Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Tangisan Gaza..

Tangisan Gaza

Derita kami,
Kerana anak tidak mendengar kata,
Derita kami, hutang melambung tinggi,
Derita kami, membanting tulang sehari-hari,
Derita kami, putus cinta berkali-kali..

 

Deritamu..
Anak-anak menjadi kubu, ditembusi peluru..
Badan dirobek, disiat sehawa nafsu.
Hawa diseksa, diperkosa dan diburu..
Tiada lagi canda tawa..
Kemana pergi ibu, ayah.. dan saudara..

 

Tika mehnah menyerbumu wahai syuhada!

Engkau maknai perjuangan ini dengan derap kakimu melangkah,
Engkau lewati jalan berduri dengan sayap kirimu tercalar,
Engkau melontar keras batu hikmat,
Padanya engkau terlalu berharap,
Agar mudah mereka mengukur, pada siapa mereka bertempur.

 

Maafkan kami Gaza,
tika darahmu mengalir sunyi,
Dalam pucat lesu, lemah tiada berdaya..
Kecintaanmu menjadi saksi pada darah yang mengalir.
Biar mereka cuba merobekmu..!
Membadai peluru selebat ribut!
Menghujam segala kuasa tembok keangkuhan..

 

Maafkan kami buminya Syam,
tika darahmu berjejeran jatuh,
Saat kalian berpaling, mencari perlindungan,
Kami hanya menyaksi, dengan mata bergenang..
Dendam amarahmu tetap terus membakar
Membentaki kami yang hanya kian membisu.

 

Wahai..
Engkau terlalu berharapkan sengsara ini berakhir.
Dalam simpuhan, air matamu berlinang.
Merenung bahagia yang bakal menguntum bunga,
Dipenghujung perjuangan itu,
Yang jerih dan tak terperi.
Tenanglah wahai hati yang menangis,
Moga Firdausi menantimu disana…

 


P/s: of what reason behind the tears,
Soul ripping apart from the body,
Child cry tear-blood,
and the silence; is betrayal.

#sajak #syria #momentsofsilence

Thursday, January 2, 2014

Pluviophile..

Mimpi semalam seakan-akan kenyataan.

Aku dapat rasa denyut nadi mereka

apabila menuturkan kalimah kesabaran dan ketenangan.

Walau itu hanya sekadar mimpi,

namun ia dapat jua mengubat hati yang luka memendam rindu.

Perjalanan ini masih panjang.

Sangat berat dan terlalu perlahan.

Masih jauh dan terlalu sukar.

Dalam hujan aku merembes.

Dugaan hidup yang terlalu.

Dalam hujan itu. ─ Masih ada ketenangan.


p/s: Si Pencinta Hujan. ─ Pluviophile. ─ Tu saya. :)

Monday, August 26, 2013

Mesirku II..

Mehnah menyerbumu wahai syuhada.

 

Darahmu

membasahi Mesir.

Demi harga sebuah demokrasi.

yang mereka laungkan

di Dataran Rabaa Al-Adawiyah,

namamu terukir di langit.

Hamba pilihan Allah.

 

Sang penguasa yang angkuh

Sebetulnya tidak dapat menguraikan

Semangatmu..

Walau mereka membaling peluru

menikam jatuh

membadai canister..

sampailah mereka buntu.

Harus bagaimana memecahmu.

 

Darahmu,

Dibuminya Yusuf dan Musa

Hamba pilihan Allah.

 

“Jika penjara ini membuatku lebih mendekatiMu, maka aku lebih rela dipenjara daripada hidup diluar sana”

 

Allah akan membayar setiap jiwa dan darah yang dikorban keranaNya. Maka beruntunglah dikau wahai syuhada. Engkau sedang berjual beli pada yang Esa.

 

Hanya,

Hanyasaya, aku kuat untuk menyusulmu. Sungguh dunia ini, terlampau kelam. Ingin lari dari dogma. Hidup di luar norma.

 

Masih kosong.

Friday, August 16, 2013

Habibah..

Menjiwai jiwa sastera.

 

Dalam kelembutan sutera

Jiwanya halus berbahasa.

Bait-bait puisi disusun dari hati.

Memaknai setiap perbuatan dan ujian.

Tulisan senjatanya.

Mewarnai pelangi ini.

 

Sungguh,

maya terlihat indah dengan ujudnya mereka.

Anafora memecah metafora.

Dengan aksaranya.

Setiap baris.

Setiap perenggan.

Punya rasa dan roh insani.

Menulis dengan perasaan dan ingin kembali.

Yang bisa membangunkan hati-hati yang mati.

 

Mengenalinya walau hanya dengan berentitikan anonymous secara diam, adalah suatu hal yang terindah.

Mereka yang bernurani rabbani. Sentiasa punya cara melahirkan rasa terhadap tuhan. Waima perantaraannya tulisan yang rapuh. Namun, tutur mereka cukup jernih. Mengimpi sesuatu balasan rindu.

