Showing posts with label mohon share yer.... Show all posts
Showing posts with label mohon share yer.... Show all posts

Thursday, August 14, 2014

Sayap-rindu..

MENUNGGU DI SAYAP RINDU

Burung pun bernyanyi
melepas segala rindu
yang terendam malu
di balik qalbu

Angin pun menari
mencari erti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

Didalam sepi ia selalu hadir
Didalam sendiri ia selalu menyindir

Kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka
biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar

Sabarlah menunggu
Janji Allah kan pasti
Hadir tuk mendatang
Menjemput hatimu ..

 

 

 


cp. shared

Wednesday, April 9, 2014

Khandaq..

Pada gagasan mereka, budaya menjadi iman

Masihi enam ratus dua puluh tujuh;

Siapa tahu usulan yang dibangunkan sang pria dari Parsi; Salman Al Farisi bakal mengikat sejarah besar dalam peradaban Islam.

"Wahai Rasulullah! di Parsi ketika kami takut akan serangan pasukan berkuda, kami biasanya akan menggali parit di sekeliling kota! Izinkan kami menggalinya mengelilingi kota!"


Strategi luar biasa dan tidak terduga sama sekali. Malahan sepanjang proses penggalian berlangsung terdapat beragam hikmah diungkapkan.

Ketika mana kerja-kerja penggalian disertai junjungan Rasulullah sendiri. Baginda memperdengarkan iringan do'a, lantunan puisi dan lagu yang segera para sahabat ikuti bersama-sama.

Saat-saat kebersamaan dalam suasana harmonis – Pengekspresian cinta dan kasih yang tidak terbatas kepada apa yang mereka terima daripada Tuhan tetapi juga dalam cara mereka menyuarakan perasaan.

Lalu di sudut itulah kita belajar keimanan memerlukan penyertaan pada ruang sosial dan budaya sebagai dokongan agar ruh-ruh islam itu sendiri lebih hidup sekalian ditenagai.

Begitulah hikmahnya kepimpinan junjungan Rasulullah. Bagaimana baginda menyelami dan melibatkan sisi manusiawi -- budaya masyarakat sebagai salah satu energi untuk mentenagai iman.

Lantaran itu cinta mereka tidak bertumbuh menjadi gagasan yang bersifat ritual keagamaan semata-mata bahkan hal-hal berupa budaya awalnya – Syair dan lagu turut bersama membangunkan gagasan iman yang ber'ilahkan Allah subhanahu wa ta'ala.

Keimanan memerlukan budaya untuk menjadikan iman sebagai budaya; Gagasan Khandaq mengajar kita.

Maha suci Allah!

AwwabHafeez_kelopakdisember

 


p/s: Begitulah rasa saat keberadaan bersama. Ujian menghujat jatuh seluruh arah menguji sumpah taatmu pada berjuang. Sehingga darah menyimbah jatuh pada bumi yang menjadi saksi. Kekarkah kita hingga ke saat itu? Biidznillah.

Monday, April 7, 2014

Kisah Shuhada

Author by: Nurul Hazlin Damaska
Editor: Penulis (Admin)s


Sudah 5 hari ku diam membisu. Kalau cuti SEMESTER balik rumah duduk dalam bilik. Kalau ibu ajak makan, aku tak makan. Kalau lapar, curi-curi masuk dapur senyap-senyap. Kalau aku demam baru cepat-cepat minta manjaFreezing, tu pun kalau demam teruk, kalau tidak makan ubat yang ada dekat peti sejuk je la…Sick smile. Kalau dekat asrama memang aku yang paling bising, tapi dalam 5 hari ni aku kurang sikit, bukan kurang sikit ! Tapi ade 1 hari aku tak cakap langsung…Thumbs downCikgu bagi soalan dengan aku pun tak terjawab…

 

Sebenarnya nama aku Shuhada. Ada sebab aku jadi macam ni. Kisah dia dalam 5 hari lepas la… Masa hari jadi aku memang meriah!Birthday cake Banyak yang bagi aku hadiahGift with a bowada orang siap bagi aku kamera lagiCamera. Aku gembira sangat tapi masa malam-malam tu, aku terdengar ibu dan ayah ku bincangkan sesuatu Left hugRight hug. Aku pun curi-curi dengar.


