Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, August 29, 2014

Sekejap sahaja..

Itulah ungkapan yang sering ku dengar.

Bila aku meluahkan letihnya belajar. Mahu berhenti belajar. Lama lagikah ? “Sekejap sahaja.” Diulang-ulang sehingga aku merasa bosan. Bagaimana harus melaluinya ?

Masa begitu perlahan berlalu, apabila aku sering menghitung saat. Dari saat jatuh ke minit. Dan seterusnya jatuh ke jam, ke saban hari dan minggu. Sehingga berlangsungnya hari yang aku tunggu.

Bila saat sukar berlalu dalam hidup. Itulah detik yang aku pinta pada Tuhan. Berlepas daripada ujian yang sukar. Kesabaran terlalu menggugat keimanan, yang pada akhirnya akan disinari dengan kebahagiaan.

Sabar.

Inilah ayat klise yang selalu diutarakan oleh mereka. Setutur lidah meluncur perkataan ‘sabar’. Atau ingin aku penuhkan bicara mereka seperti ini, “Sabar, sekejap sahaja… ” .

 

Ujian ini terlalu menghambatku.

Aku yakin, aku benar-benar telah kehilangan cahaya. Terperosok ke dalam. Timbul tenggelam. Tiada daya melawan gelora. Hanya terngiang ditelingaku adalah ‘sabar’. Namun, berapa lama lagikah ?

 

“Sekejap sahaja…”

 

Aku meyakininya. Mungkin pada suatu hari nanti, saat yang dilalui ini, hanyalah sekejap sahaja. Ketenangan yang aku cari selama ini. Perjalananku semakin hampir ke muara akhirat.

 

Wahai, indahnya.

Jika aku dapat merasai kesabaran itu semula, yang sering kalian utarakan. Kerna ianya semakin haus di gesel bersama ujian. :)

 

‘Sabar, dimanakah kau sekarang ?’

 

 

Thursday, April 3, 2014

22-tahun..

22 tahun yang sia-sia,
Dan esok yang belum tentu ada.
Andai ini saat terakhir masa,
Maafkan hamba yang penuh dosa.

 

22 tahun yang berlalu
Kau kira berapa banyak amal yang ada ?
berapa pula timbunan dosa
Kuat mana kau usaha,
Meraih ampunanNya..

 

22 tahun lepas
Tuhan berikan pinjamanNya,
Yang berupa batas waktu,
Untuk kau cari mengenal Dia,
Ma’rifat tuhan yang esa
Ada kau jumpa ?

 

22 tahun sudah..
Dosa dan maksiat tidak lepas juga,
Masih juga kau butuh masa,
Untuk apa ?
Tambah dosa ?

 

22 tahun yang dilewakan..
Jeriji jeriji nafsu masih membelenggu,
Umur tinggal bersisa
Dan kau masih mengira dosa,
Cukupkah tangan menghitung ?
Perlu tambah satu ?

 

23 Tahun kini..

Masa untuk berubah,

Ampunkan saya
segala salah dan silap sepanjang penulisan ini.
Kerna diri ini penuh dosa.
Entah terampun entah tidak.
Moga dijauhkan dari azabNya.

Kerna dikala umur yang bersisa.
Aku tak yakin akan dipanjangkan usia.
Aku hanya mohon berkat dan rahmat.
Moga Tuhan perkenankannya.

 


p/s: Tahun ni adakah sama seperti tahun lepas? Hadiah mane, hadiah? haha. meminta dekat lorong gelap, hati. Hadiah sudah banyak tuhan beri.

*Pang !! penampar sebijik.

 

Monday, February 10, 2014

Colors-of-rainbow..

Macam tak percaya,

lagi seminggu je cuti tinggal..

 

Macam tak percaya,

Tak lama lagi aku sambung belajar.

Setelah sekian lama..

 

Macam tak percaya,

Cuti tinggal bersisa

Dan aku masih sama..

dan lagi..,

 

Macam tak percaya,

bahawa semangat untuk sambung belajar,

 

.. tiada..


Cuti yang cukup lama, membuatku banyak berfikir. Telah beku hati ini. Otak sangat lembap berjalan. The enthusiast to success in academic, tiada. Hilang, gone with the wind was blowing, bersama angin hampa. Kenapa..?

 

Lagi seminggu,

Aku akan sambung belajar.

Bagai mimpi dalam mimpi. Meneruskan perjuangan yang tertangguh. Dengan harapan yang kian lumpuh. Untuk bersama merangkul, dengan hati yang rapuh.

