-masing. Mempunyai masa depan yang baik dan pekerjaan yang tetap. Dulunya mereka sebangku denganku waktu zaman sekolah. Kini aku betul-betul kagum dengan mereka.

Ada setengahnya mereka menjadi cikgu, erm. Ramailaah juga jadi cikgu sebenarnya. Kawan sejak dari zaman sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. Gembira dan seronok sangat tengok dieorang mengajar anak-anak murid. Rasa macam tak percaya kawan aku ni seorang ialah cikgu.

Aku melihat dari perspektif anak murid, apabila cikgu mereka didatangi kawan, pelbagai perasaan hadir. Nostalgic melayan perasaan tu.

Dan ada kawan sekarang bekerja di Tingkat 6+, KLCC. Ada yang jadi ahli society petroleum engineer. Yup, mereka sebaya dengan aku. Thermometer cemburu aku telah mencecah 100C. Bebola merkuri tidak dapat menampung perasaan aku sekarang.

Ada juga kawan, ramailah kawan aku sekarang telah menamatkan pengajian di universiti yang hebat. Antaranya UM, USM bla bla. Nak sebut semua, memang berlubanglah skrin aku lepas ni. Tak dapat bayangkan die orang dapat menamatkan di Universiti yang hebat. Sedang aku..

Dan, ada juga kawan sekolah menengah dulu telah mendirikan rumah tangga. Tak ajak pula tu. Takpe lah, aku doakan semoga kamu semua bahagia sehingga akhirat. Yang ni aku tak cemburu sangat, relak lah, kau bukannya ambil ‘crush’ aku pun. Dan sememangnya aku mana pernah ada ‘crush’. Aiskrim ‘crunch’ ade la.

Apa-apa pun. Walau kita sudah seperti tidak kenal antara satu sama lain, tapi dalam doa kamu semua tidak pernah lari dari hati ini. Sering aku berdoa agar kalian dapat menjalani hidup yang baik bersama cita-cita kalian.

Alkisah buat-buat sahabatku di Sekolah Rendah Padang Tembak 1 dan Sekolah Menengah Padang Tembak. Kalianlah penyuntik inspirasi keinginan ku untuk terus berjaya. Kini tibalah giliran aku untuk berubah.


P/s: Tahun 2007, aku mengambil keputusan untuk berhijrah. Selepas dari itu, aku baru sedar satu perkara. Aku tidak berjaya menggenggam seorang kawan pun untuk djadikan teman baik. :)


Wednesday, August 14, 2013

Le tour..

Ini bukan sembarangan le tour de France. Mahupun se’grand’ de Langkawi.

Ziarah (walau menzarahi sekecil atom yang berisipadu 6.132x10^-6), tetap sangat bermakna, kerna menghubungkan silaturrahmi adalah menjadi main element dalam nucleus ukhuwah.

Nabi SAW ada berpesan, :

 

 

Mengeratkan silaturrahmi mengikut resam Melayu, setahun sekali. Maka dengan resam yang mulia ni, kunjung mengunjungi sering menjadi perbualan tiap kali membuka bicara.

Namun,

Tentu suasana tiap kalinya berbeza. Di bandar, mahupun di desa.

 

le tour

Monday, July 1, 2013

Nelangsa..

Begitu duka-duka telah bersujud.

 

Perdengarkanlah wahai As Sami’. Betapa sujudku hanya untukMu.

Duka yang Engkau berikan. Wasilah untuk mendekatiMu.

Jalan kasih sayang.

Ampuni khilaf hambaMu.

Aku sendiri benar dalam penyesalan.

 

 

Begitu duka-duka telah bersujud.

Perdengarkanlah wahai As Sami’.

Jalan tujuku hanya padaMu.

Pandanglah daku…

Pandanglah daku…

Pandanglah daku dengan pandangan kasih sayangMu.

 

 

Duka ini satu rahmat

Andai ya Allah Tuhanku

Duka ini membuatku makin mendekatiMu

Aku rela…

 

 

.


p/s:

Kobari semangat yang masih bersisa. Bangkitlah dari setiap kegagalan. Carilah punca kelemahannya. Dan baikilah akan seruan kasih sayang. Tumpahlah segenap keringat hingga berjejeran jatuh menyembah bumi. Selagi masih bernyawa, teruskanlah langkah ini.

Kau bukan gagal kerna jatuh, namun kau gagal sekiranya kau hilang semangat dan putus asa. Semester lalu biarkan berlalu. Semester mendatang cengkam laju-laju! Tuhan, padaMu ku pohon..

Katakan pada hati,

 

 

 

“Lihat, aku bangkit !”

 

 

 

 

 

Begitulah dukaku bersujud…
Kerana exam yang lalu…
Sayu dan pilu…

Thursday, May 30, 2013

Penat..

Sahabat-sahabat,
Aku penat,
Tersangat penat,
Dan aku tahu kau juga penat.

 

Tapi sahabat-sahabat,
Penatku kian tenat,
Dan ianya semakin melarat,
Membuatkan aku tidak larat.

 

Sahabat-sahabat,
Dulu kau kata kau akan beri ku kata-kata semangat,
Dulu kau kata kau akan ambil berat,
Sebaliknya kau biarkan aku terkulat-kulat,
Mana janjimu yang padat dan hebat ?

.