Rupa-rupanya aku adalah anak angkat sahaja! Sejak hari tu aku terus mencari ibu dan ayah kandung kuThinking smile. Tapi sia-sia sahaja. Namun hari ini aku dah tak sengsara kerna aku sudah jumpa ibu dan bapa kandung ku.

Hargailah ibu bapa kitaaa!!!! See ya~~~~Laughing out loudSmileRed lips


 

p/s: Adik aku ada bakat nak menulis. Umur baru setahun jagung, tapi kuat baca novel. Haha, boleh tahan. Abang share ye Lin.. :D

Wednesday, January 8, 2014

Rindu..

Kerinduan Ini membawa hati,

Mengukir nada kasih

Menyentuhmu

Maha Kasih.

Izinkanlah hamba sempurnakan sang waktu.

Melukis sang rindu dalam Bait Syurga di bawah langit-Mu.

Walau tak mampu menyentuhnya.

Izinkanlah hamba mengukir senyumnya.

Dalam doa teratur cinta.

Dalam doa teratur rindu.

Ibu…

Tersenyumlah dalam mimpi ku…


P/s: Dulu, teringin nak membesar dengan cepat. Punyai kerja dan cita. Kini, teringin kembali ke pangkuan ibu, dalam peluk dan belai lemah seorang ibu.

 

Sunday, January 5, 2014

Semi..

Al Imam Ibnu Faris Al Lughawi bersyair,

"Apabila engkau merasa terganggu dengan panas di musim panas, atau
keringnya musim gugur dan dinginnya musim dingin, atau terpesona dengan
eloknya musim semi."

Jawablah: "Kapan engkau akan menimba ilmu?"

 


faghfirli ya rabbi, 

bukannya ingin mempersoalkan ujian-Mu, cuma hanya tertanya pada sendiri

secetek apa taubatku. 

allahu,

lumpuhkan sendi-sendiku hingga hanya tahu sujud menunduk pada esa-Mu. 

agar apa jua prahara yang menerpa masih kaki ini bisa kokoh menapak.

mohon dengan sangat. terlalu.


~~> kelopakdisember|bs|com (Tasbeeh Camara)

Wednesday, August 21, 2013

Ikhlas..

Jadilah seikhlas Salman al-Farisi

 

Salman ingin meminang seorang perempuan di Madinah.

Tapi kerana dia berasal dari Parsi dan tak berapa tahu adat Madinah, dia meminta sahabatnya Abu Darda sebagai wakil, lalu pergilah mereka ke rumah wanita itu dengan segala persiapan.

Ketika di rumah wanita itu, Abu Darda pun memperkenalkan Salman al-Farisi. Ketua rumah itu berbesar hati menerima kunjungan sahabat Nabi SAW yang sama-sama berjihad itu.

Lalu Abu Darda pun menyatakan hajat Salman al-Farisi untuk meminang anak perempuan kepada tuan punya rumah.

Setelah tuan rumah itu berbincang dengan anaknya, si ibu memulakan bicara, mewakili anak perempuan itu.

Kata si ibu, “Maaf atas keterus-terangan ini. Tetapi maaf, kami menolak pinangan Salman al-Farisi. Namun jika pinangan itu datang daripada Abu Darda, mungkin kami akan menerima.”

 

Bayangkan jika anda di tempat Salman al-Farisi.

 

Anda ajak kawan baik anda untuk wakil meminang, tapi anda ditolak sebab orang tu berkenan kat kawan anda.

Kalau ikut drama dalam TV, memang akan ada konflik. Tapi ini bukan drama TV. Ini kisah sahabat Nabi SAW.

Lalu apa kata Salman al-Farisi ?

 

"Allahuakbar! maka semua mahar dan persiapan kahwin yang aku sediakan ini, aku sedekahkan kepada Abu Darda supaya dia boleh bernikah dengan anak perempuan kamu."

 

 

Terkedu saya bila baca kisah ni.

Terharu. Sayu. Betapa bersihnya hati seseorang kerana keihklasannya dalam bercinta, hingga sanggup melepaskan apa yang dikehendaki untuk kebahagiaan insan lain. Allahu. jujur, saya menangis. Keikhlasan sebegini memang sesuatu yang unik.