Duhai ilahi,

Tangkaplah cinta mereka. Suburkanlah dalam qalbu terdalam. Tulisannya yang mampu menjaga hati yang lena. Mengusik kamar kala dinihari. Tentang tanggungjawab, tentang amanah yang diberi.

Juga mampu merobek jeriji-jeriji besi. Membela jiwa-jiwa yang ternoda. Menegakkan hak-hak yang benar. Dengan sentuh tangannya menggoncang. Dunia dan seisinya.

Susuk kecil bidadari.

 

Dia yang bernama Habibah.


p/s: uuu. Tiada chemistry bila aliran teknikal yang bermain minyak hitam bercampur dengan aliran pena. Sungguh mata pena lebih tajam dari pedang. Or counterclockwise.

Ni.., bukan Habibah. Gambar Ihsan Tumblr.

Thursday, May 30, 2013

Penat..

Sahabat-sahabat,
Aku penat,
Tersangat penat,
Dan aku tahu kau juga penat.

 

Tapi sahabat-sahabat,
Penatku kian tenat,
Dan ianya semakin melarat,
Membuatkan aku tidak larat.

 

Sahabat-sahabat,
Dulu kau kata kau akan beri ku kata-kata semangat,
Dulu kau kata kau akan ambil berat,
Sebaliknya kau biarkan aku terkulat-kulat,
Mana janjimu yang padat dan hebat ?

.

 

Sahabat-sahabat,
Aku penat,
Tersangat penat,
Jangan sampai suatu saat,
Pegangan kita sudah tidak erat,
Dan hanya menunggu untuk retak.

 

Sahabat-sahabat,
Tariklah aku kuat-kuat,
Agar aku kembali bersemangat,
Untuk bersama kalian, para pejuang para du’at.

 

Dengan petunjuk dari Allah yang Maha Hebat dan Maha Kuat,
Bersama kita melangkah mencerahkan ummat !


p/s: Aku punya impian.

Dimana, di dalam syurga Allah kelak, kita berkumpul bersama-sama di dalam satu bulatan. Sama seperti waktu di dunia dahulu. Kita berkongsi cerita suka dan duka sewaktu melalui tamrin. Bercerita tentang azab seksa mati, dan bagaimana luasnya rahmat Allah. 

Indah bukan ?

 

Thursday, March 21, 2013

Hakikat si penglipur lara

Dari seseorang,

“.. tapi bahasa saya tak sehalus awak.”

“.. wah.. puitisnya..”

Dll.

.

Sahabatku,

Puisi itu bukanlah kolaj kata-kata yang boleh ditampal atau disusun.

Tetapi adalah yang terlahir dari seluruhnya

ikhlas - si hati.

Maka,

halus atau kasar bahasa itu

bukanlah aras yang menentukan sama ada puisi itu indah atau sebaliknya.

Bahkan yang sebenarnya adalah ‘isi’

─ puisi kita.

.

Lalu sayangku,

usah khuatir jika bahasamu tak sehalus yang lain.

Biarlah mungkin tampak kasar dalam retoriknya

tapi halus bagi yang benar tahu,

hakikat ‘kehalusan’ puisi - cinta Allah.

.

Biidznillah, segala sesuatu yang di dalamnya punya cinta Allah, akan ternampak indah bagi hati-hati - yang juga lagi sedang mencari.

 

”..dan bila isi hatimu begitu penuh dengan cinta-Nya, masakan tiada terlimpah pada setiap gerak kerja.”

Senyum.

 

.


p/s: Kerana aku terlalu ingin mencari cinta Allah pada setiap tulisan. Dan ketika dalam pencarian itulah aku dipertemukan —  Cinta Allah yang telah menuliskan untuk kita berjodoh sebelum jasad ditiupkan roh. Dan ternyata, cinta ini juga telah menemukan semula roh kita.

Sunday, March 17, 2013

Karya si jiwa

 

Andai langit mampu melantunkan madahnya

Pasti kulakarkan kata-kata dihamparannya

Melukiskan kekuatan dan cahaya kehidupan

Namun awan jua yang menurunkan bahasa

Awan jua yang melerai sesak dadanya

yang mula dan hampir rebah…

.

 

Andai sunyi itu suaraku

Lalu doa itu melodinya

Zikir itu lagunya

Lalu biar hati mendendang harap

Bersenandung lara syair-syair pujangga

Menenteram jiwa yang hiruk pilu

.

 

Kulangkahkan kakiku melewati waktu

Bersama dengan bunga taman hatiku

Yang selalu menemani mimpi-mimpi ini

Di dalam hati dan di dalam jiwa

Bagaikan bunga-bunga di taman yang sangat indah…

Semerbak wangi tercium setanggi cinta,

Akan kubawa kau terbang

Ke atas sana berdua kita raih bulan dan bintang

mungkin memang tentang waktu yang selalu menang,.


p/s: What ? Ang fikir ni copy paste ka ?