 

Sahabat-sahabat,
Aku penat,
Tersangat penat,
Jangan sampai suatu saat,
Pegangan kita sudah tidak erat,
Dan hanya menunggu untuk retak.

 

Sahabat-sahabat,
Tariklah aku kuat-kuat,
Agar aku kembali bersemangat,
Untuk bersama kalian, para pejuang para du’at.

 

Dengan petunjuk dari Allah yang Maha Hebat dan Maha Kuat,
Bersama kita melangkah mencerahkan ummat !


p/s: Aku punya impian.

Dimana, di dalam syurga Allah kelak, kita berkumpul bersama-sama di dalam satu bulatan. Sama seperti waktu di dunia dahulu. Kita berkongsi cerita suka dan duka sewaktu melalui tamrin. Bercerita tentang azab seksa mati, dan bagaimana luasnya rahmat Allah. 

Indah bukan ?

 

Friday, April 5, 2013

Cinta pertama

“Najwa kirim salam.. Dia kata dia suka kat kau..” usik Haziq dalam nada seriusnya.

“Aah Dhon.. betullah.. dia kirim salam kat dalam kelas tadi.. Aku sendiri dengar..” tambah Adnan.

“Ah jangan nak mengarutlah. Macam mana dia boleh kenal aku?”

“Ala.. nama kau kan famous.. siapa tak kenal kau kat sekolah ni?” tambah Haziq.

“Bole percaya ke ni.. Tapi tak mungkinlah, erm. kirim salam balik” buat-buat tak acuh.

“Ok, nanti aku sampaikan.. wah, untunglah Dhon dah ada peminat.. Najwa tu comel kot.. Dia chubby sikit..” sambung Adnan.

“Korang ni.. bukan main lagi.. Ish !”

Siren dewan makan mula berbunyi. Kami mula beratur untuk mendapatkan makanan.

...

Begitulah suasana sewaktu aku memasuki asrama buat kali pertama. Dewan makan, dorm, dan segalanya betul-betul menggamit memori suka dan duka. Kami bertiga merupakan sekawan yang baik.

Namun di dalam sekolah tersebut, nama aku sering disebut. Bukan kerana pencapaian akademik yang cemerlang, tapi kerana nama aku yang unik. Haha. Persetankan.


“Perhatian kepada semua PRS, petang ini akan diadakan perjumpaan pada pukul 4.30 petang di perpustakaan, semua dikehendaki hadir.” pengumuman dari corong pembesar suara kedengaran.

Cikgu Khaireni selaku penasihat PRS juga merangkap guru kaunselor sekolah memberikan sedikit ucapan alu-aluan. Alhamdulillah, nama aku telah terpilih sebagai PRS sekolah. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.

Di sekolah, PRS selalu digelar sebagai Perosak Rakan Sebaya. Ini kerana sikap segelintir senior yang tidak berakhlak seperti yang sepatutnya.

“Jadi kalau boleh cikgu nak, yang baru dilantik ni tunjukkan akhlak yang baik pada pelajar-pelajar lain. Kamu adalah cermin kepada pelajar-pelajar disekeliling kamu. Dan yang paling penting jaga akademik kamu. Jangan sesekali malas buat kerja rumah. Kalau cikgu dengar ada complaint dari cikgu lain, siaplah kamu ! faham ?”

Aku mengangguk perlahan.

“Baiklah sekarang ini kita akan mulakan sesi taaruf sesama ahli kita. Kita mulakan dengan senior dari hujung belakang tu..” seraya tunjuk ke arah kanan.

Satu persatu senior memperkenalkan nama sehingga tibalah giliran junior yang baru dilantik ini taaruf diri masing-masing.

“Assalamualaikum wbt.. hai, nama saya Najwa Latif, eh silap Nur Najwa Awatif Binti Mahad, asal dari Setia Alam, Selangor, kelas 4 Perdagangan.. Salam perkenalan..”

Aku tersentap senafas. “Najwa ? Budak yang tu ke ? Macam mane pulak dia boleh jadi PRS nih…”

Tibalah giliran aku, tidak semena-mena aku berasa nervous. Urat saraf aku seolah-olah jem tetiba. Hairan.

“Assalamualaikum.. nama diberi Tengku Dhon Isfahan Bin Tengku Zahan, asal Damansara Utama, KL, kelas 4 Mekanikal 2.. wallahu’alam..” ringkas tanpa mendongak sedikit pun. Malu.

“Baiklah errr.., ni nak panggil apa ni nama ?” tanya cikgu Khaireni.

“er.. kawan-kawan panggil Dhon je” aku tersengih.

...

Begitulah pertemuan singkat kali pertama aku melihatnya. Entah, aku tidak pasti bagaimana pertemuan itu boleh terjadi, tapi takdir Allah telah membuatkan segala-galanya seperti tiada apa yang mustahil.


“Weh Dhon, engkau datang tak meeting petang ni?” tanya Haziq yang juga PRS yang baru dilantik pada bulan April lalu.

Ya, empat bulan sudah aku melalui hariku sebagai PRS. Bebanan kerja pun semakin bertambah. Tugas PRS yang menjadi rutin di sekolah adalah membaca doa semasa dalam perhimpunan. Dan aku ditugaskan baca doa pada hari rabu dalam bahasa Inggeris. Heh~

“Ada ke? aku tak dengar pun”

“Eh eh, adalah.. kau nak ponteng pulak.. Tadi kiteorang da meeting nak masukkan korang dalam exco ape.. so bersiap sedialah.. aku dah masukkan kau exco sekali dengan ‘dia’.” Razak, merupakan salah seorang senior PRS menyampuk perbualan aku dengan Haziq.