 

Kerana Salman al-Farisi itu orang yang yakin pada jalan Allah.
Kerana orang yang ikhlas kerana Allah takkan merasa pernah memiliki apa-apa.
Kerana tiada suatu benda pun yang kita miliki dalam dunia ini.

 

Sesuatu yang kita cintai itu, bukan untuk dimiliki tapi untuk dipinjam. Dan bila dipinjamkan, kita kena bersedia pulangkan balik.

 

Bagaimana caranya untuk redha ?

 

Ikhlas.

Ikhlaslah :’)


p/s: “

"Ya Allah, ikhlaskan aku seperti sahabat Nabi SAW ini, ikhlaskan aku seperti Salman al-Farisi, dalam urusan mencintai dan segala urusan."


copied

.

 

Sunday, July 28, 2013

Zahra..

Maka bunga-bunga cinta itu berputik, mekar

Ada rahsia terdalam di hati Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fatimah, teman karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh memesonanya. Kesantunannya, ibadahnya, kecekapan kerjanya, parasnya.

Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Ia bakar perca, ia tampalkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.

Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad bin Abdullah Sang Terpercaya tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya!

Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’bah. Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicengkam diam. Fatimah mengherdik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali. Mengagumkan!

Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta.

Tapi, dia memang tersentak ketika suatu hari mendengar khabar yang mengejutkan. Fatimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaqnya tak diragukan, Abu Bakar Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

“Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali.

Ia merasa diuji kerana merasa apalah ia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin justeru kerana ia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.

Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.

Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah.

Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar, Uthman, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mus’ab.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali.

Lihatlah berapa banyak hamba muslim yang dibebaskan dan para fakir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa hamba yang dibebaskan Ali? Dari sisi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaAllah lebih bisa membahagiakan Fatimah.

Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. “Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.

“Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

 

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

 

Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.

Lamaran Abu Bakar ditolak.

Dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.

Ah, ujian itu rupanya belum berakhir. Setelah Abu Bakar mundur, datanglah melamar Fatimah seorang lelaki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum Muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang laki-laki yang membuat syaitan berlari takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut.

Umar ibn Al Khathab. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebatilan itu juga datang melamar Fatimah.

Umar memang masuk Islam lewat, sekitar 3 tahun setelah Ali dan Abu Bakar. Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin?

Dan lebih dari itu, Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, “Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar..”

Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Lalu cuba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana Umar melakukannya. Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang tertekan kerana tak menemukan beliau SAW. Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.

Umar telah berangkat sebelumnya. Ia tawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah. “Wahai Quraisy”, katanya.

“Hari ini putera Al Khathab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjadi janda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan halang Umar di balik bukit ini!”

Umar adalah lelaki berani. Ali, sekali lagi sedar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah. Apalagi menikahi Fatimah binti Rasulullah! Tidak. Umar jauh lebih layak. Dan Ali redha.

 

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan.
Itulah keberanian.
Atau mempersilakan.
Yang ini pengorbanan.

 

Maka Ali bingung ketika khabar itu mengonyak. Lamaran Umar juga ditolak.

Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi?

Yang seperti Uthman sang jutawan yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulullah?

Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulullah?

Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.

Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka. Atau justeru Nabi ingin mengambil menantu dari Ansar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa’ad ibn Mu’adzkah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’ad ibn ’Ubaidah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

“Mengapa bukan engkau yang mencuba kawan?”, kalimat teman-teman Ansarnya itu membangunkan lamunan.

“Mengapa engkau tak mencuba melamar Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi.. ”

“Aku?”, tanyanya tak yakin.

“Ya. Engkau wahai saudaraku!”

“Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuharapkan?”

“Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”

Ali pun menghadap Sang Nabi.

Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fatimah.

Ya, menikahi. Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.

“Engkau pemuda sejati wahai Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan.

Pemuda yang siap bertanggungjawab atas cintanya. Pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan- pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.

Lamarannya terjawab, “Ahlan wa sahlan!” Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.

Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia siap ditolak. Itu risiko. Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.

“Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?”

“Entahlah..”

“Apa maksudmu?”

“Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ bererti sebuah jawapan!”

“Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya bererti ya !”

Dan Ali pun menikahi Fatimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan ke kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang.

Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.

Ali adalah gentleman sejati. Tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki sel, “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”

Inilah jalan cinta para pejuang.

Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fatimah berkata kepada Ali, “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda ”

Ali terkejut dan berkata, “Kalau begitu mengapa engkau mahu menikah denganku? dan siapakah pemuda itu?”

Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu” .

Kemudian Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan mas kahwin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali redha (menerima) mahar tersebut.”

Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya:

“Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.”

(kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, bab4)

Subhanallah :’)


Greatest love story ever heard. Zahra ─ bunga.

Saturday, July 6, 2013

Mesirku..

Nil Dan Mesir.

 

image

25 Sya’ban 1434 -

Wahai Nil,

aku melihat taatmu tanpa sedikit cela;
membiarkan daratanmu kembali tercemar
oleh tangan-tangan si pendusta
kerana, engkau sangat mengerti
akan susunan taqdir Allah
sentiasa terbaik untuk kami - manusia
bukan ?
seperti sabda-Nya;

 

"Dan di dapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu Al Quran)."

- Ad Dhuha, 7

 

 

aku terlalu yakin,
memang tanpa sedar kita sedang kebingungan
dalam membezakan,
antara hadaf atau al-hawa,
menyokong atau mendokong,
agama atau timbunan kertas bertanda,
dan seumpama yang banyak lagi.

 

terpedaya,
dengan revolusi jahiliyah baru
sangka-sangka telah sudah berdakwah secukupnya
kabur.

 

titik kemenangan hanya wujud
apabila kembalinya orang yang ikhlas
dalam mengamalkan ‘adat kebiasaan’ pejuang silam
maka, Tuhan kita,
telah memberikan jalan atas kekaburan dan kebingungan
mungkin dulu kita belum cukup endah,
pada daratan yang sudah terpenjara lama


tapi,
lewat nil dan mesir
sungguh memberi dampak yang terlalu,
tentang bagaimana setahun itu
hanyalah, angin yang bersinggah sebentar
alhamdulillah, a’la kulli hal.

kita telah semakin sedar.

benarlah,

"Apa gunanya daratan jika tanpa para pensujud yang merapat dahinya ke tanah."


Istighfar.

Awwabhafeez,
27 Sya’ban 1434

Monday, July 1, 2013

Nelangsa..

Begitu duka-duka telah bersujud.

 

Perdengarkanlah wahai As Sami’. Betapa sujudku hanya untukMu.

Duka yang Engkau berikan. Wasilah untuk mendekatiMu.

Jalan kasih sayang.

Ampuni khilaf hambaMu.

Aku sendiri benar dalam penyesalan.

 

 

Begitu duka-duka telah bersujud.

Perdengarkanlah wahai As Sami’.

Jalan tujuku hanya padaMu.

Pandanglah daku…

Pandanglah daku…

Pandanglah daku dengan pandangan kasih sayangMu.

 

 

Duka ini satu rahmat

Andai ya Allah Tuhanku

Duka ini membuatku makin mendekatiMu

Aku rela…

 

 

.


p/s:

Kobari semangat yang masih bersisa. Bangkitlah dari setiap kegagalan. Carilah punca kelemahannya. Dan baikilah akan seruan kasih sayang. Tumpahlah segenap keringat hingga berjejeran jatuh menyembah bumi. Selagi masih bernyawa, teruskanlah langkah ini.

Kau bukan gagal kerna jatuh, namun kau gagal sekiranya kau hilang semangat dan putus asa. Semester lalu biarkan berlalu. Semester mendatang cengkam laju-laju! Tuhan, padaMu ku pohon..

Katakan pada hati,

 

 

 

“Lihat, aku bangkit !”

 

 

 

 

 

Begitulah dukaku bersujud…
Kerana exam yang lalu…
Sayu dan pilu…

Tuesday, June 11, 2013

Indah..

Kisahkan Pada Tuhan.

 

image

 

Bila judul dan isi tulisanmu, menjadi sesuatu yang kau kisahkan pada Allah untuk digemakan.

Lalu, Allah tanpa jemunya mendengar sambil ‘tersenyum’ pada setiapnya.

 

 

 

 


“..Tuhan, hari ini hamba menuliskan judul ‘ini’ dan apa yang ditemukan masih tetap dalam cinta-Mu.”

 

 

 

 

 

Itu, indah.