“Wah bang.. cayalah.. Haha, tahniah Dhon.. senanglah sikit kau nak dapat dia” tambah Haziq.

“Jangan risau Dhon.. abang da settlekan semua, so kau pandai-pandailah eh.. haha” galak si Razak.

-_-

“Kesitu pulak, ha ye la. Petang nanti aku datang. Jom solat zohor dulu” 

Malas nak layan, lalu aku mengambil jalan tengah. Sejak dari awal persekolahan, bila bergosip, maka mereka memang adalah juara.


Pada petang itu, kami telah bermesyuarat berkenaan gerak kerja yang perlu kami lakukan. Aku telah dipilih sebagai ketua Exco Akademik dan Kebajikan (Luka). Dan dia, erm. Jadi timbalan.

“Bismillahirrahmannirrahim, erm.. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” sahut Najwa.

“Kita nak buat ape ni ?”

“Rasanya.. kita kena bincang macam mana nak jaga akademik kawan-kawan kita.”

“Oh.. Baiklah, ada cadangan tak?”

Dia mengangkat kedua belah bahu. “Erm, entahlah..”

Aku pandang keliling. Semua sedang sibuk berbincang dengan timbalan exco masing-masing.

Aku pandang dia, dan dia pandang aku. Dua-dua jem. Memang betul cakap Adnan, comel jugak dia nih.

“Arghh..!!” jerit ku dalam hati.

“Macam ni la, saya ada satu cadangan.. apa kata kita lantik seorang PIC bagi setiap subjek, sesiapa je la dalam PRS ni dan buat satu study group minta dieorang ajarkan pada kita, macam mane ?” cadangku.

“Wah, cadangan yang baik.. Kite setuju !” Dia membahasakan dirinya kita, alahai..

“Ok, kalau macam tu, nanti Najwa bentang bole tak ?” bab-bab ni memang aku suruh orang, malas nak cakap. Haha.

“Ha, kenape kite pulak, Dhon la yang bentang, cadangan Dhon kan..”

-_-

“Ha ye la.. erm..”

...

Alhamdulillah cadangan aku diterima baik oleh tuan presiden, Hisyam. So lepas ni aku kena rajin la gerak kerja dengan dia.


Suratan atau kebetulan ?

Di satu negeri, Negeri yang ada sembilan daerah. Namanya negeri sembilan, mungkin sebab ada sembilan daerah, maka namanya Negeri Sembilan. Entah, haha.

Di dalam negeri tersebut terdapat satu sekolah di dalam sebuah daerah yang agak dalam dan jauh dari kota, sekolah tersebut mengadakan sebuah program yang dinamakan Berlian.

“Baiklah, cikgu telah tampal senarai nama yang terpilih untuk ikuti program Berlian dekat papan pengumuman. Nanti kamu semua boleh tengok di sana.” umum cikgu Sanisah.

“Weh, Dhon ! nama kau terpilih la.. sekali dengan dia.. da memang jodoh kaulah Dhon.. haha” sapa Haziq.

“Wah Dhon.. hebatlah korang.. sepuluh orang je yang terpilih dalam sekolah ni. memang untuk budak-budak yang pandai” sambung Adnan yang mencelah dari belakang.

Aku teliti senarai nama satu persatu. Erm. “Aah lah, kenapa nama aku dan dia asyik ada je ni..?” soal hati.

“Ah kebetulan je tu. Da la, jom masuk kelas. Nanti cikgu Sanisah mengamuk pulak masuk lambat” ajakku.

...

Di pertengahan jalanan, tetiba aku nampak kelibat dia dari hadapan.

“Weh, korang naik atas dulu eh, aku nak gi tandas ni, tak tahan” dalih ku.

“Pulak dah. Ok, kiteorang naik dulu” balas Haziq.

“Weh, Haziq. Kau nampak ape yang aku nampak ? Najwa lah kat depan tu..  patutlah Dhon lari.. Haha, jom kacau die” Adnan sudah mula menghidu tindak tandukku.

“Ceh, patutlah. Haha, jom-jom.. Kau start dulu.. kate dhon kirim salam” cadang Haziq.

!!


.

Hujung tahun 2007.

Seusai hari raya ke-tiga, aku terima satu mesej.

“Jom pergi PN” sender Azri.

“ok” balasku.

.

.

.

Sesampai je di Perpusatakaan Negara, kami mengambil tempat di tingkat 3. Kelihatannya ramai orang dari pelbagai lapisan umur sedang tekun membaca. Adapun golongan tua terdiri daripada bangsa Cina. Melayu ? Ya, mungkin mereka lebih gemar membaca e-book di rumah berbanding buku. zaman ni facebook belum popular.

“Kau nak study ape hari ni ?” tanyaku sebaik sahaja mengambil tempat duduk.

“Study add-math la, kau bawa buku ape ?”

“Aku bawa buku add-math dan kimia. Aku pun nak study add-math.. Payah subjek nih. ”

“Dhon.. sebenarnya aku nak tanya sesuatu nih. Tapi kau kena janji jangan marah ?”

“Tanya ape ? Kau tak tanye lagi macam mane aku nak marah..”

“Tengok.. Tak tanya lagi dah marah.. Kalau aku tanye kau jangan marah la, eh ?”

“Macam penting je..”

“Memang penting pun. Sebenarnya..”

“mmm… Kau dah mula suka dengan Najwa tu kan ?”


Cuti hari raya telah berakhir. Peperiksaan hujung tahun makin menghampiri dan para pelajar sudah mula kembali ke asrama untuk memulakan persekolahan keesokan harinya.

Pertemuan aku pada hari tu dengan Azri cukup memberikan kesan yang mendalam buat diriku. Sekaligus mematahkan harapan yang mula terbit sinar.

“Cinta pertama ? mengarut..” Gumamku keseorangan. Hanya berbisik pada angin dan sedikit keluhan terluah di bibir.

“Sudahlah Dhon.. Tak perlulah nak bohong diri kau lagi.. Apa yang dah jadi tu terimalah. Mungkin Allah telah pilih seseorang yang lebih baik dari dia untuk kau” hatiku membujuk-bujuk perlahan agar air mata tiada lagi tertumpah.

Langit pada malam ini berbalam-balam. Unggas berterbangan menyahut-yahut seruan si cengkerik. Menghiburkan malam ku yang kian sepi tanpa cahaya bulan.

Aku menutup buku diari, dan segera ke katil melepaskan segala duka dan resah di atas bantal. Tangis masih lagi setia berteman.

“Mungkin Tuhan masih lagi menyayangimu..” hanya berbisik, tapi Tuhan maha tahu.

.


“Azri.. aku dah buat keputusan.. Tentang apa yang kau cakap haritu. Kalau dah memang jodoh kau dengan dia.. aku kawan baik kau, sejak dari kecil lagi… Biarlah aku mengalah.. Jagalah dia dengan baik” Amri merenung muka aku dalam-dalam.

“Dhon.. Aku betul-betul rasa serba salah.. Aku…”

“Takpe, aku faham.. Tak perlulah nak terangkan.. Kalau orang dah tak suka nak buat macam manakan?” Aku cuba memaniskan roman wajahku. Tapi sirna kesedihan tidak dapat berselindung di balik suaraku yang serak kebasahan.

“Jangan risau.. nanti aku tolong carikan perempuan yang lagi baik dari dia..”

“Tak perlu lah.. Aku bukan jenis macam tu.. Ok lah.. Kita jumpa lagi..” hayunan langkahku terasa amat berat. Pergi berlalu meninggalkan satu-satunya sahabat yang amat aku sayang tika dahulu.

.

.

.

“Antara cinta dan persahabatan.. hmmph..~” Aku melontarkan pandanganku ke arah matahari senja. Ia kian berlabuh menenggelamkan cahaya merah.

Udaranya aku tarik sedalam-dalam mungkin. Agar hidayahNya mampu ku raih dengan mengenal erti rasa syukur diberi peluang hidup. Dan tika itu, aku hanya mampu mengeja hujan.

Hujan-hujan yang hadir dalam hidupku: ─ berat. 


p/s: Cinta pertama ? Mengarut. Yang pasti sebenar hakiki adalah cinta Allah. Cinta pertama dan terakhir. Kisah di atas tiada kena mengena antara hidup mahupun yang mati dan ianya adalah rekaan semata-mata.

Karya kali ini adalah merupakan karya ketiga penulis setelah karya Aku |Aisyah | Cinta dan Farah Hana

Wednesday, April 3, 2013

Sang musafir



Petang itu, matahari merona merah muda. Aku terlena sejenak dalam dekapan ibu yang penuh kedamaian. Terasa hilang sejenak memikirkan masalah yang bakal ku hadapi di dunia baru ini.

Petang beranjak ke sore. Pipit-pipit mulai terbang ke sarang. Terdengar lafaz alunan qari melegari segenap ruang angkasa. Aku terjaga dari tidur dalam buaian si ibu. Tangis mula menghingari.

Kenapa dan mengapa?

Hanya dua persoalan ini yang bermain di benak minda. Apa yang perlu aku buat di dunia yang kontang-kanting ini. Wajah mulusku menampakkan riak penuh persoalan. Soalan yang tiada mereka mengerti.

.

Aku melihat wajah si ibu yang penuh lelah. Setelah sepetang berjuang bergadai nyawa dan darah. Hanya sebuah senyuman terukir lemah menggayuti bibirnya; – Aku pandang tenang; wajah yang kosong. Tidak mengerti.

Terdengar bisikan alunan azan dan iqamah berkumandang merdu di celah kuping telingaku. Seakan suara ini adalah suatu titah dan perintah; Sebuah sabda;- Sebuah janji.

Akal terbejat; dunia ini cukup hitam putih untuk ku mengerti. Di sinikah perhentian yang harus ku lalui wahai Tuhan? 

Keadaan tenang yang tidak seberapa lama mula berganti dengan tangisku yang pecah. Menangis semahunya agar dapat dikembalikan dalam rahim ibu yang penuh rahmat Tuhan.

.

Dalam keadaan yang tidak berdaya, aku hanya mampu pasrah. Jemari kecilku mengenggam erat jemari ibuku. Pintaku dalam sedu, “Ibu.. jangan tinggalkanku keseorangan..”;- Seakan sebuah janji dari ibuku.