 

— Apa kau tuliskan pada hari ini? kisahkan pada Tuhan. Maka kau akan bisa menemukan hati yang mencintai dan dicintai oleh-Nya, Allah. :’)

 

.

p/s: Setiap bait ayat yang tertulis. Semoga semua tertuju padaMu. Sungguh, bukan pandangan manusia ku cari. Lebih lagi mahu dikenali. Semoga ada rasa rindu berbaki ini dibawa bekalan untuk di akhirat sana. Dan tetaplah wahai diri..berpegang pada satu tali ─ Tali Allah.

Dan duhai hati.. ikhlaskanlah segala amalanmu. Tuntutlah belajar keikhlasan walau hatimu perit dan gundah. Ya Allah, bimbinglah hati ini.. Sungguh ia tidak mampu, letih.

 

 

*italic ─ monolog.
*source ─ awwabhafeez
_indah bahasanya, ^__^

 

.

Friday, June 7, 2013

Bidadari..

Dia.

 

 

Yang memimpinku ke teguh mimbar,
atau yang menolak ke lembah merah !

 

 

putih; Jangan di julang tiada hitam
pada langit lazuardi masih berlapis mendung

 

 

hanya kerana kau berteduh payung,
tak mesti guruh bersembunyi.

 

Kau putih seputih hatimu.

 

.

 

When sadness was the sea, You were the one that taught me to swim.

— Iain Thomas

 


p/s: amendelah aku ni.. dah, study..

Thursday, May 30, 2013

Penat..

Sahabat-sahabat,
Aku penat,
Tersangat penat,
Dan aku tahu kau juga penat.

 

Tapi sahabat-sahabat,
Penatku kian tenat,
Dan ianya semakin melarat,
Membuatkan aku tidak larat.

 

Sahabat-sahabat,
Dulu kau kata kau akan beri ku kata-kata semangat,
Dulu kau kata kau akan ambil berat,
Sebaliknya kau biarkan aku terkulat-kulat,
Mana janjimu yang padat dan hebat ?

.

 

Sahabat-sahabat,
Aku penat,
Tersangat penat,
Jangan sampai suatu saat,
Pegangan kita sudah tidak erat,
Dan hanya menunggu untuk retak.

 

Sahabat-sahabat,
Tariklah aku kuat-kuat,
Agar aku kembali bersemangat,
Untuk bersama kalian, para pejuang para du’at.

 

Dengan petunjuk dari Allah yang Maha Hebat dan Maha Kuat,
Bersama kita melangkah mencerahkan ummat !


p/s: Aku punya impian.

Dimana, di dalam syurga Allah kelak, kita berkumpul bersama-sama di dalam satu bulatan. Sama seperti waktu di dunia dahulu. Kita berkongsi cerita suka dan duka sewaktu melalui tamrin. Bercerita tentang azab seksa mati, dan bagaimana luasnya rahmat Allah. 

Indah bukan ?

 

Tuesday, May 28, 2013

Nama..

Ada Apa Pada Nama?

Dulu waktu masih kecil, saya pernah untuk membenci nama sendiri. Ya, rasanya cemburu amat melihat teman-teman sekolah punya nama yang bagus juga cantik. Sedang saya namanya kelihatan pelik sekali – anggapan.

Dan bila saya semakin membesar dewasa, akhirnya saya mulai mengerti ─ ada apa pada nama.

.

Ada apa pada nama ?

 

.

Menurut saya sendiri nama itu adalah sebuah harapan. Harapan besar yang dibina oleh orang tua kita sendiri; yang beberapa dari mereka telah membinanya sebelum roh kita ditiupkan ke rahim bonda. Mereka, punya ingin untuk kita bakal mendewasa seiring harapan tersebut.

 

Ada apa pada nama ?

 

.

Saya percaya, setiap orang tua tanpa sedarnya telah bersastera lewat nama anak-anak mereka. Ya, makna di balik nama kita itulah sastera – paragraph hidup yang bergerak nyata tanpa hujungnya. Kita, bakal membawa sastera itu walau ke mana saja melangkah dibumi. Sekalipun langkah tersebut telah terhenti karena kematian tapi tetap saja nama itu akan dikenang.

 

Ada apa pada nama ?

 

.

Sungguhpun, orang tua yang memberikan nama buat kita. Hakikatnya, tanpa seizin-Nya ianya takkan menjadi sebuah kenyataan bukan ?