.
.
.
Petang 20 tahun dahulu masih tidak berubah, langit masih berwajah merah muda. Pipit mulai terbang ke sarang dan pepohon melambai-lambai lemah. Terlihat akan keindahan Tuhan yang sentiasa membisikkan semangat buatku. Untuk terus berjuang meraih rahmat dan kasih sayangNya.


Ibu, terima kasih 

atas segalanya. 

.
.
.

notahati: Hidup sudah lama, hanya tinggal berapa lagi umur yang bersisa. Dosa maksiat dan amal saling berlumba-lumba. Allah.. Manalah tempatku nanti di sisiMu ? – *Menangis*





5.53 p.m
3 April 1991/18 Ramadhan 1419H

p/s:   :’)


Alhamdulillah. Setelah sekian lama tidak bersambut, akhirnya ada yang menghargai hari bahagia kita. Wong Hong Xhien, terima kasih atas hadiahmu ini. Semoga Allah memberi hidayah buatmu agar kita dapat masuk syurga Allah bersama-sama. Sungguh, engkau adalah hati yang inigin ku bawa ke syurga. Dan syurga pastinya lebih indah jika engkau ada bersama..

p/s: 3 April 2009 yang lalu; menandakan berakhirnya demokrasi, bermulanya pemerintahan kuku besi. Namun siapa sangka pada tarikh yang sama, cuma tahun yang berbeza, terbit cahaya setelah mendung berpanjangan. Moga kali ini, sinaran matahary di ganti dengan lebih baik. Dengan izin Allah, Ini Kali Lah !



Merindui naqib yang kini berada di kejauhan sana.. Semangat dan kata-katanya sentiasa memberkas. Iltizam dan juang, tiada pernah berakhir.

[gambar kredit to A. Razman]

Saturday, March 2, 2013

Biar rindu terhenti #4

Rindu kembali bertamu di ruang senja.

Lembayung semburat melukiskan garis kekuningan di angkasa.

Sore itu indah sekali,

seolah bertepuk tangan gemas

melihat aku yang sedang mengurai..

tumpukan rindu yang menggunung.

Semesta tahu bahawa aku derita malarindu.

.

Aku,

tersenyum sendiri dengan status tawanan rindu.

Maaf..

Bila diam ini membuat banyak prasangka

Termenung dan gelisah

ketika semua tentang bayanganmu

perlahan mulai menghilang,

Sepi menjalani hari

.

Dan aku,

seperti bulan yang membelakangi cahaya,

Terlihat tegar nan indah dari sini

tetap, ia sangat terluka melihatnya dekat

kerana deritanya rindu itu aku pendam

diam dan sangat dalam..

Ketika aku pilih rasa itu,

aku temui Tuhanku, yang setia memberi teduh..

Rasa rindu yang tiada berbelah bagi.

Allahu..

Di mataku, senja tak pernah bisa terlihat biasa saja.
Apakah kau pernah tidak merasa kagum saat menatap merah langitnya?

- Tia Setiawati Priatna

Semakin aku diam, semakin terlihat diriku sebenarnya


p/s: Tetaplah berusaha, walau kadang goyah, kadang merasa tidak mampu, kadang merasa tidak kuat atau malah kadang bukan hanya merasa tapi sudah mulai menyerah. Kerana takdir itu di hujung usaha.

gambar muslimat manelah aku ambil ni. kah kah kah

Rindu itu adalah anugerah dari Allah – Hijjaz.

Tuesday, December 11, 2012

Senja berdarah

Melaka.

Melaka Maju Negeriku Sayang.
Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Sinonim dengan namanya. Melaka suatu masa dahulu pernah mencatatkan peristiwa sangat bersejarah. Negeri yang dijajah.

Jika dilihat lembaran silam Melaka pada suatu masa dahulu, ia merupakan sebuah negara yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Bahkan ia merupakan suatu lambang kesultanan Melayu yang sangat kukuh dan hebat.

Saat kejatuhan khilafah Islamiyyah di Turki, Melaka adalah salah satu tempat untuk membina semula ketamadunan Islam agar kerajaan khilafah tidak akan berakhir.

Namun perancangan tentera salib sangat teliti dan licik. Mereka telah berjaya menyekat kemaraan tentera Islam ketika itu. Melaka diserang bertubi-tubi agar tidak mampu bangkit.

Dan serangan itu dilakukan awal sebelum kejatuhan kerajaan khilafah Islam. Dan akhirnya, berkuburlah sudah kerajaan khilafah yang bertahan lebih 1000 tahun  lamanya.

Melaka kini.

Banyak meninggalkan bangunan-bangunan bersejarah. Setelah lebih 500 tahun lamanya Melaka dijajah dengan pelbagai kuasa besar yang silih berganti. Namun, Islam masih kekal sebagai nadi umat sehingga kini.

Aku kini.

Berpijak di atas bumi bersejarah, bumi yang menjadi saksi segala cerita berdarah dan pahit. Saat-saat tumbangnya pahlawan-pahlawan melayu. Yang dulunya kaya dengan adab resam yang mulia.

Kaum hawanya yang kaya dengan sifat sopan santun dan pemalu. Malu menghiasi diri setiap orang zaman ketikanya. Penuh dengan gaya bahasa yang menarik dan tutur bicaranya berhikmah, penuh kiasan.

Dan aku kininya,

Melihat sifat-sifat itu makin pudar ditenggelam zaman.


p/s: Lantunkanlah gemersik doamu di seluruh langit sepertiga malam, agar Dia dapat mendengar rintihanmu yang lirih mengharapkan keampunan dariNya.

Sunday, September 9, 2012

Kampungku yang indah permai

Biar gambar berbicara…

 


 


 


 


 


 


 


 

 


 


 


 


 


 


 


 


p/s.:. Dari saya

percutian dikampung yang sangat membosankan. haha

Tuesday, April 3, 2012

Lovely childhood’s story

Kasih yang tidak bersyarat…

Allah swt memberi tanpa kita pinta…
Walaupun kita alpha dan leka peranan sebagai Hamba,
Namun Allah tetap terus memberi…
Kita terkadang tidak nampak nikmat yang Allah swt kurniakan kerana terlalu banyaknya nikmat yang diberikan ibarat kita melihat matahari di siang hari…
Kita tidak nampak bulatnya matahari kerana terlalu kuatnya cahayaNya…

Itulah kasih Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…



5.53 p.m. 3 April 1991 years ago. With His Kindness and Courtesy, a cute little gnomish childhood story is created.

Do you want to know the story?

Yeah, recently I always want to story to everyone else. But bare in minds, I just story in this column of virtual place. So nobody else will know. keh keh keh.

Living the whole life as child in the setinggan’s house since were baby, never let me down. Even though is like a poor place but the surrounding had carved a though memory to forget.

When I’m was about to reach 7 years old, I have a cousin, (cousin like sister) older than me of course…

I carry on her bicycle, berebut with my brothers. That time, me only had three brother, others were not born yet. So they never know the hardship we had through all this long.

Glad for them.

Then, something unexpected happens, when we all on the way on the road, I’m quite menggelabah actually when in front there had a car in the opposite direction, and I…

Accidentally turn the handle down towards the drain, and me falling towards the edge of the drain.

Poor for me, my head were bleeding tremendously and keep bleeding.

And everybody seem like shocked and panics. I were rushed to the hospital.

Yeah, it had carved a scar that never cure. Since the day, my relationship with my cousin were became odd. She trying to get ranged from me and feel very burdened.

I’ll never blame her. And after all about, it is all my mistakes actually. I’m the one who want to ride the bicycle.

So the film of story keep rolling until now…

And this scar is just like a gift. A stamp of me.



3 April 2012, my family have become better from day to day, week to week, and gradually year by year. Thanks to Allah for all His Bless that never stop, bringing every tears and smile to the whole life. It is such great happiness when we are all living in a big happy family.

 

p/s: keh keh keh.

Sunday, April 1, 2012

April’s story…

Bismillah.

With the name of Allah, the Al-Mighty. Finally the April is soon arise. Brought to a peaceful wind of spring.

The tiny little bud is never stop opening the petals, neither the breeze never stop whispering. It is quiet and harmony of true nature.

So, what is all about the month of April?

Well, being me is rather particular excited. Though December is more lovely I guess.

Everyone with their own history to tell. To somebody or everyone else.

I love to make my friends happy even though I have my own problem and pain that really cut me deep in my heart. But it isn’t my history will make you happy after all.

Unconsciously, I have been lived for about two decades in this earth.

Time is like river. You cannot touch the same water twice. Because flow that has passed will never pass again…

Whispering and wondering what have I had been done for the particularly last 21 years ago..?

It rather quiet sad being me that can’t evenly use the time given for the sake of Allah. =(

If I had a chance to redeem up the mistake that I’ve made, I will make the life more glitter and shinier those who around me.

I as myself as servant of Allah, will do all His commandments and avoid all His disallowance.  

But well, let the time past…

We have remaining time left in this world before return to Him. Let we use this remaining moment for the sake of Allah, Rasul and ummah.

Those time that left me behind 21 years ago.. (Well, some of you maybe wondering why I was keep telling 21 years ago, ahaks.. well it seem I’m finally going to 21 years old..lol) I recalled when I’m the age of 12 when there was about the school was going to held the examination.

There was a girl, that very please to me, but she was too adorable. I can’t got to close to her as her was someone’s mine.

But still, she want to be my friend.

And then when time was flowing…

She accidentally got my number and sending a message that sounds like this…

errr.. hehe.. dah dah.. banyak dah aku mengarut nih. Mase untuk study.


p/s: Me never know what love it is until some friends come and feed me. And then I know what it’s mean by love.. It is love start from ukhuwah. Iftar, friendship, and jamaah make me feel really like a family.. (really Dhon..??) But the true love is when I find a true rose… yeah that was definitely..

Saturday, March 3, 2012

Aurora senja

Katak si katak lompat, LOMPAT!!
Lompat lah tinggi tinggi, TINGGI!!
Cepatlah adik cepat…
Mari kita mengulangkaji… (kuang x3)

Haha. Sebenarnye ambe nak update waktu tarikh 29 Februari 2012. Bukan senang nak jumpa tarikh ni. 4 tahun sekali. Namun apakan daya.., kena tunggu 4 tahun lagi la gamaknya. Waktu ni, pergi hantar kawan ke Phuket, Thailand, Seoul, Korea. Exchange student. Kalaulah dulu aku belajar bersungguh-sungguh, hmmph. Semoga si dia selamat disana.. kalau jumpa Yoon Eun Hye, mintakan autograf tuk aku yer! huhu.

eh?