Ya, asalnya Tuhanlah yang lebih awal menamakan kita sebenarnya. Maka, bersaksilah harapan di atas harapan.


Maha Suci Allah, pada indah sebuah nama.


Senyum.


* barangkali kerana itu jugalah saya sering mendapat kekuatan untuk bangun semula lewat erti nama sendiri. :’)


p/s: Dhon Damaska. Mungkin tiada makna/maksud dalam mana-mana bahasa di dunia, tapi aku sendirilah yang akan memberi makna pada nama ini.

Dengan menjadi orang yang hebat, se-gah namaku.

 

Thursday, March 21, 2013

Hakikat si penglipur lara

Dari seseorang,

“.. tapi bahasa saya tak sehalus awak.”

“.. wah.. puitisnya..”

Dll.

.

Sahabatku,

Puisi itu bukanlah kolaj kata-kata yang boleh ditampal atau disusun.

Tetapi adalah yang terlahir dari seluruhnya

ikhlas - si hati.

Maka,

halus atau kasar bahasa itu

bukanlah aras yang menentukan sama ada puisi itu indah atau sebaliknya.

Bahkan yang sebenarnya adalah ‘isi’

puisi kita.

.

Lalu sayangku,

usah khuatir jika bahasamu tak sehalus yang lain.

Biarlah mungkin tampak kasar dalam retoriknya

tapi halus bagi yang benar tahu,

hakikat ‘kehalusan’ puisi - cinta Allah.

.

Biidznillah, segala sesuatu yang di dalamnya punya cinta Allah, akan ternampak indah bagi hati-hati - yang juga lagi sedang mencari.

 

”..dan bila isi hatimu begitu penuh dengan cinta-Nya, masakan tiada terlimpah pada setiap gerak kerja.”

Senyum.

 

.


p/s: Kerana aku terlalu ingin mencari cinta Allah pada setiap tulisan. Dan ketika dalam pencarian itulah aku dipertemukan —  Cinta Allah yang telah menuliskan untuk kita berjodoh sebelum jasad ditiupkan roh. Dan ternyata, cinta ini juga telah menemukan semula roh kita.

Sunday, March 17, 2013

Karya si jiwa

 

Andai langit mampu melantunkan madahnya

Pasti kulakarkan kata-kata dihamparannya

Melukiskan kekuatan dan cahaya kehidupan

Namun awan jua yang menurunkan bahasa

Awan jua yang melerai sesak dadanya

yang mula dan hampir rebah…

.

 

Andai sunyi itu suaraku

Lalu doa itu melodinya

Zikir itu lagunya

Lalu biar hati mendendang harap

Bersenandung lara syair-syair pujangga

Menenteram jiwa yang hiruk pilu

.

 

Kulangkahkan kakiku melewati waktu

Bersama dengan bunga taman hatiku

Yang selalu menemani mimpi-mimpi ini

Di dalam hati dan di dalam jiwa

Bagaikan bunga-bunga di taman yang sangat indah…

Semerbak wangi tercium setanggi cinta,

Akan kubawa kau terbang

Ke atas sana berdua kita raih bulan dan bintang

mungkin memang tentang waktu yang selalu menang,.


p/s: What ? Ang fikir ni copy paste ka ?

Sunday, March 10, 2013

Untukmu Bidadari Syurga

Hamba Allah, 
No 124,
Taman seri kenangan,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman. 23 Julai 1993

Kehadapan awak-Bidadari Dari Syurga.

Saudari,

Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap awak.

Sedia maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang untuk diajak ber"couple". Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.

Saya lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tahu semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu juga yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah S.W.T.

Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya.

.

Saya tahu apa yang awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.

Tapi ada satu perkara yang pasti, saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya. walaupun awak tak pernah senyum pada saya, saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak garang bertempat.

Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.

Seperti awak, saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak.  Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak.

Surat ini ikhlas saya tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya.

Yang benar,
Hamba Allah
Setia menanti awak.