Gambar Ihsan google.





3 semester sudah, berjaya ditempuh dan seakan-akan masa ini cepat benar berlalu tanpa disedari dan dirasai, dan pendakian esok makin panjang. Ada lagi 5 semester berbaki untuk aku melunaskan tanggungjawab ni. Ye, tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Bukan suami orang.

Pendakian makin mencabar tatkala di setiap semester, ujiannya berlainan. Berhadapan dengan orang yang juga berlainan. Pensyarah pun sentiasa berlainan mengikut subjek yang di ajar. Malah kondisi belajar pun berlainan. Semuanya lain. Isteri je same. Kalau nak tukar lain, mapuh mung !

Grade, cgpa pun sentiasa bertukar dari tiap sem ke sem. Kalau ada dapat yang sama memang, memang… Kalau 4.00 leper (flat) memang terbaiklah.

Semakin kita beranjak dewasa, sengaja Allah menimpakan ujian yang berbagai-bagai agar kita dapat merasakan betapa indahnya hidup. Lihat perancangan Allah, baikkan?




Semester kali ini, menjanjikan plot cerita yang cukup menarik.

Di suatu kepulauan tanah, Tanah Melayu, terdapat seorang pemuda yang berhati waja. Pemuda tersebut berkulit kuning langsat dan berwajah jernih. Pemuda tersebut amat terkenal dengan gelaran sebagai Ustaz. Bukan… bukan Ustaz Dhon. haih, tak habis cerita lagi ni ade je orang menyampuk. Pemuda itu digelar sebagai Ustaz Jhon. Beliau amat terkenal sehingga menjadi rujukan di seluruh kepulauan nusantara. Dan cerita itu habis disitu saje. Ye, tammat. 

Bukan.

Bukan yang ini aku nak cerita. Tapi sekadar mengimbas masa lalu. Pada aurora senja itu, di Kampung Juasseh.

Tahun ni akan cukuplah sudah umurku yang ke-21. Tahukan apa maknanya? Kita sekarang berada di akhir usia seorang remaja. Nampak macam menyedihkan, namun itulah hakikatnya.

Dulu pernah kawan aku seorang cakap bahawa masa kita remaja inilah kita enjoy dengan hidup, lepas ni takdapat dah. Namun aku sentiasa meragukan perkataan ini sehinggalah pada suatu hari…

“Kita remaja sebenarnya bukanlah sekali, tetapi dua kali, remaja di dunia dan remaja di akhirat. Kalau kita pilih keseronakan remaja di dunia, maka kita akan hilang keseronokan remaja di akhirat. Manakah yang lebih baik?” tepuk dada.

Aku menjadi terkesima dengan ayat ini sehinggalah ke hari ini. Masih terngiang-ngiang ayat ini bermain di telingaku. Namun aku dah mula kehilangan telephone (lost contact) dengan kawan aku yang seorang ni. Dia merupakan sahabat baik yang aku kenal waktu darjah tiga sehingga lepas SPM.


Dalam hidup ini sentiasa Allah beri dua pilihan. Antara syurga dan neraka, antara baik dan jahat, antara pahala dan dosa, antara kebenaran dan kebatilan, samada kita hendak memperjuangkan yang haq atau tidak.

Maka semua pilihan itu Allah telah berikan pada kita. Maka tidakkah kamu memikirkannya?

Petang itu cukup indah. Langit berwarna oren. Menampakkan lagi sinar aurora. MasyaAllah. Kenangan itu memang cukup sukar dilupakan. Alkisah di Juasseh dahulu kala…






p/s: Awal-awal sem ni la kena pancing sikit, sibukkan diri dengan study. huhu. Aku makin bizi lepas nih and tak dapatlah nak update macam selalu, tapi draft akan tetap bertambah. heh. Dan siapa eh masa nak update belog pakai Windows Live Writer? Aku tak dapat nak upload picture banyak-banyak. Ade error “The remote server returned an error: (403) Forbidden.” Gaga. Kesimpulannya lepas ni belog aku tak berpicture la gamaknya.

p/s: Sem ni, 3.50 ! tiada yang senang dalam dunia ni! walau susah mana pun, pasti ada jalan! Kalau tak dapat, sem depan masih ada. Tapi janganlah… aku nak sem ni.. hurm..



pinjam ye gambar..huhu

Saturday, January 21, 2012

Alkisah di semester tiga…

Dari hati ke hati…

Masuk sahaja sem ni, terus terang, aku dah makin tak nampak nak study. Memang aku tak study pun. Study pun sikit-sikit je, memang tak menghairankanlah kalau carry mark aku pun dapat rendah.

Aku dah makin alpa dan leka. Dulu masa awal-awal, azam bukan main. Hak tuih la kat aku! lepas ni tak payah nak berazam sangat la… haish.

Habis je exam, kami tujuh bersahabat keluar gi jalan-jalan satu Melaka. Tak juga, walau Melaka tu nampak kecik, tapi ia masih besar. Tak cukup berjalan satu hari.

Di Pantai Puteri

DSC_0242

Pantai ni ada satu kenangan yang cukup indah kalau nak diingatkan. Tempat dimana ukhuwah bersemi. Sampai sini kami, ber’jamming’, makan-makan, mandi laut, conteng-conteng pantai, berfoya-foya, dan entah. Kami budak baik, bila habis exam bukan sambutnya dengan arak yer.