Moral : Jika ingin bernikah, mulakanlah langkah, Gunakanlah jalan tengah... Jika sempurna persediaan diri, bertemulah pada wali, Itu lebih mulia dan terindah. Sesungguhnya islam itu indah, maka jadikanlah islam itu sebagai cara hidup kita. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah~

- Artikel iluvislam.com (shared)

steve irwin.. ingat lagi? haha

Saturday, March 2, 2013

Biar rindu terhenti #4

Rindu kembali bertamu di ruang senja.

Lembayung semburat melukiskan garis kekuningan di angkasa.

Sore itu indah sekali,

seolah bertepuk tangan gemas

melihat aku yang sedang mengurai..

tumpukan rindu yang menggunung.

Semesta tahu bahawa aku derita malarindu.

.

Aku,

tersenyum sendiri dengan status tawanan rindu.

Maaf..

Bila diam ini membuat banyak prasangka

Termenung dan gelisah

ketika semua tentang bayanganmu

perlahan mulai menghilang,

Sepi menjalani hari

.

Dan aku,

seperti bulan yang membelakangi cahaya,

Terlihat tegar nan indah dari sini

tetap, ia sangat terluka melihatnya dekat

kerana deritanya rindu itu aku pendam

diam dan sangat dalam..

Ketika aku pilih rasa itu,

aku temui Tuhanku, yang setia memberi teduh..

Rasa rindu yang tiada berbelah bagi.

Allahu..

Di mataku, senja tak pernah bisa terlihat biasa saja.
Apakah kau pernah tidak merasa kagum saat menatap merah langitnya?

- Tia Setiawati Priatna

Semakin aku diam, semakin terlihat diriku sebenarnya


p/s: Tetaplah berusaha, walau kadang goyah, kadang merasa tidak mampu, kadang merasa tidak kuat atau malah kadang bukan hanya merasa tapi sudah mulai menyerah. Kerana takdir itu di hujung usaha.

gambar muslimat manelah aku ambil ni. kah kah kah

Rindu itu adalah anugerah dari Allah – Hijjaz.

Thursday, January 31, 2013

The wonderful gift

It was really hectic and tiring.

Watching such divine beauty - sunset. Try closing your eyes.

.

.

.

.

.

.

Imagine at that very moment if Allah were to take a simple blessing that was granted to you; Being able to see.

You can’t watch the sunset anymore. You can’t watch your favorite TV shows anymore. You can’t watch movies with your friends anymore. You completely blind.

Only at that moment when Allah has took away your sight, are you going to say,

‘Thank You Allah for this simple blessing which I have neglected all this while’ ?

Are we not that thankful ?

Can we say that ?

InsyaAllah may Allah guide and help each an every one of us.

.

 
bukan sahaja pada awan kita bicara, matahari juga. –_–


p/s: Menurutnya, tulisan boleh membuat seseorang ‘jatuh cinta’, bahkan sebelum berjumpa penulisnya. Entah bagaimana, tapi seperti ada ‘nada’ dalam tiap kata, yang jika dibaca dengan hati, hormon endorfin keluar tiba-tiba. Kata orang Norwegian, kita akan mengalami ‘forelsket’, sebuah euforia yang muncul saat kita jatuh cinta. ‘Fallin in love’ with both the writing, and the writer !

maka hati-hati membaca. :p

.

Sunday, January 13, 2013

Menjadi biasa

Aku hanya seorang insan biasa
di dunia yang tidak biasa
yang hidup dengan mimpi luar biasa
Memiliki cerita-cerita yang hampir sempurna
tapi tidak pernah sesekali sempurna
dan tidak akan sempurna

..

sebenarnya kita sudah sama tahu
tapi kita pura-pura tidak tahu
kita hanya menutup sikap yang semakin melebar
mula menjaga ucap yang semakin merayu
berdiam kerana hati mula mendesah
mencuba menjaga dengan cara kita

..

hanya terima kasih dan maaf
Dua kata mewakili perasaan yang besar
Baris-baris suara yang kau ucap sambil lalu
hanya terima kasih dan maaf
aku bukan seperti dulu…


B/h: Kerana luasnya rahmat Ilahi, maka hidup itu tidak pernah berhenti dengan ujian. Sekali gagal bukan bermakna selamanya gagal. Jika berputus asa, adakah ia akan mengubah nasib hidupmu ?

*monolog sendiri*

oh, Dhon.. tolonglah bangkit…!!


Kerana langit hanyalah langit,
ia tidak boleh melihatmu bersedih