Ni hasil seni kami.

DSC_0253

Muzium Kapal Selam

Perhentian seterusnya ialah Muzium Kapal Selam Melaka. Pernah dengar tak? haha, antara salah satu projek kerajaan yang tak nampak dek keuntungannya. Yuran masuk RM1. Tapi kalau masuk pun, takde amende pun. Serius.

DSC_0263

Tak bole masuk dalam kapal ni. Ingatkan bole masuk. Baru nak tukar cita-cita ni jadi submariner. Hoho !

Orang kuat Malaysia

DSC_0268

Bajet.

Dan seterusnya, kami meneruskan pengembaraan kami ke tempat yang paling popular di Melaka, Mahkota Parade.

Mahkota Parade

Ia antara tempat yang paling popular bagi dunia membeli dan belah ! Tapi bagi kaum laki, cuci mata ja, tak beli ape-ape pun. Laughing out loud

DSC_0270

Dan kami semua pulang dalam keadaan nak hujan ke habitat masing-masing. Tanpa memikirkan sedikit pun tentang apa yang akan jadi pada result kami nanti.


Walau apa pun, bilamana kita dah berusaha, maka disitu je lah pencapaian kita.

Harap boleh melakukan yang terbaik di sem akan datang.

아자 아자 화이팅!
(aja aja fighting)

Thursday, October 13, 2011

………. (≧◡≦)

Sahabat

 1016975_f496

Masa itu ingat lagi dimana waktu kecik2, kita selalu main guli, gasing, daun terup, kejar duduk, polis entri, baling-baling selipa (mujur tak termakan selipa), main gebok, main tembak-tembak, yoyo, layang-layang, main tikam, uish… bahaye ni cite sume. haha.

Dan apabila kita bermain-main dan bermain sampailah waktu dah nak maghrib, kita balik rumah masing-masing. Dan kejadian sama berlaku juga seperti hari yang semalam.

Kita terus bermain tanpa rasa serba salah dan tanpa memikirkan hal-hal yang lain. Indahnyalah hidup time tu. Kecik lagi kan~

Masa pun beredar, awan mendung cerah silih berganti, dan matahari turun naik pada paksi dan orbitnya jika dicepatkan masa dan difokuskan pada subjek (matahari) itu. Segala-galanya cepat betul berlalu. Wau, tak sangka kita dah besar.

Dulu kecik-kecik, cita-cita semua orang hampir sama. Aku pun tak faham. Doktor, bomba, polis, jurutera, askar, kerani (eh, ade ke?) dan yang paling famous sekali adalah PILOT! well, aku pun salah seorang yang bercita-cita nak jadi pilot dan cita-cita itu bertahan selama hampir lima tahun (sampai darjah lima kalau tak silap).

Dan sekarang, aku tak tau aku nak jadi apa sekarang. Tapi yang pasti aku nak jadi seorang hamba yang taat kepada Tuhan, seorang anak yang berbakti pada kedua ibu bapa, seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya, seorang sahabat yang setia pada temannya, dan yang paling penting seorang suami yang akan membimbing isterinya ke syurga~ (◡‿◡✿) ❤●•٠·˙

Aku pasti dan percaya engkau diluar sana tentu akan berbahagia bersama-sama orang yang dikasihi. Doa dan harapan aku, semoga Allah menemukan kita suatu hari nanti. Tak didunia pun, akhirat ada kan. ◕‿◕

Farewell~

Thursday, October 6, 2011

Tentang Kita

Masa itu berlalu bagaikan air yang mengalir di pergunungan

Ia tetap mengalir walau jalan itu berliku

Dilekuk dan jalan yang bersimpang siur

Tanpa ada sesiapa yang dapat menghalang pengairan itu

Sehingga sampai di laut nanti..

 

Dan apabila bicara soal kita,

Memang tiada akan penghujungnya

Selagi masa itu mengalir bagai air yang deras

Terus menguji keutuhan hubungan kita yang rapuh

dan hanya ajal sebagai noktah kisah kita..

 

Aku melihat engkau terkapai-kapai meminta ihsan

Berlari-lari mencari teman sejati

Tidakkah engkau sedar aku berada disisi

Setia menemanimu di kala sepi

Atau mungkin diriku sudah mempunyai pengganti.. 

 

Mungkin di suatu saat nanti

Engkau akan mengetahui kewujudanku ku selama ini

Yang setia memberimu sokongan sepenuh hati

dan walau hari itu bakal pasti

Mungkin engkau akan ku lupai..

 

 Maafkan aku teman

Tiadalah dayaku melainkan hanya insan hina

Sering kali akur kepada fitrah Ilahi

Apa yang ku damba ialah cinta yang hakiki

Yang menjadi penawar rindu buat hati ini..

 

 Akan ku palitkan engkau sentiasa dalam doaku

Agar bisa bertumbuh iman dan menguntum harum

Melahirkan akhlak dan peribadi solehah

Dan hanya ukhuwah itu

Terletak pada ingatan seseorang pada sahabatnya yang sejati

 

 

p/s: …. You may have someone in your mind…

someone in your heart…

someone in your dreams…

someone in your life…

but I am someone when you

have no one…

I am your friend…

And always be your friend… eternally..