 

Lagi seminggu,

Kembali menghadapi kawan-kawan, setelah sekian lama. Diremuk redam. Menghadap kembali timbunan kertas bertanda. Karenah pensyarah dan suasana. Enam bulan merana..

 

Enam bulan.. Ditimpa ujian berpanjangan. Demi harga sebuah keikhlasan. Dalam beribadah kepadaNya. Nikmat ini, satu anugerah. Telah membuat langkah ini kembara. Mengenal ma’rifahNya.

 

Enam bulan.. Sebuah pengajaran yang teratur susunanNya. Pada sebuah kamus, dalam lembaran sirahku. Yang mula gugur, pada dahan yang rapuh. Dalam keluasan ilmuNya, tuhan berikan cahaya.

 

Enam bulan.. telah cukup mematikan. Aku mula membuka mata. Tentang selama ini yang aku pegang, pada dahan manakah aku bertaut.

 

Aku tahu kenapa, but why I’m still losing it. How could I’m possibly lose the thing after all I’ve been said over the times.

Mimpi ini,

telah jauh berlayar.. Dan aku rasakan, semakin mendapat petunjuk. Dari angin yang bertiup. Yang menghala ke arah jalan tenang. Redha, bersama Allah. This life have to go on.

 

Meski enam bulan, terlalu cepat berlalu.  Aku harus tabah, because that is the thing I‘m only have. Yang dapat membuatku bertahan dari lemas. Dihanyut bersama Nil dunia.

 

Enam bulan lepas.. makes me think a lot. Hidup ini.. For the sake of my life, life wouldn’t be better without this flaw. Thanks Allah for reminding me. This hasn’t to be so far. Smile, pray and have faith. A greater thing waiting ahead. :)

 

Semangat..

Aku perlukan semangat.

Untuk kembali bersama, sebaris. Walau jauh tertinggal, I have to run. Even more faster.


P/s:

When I’m so weak, and doesn’t have anyone to share with besides Him, I’m nukil this for me. This is what makes me! feel that life should go on. writing this hoping.. May Allah bless His Mercy.

Allah, this deen, don’t be so hard, janganlah uji kami sebagaimana ujian orang yang terdahulu. This deen, guidance me, dengan cahaya ilmu yang benar. 

 

Dear Allah..

Padaku, hanya Engkau tempatku berpaut. Tiada lain. sungguh…

Wednesday, January 1, 2014

Sepi..

Semuanya seakan tidak lagi bersahabat

Tiada lagi terdengar senandung nyanyian termanis

Semua tak bersahabat

Seakan tidak ada yang peduli

 

Ku pikul semua ini sendiri

Hanya sendiri

Terjerat dan tak mungkin mampu lepas begitu sahaja

Kesedihan kini telah menjadi

Aku sepi dalam dunia sendiri

 

 


Pohon, angin, bintang, langit dan awan.

Kembalilah.. Bersahabat denganku semula.

saya rindu. :)


But they didn’t.





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Azam..

 

Setahun yang lepas..

1. Menghabiskan kitabullah dan juga tafsirannya dua kali tahun ni.
2. 
Lens tamron 70-300mm. [link]
3. Menghabiskan novel-novel yang telah dibeli ! (membazir kalau tak baca! huh!)
4.

Menghafal surah As-sajdah.

5.

Taknak missed pergi surau/masjid ! (subuh? erm..) [Ongoing Subject]

6.

Solat taubat tamo tinggal da lepas ni. [Ongoing Subject]

7.

Jangan nak tunggu exam jer baru nak minta maaf kat mak bapak. (ye, baik)

8. Jangan lupa turun mengundi.
9. Rajin bersedekah. (senyum kat tabung masjid pun bole) [Ongoing Subject]
10. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia. (Sepatutnya ini yang pertama, –_–)

[Ongoing Subject]

11. Tambah berat badan. (underweight)
12. Cakna isu semasa. Bukan bola jer. [Ongoing Subject]
13. Sem depan nanti, tolonglah rajin sikit. LI pilih tempat yang jauh dari Melaka.
14. Belajar berjimat.
15. Belajar bangun pagi. Istiqamahkan tahajud. Esok kubur terang.
16. Buat yang terbaik. Jangan malas.
17. Nak cari jodoh? pergi mampos..

Setahun kini..

1. Lens tamron 70-300mm. [link]
2. 

Menghafal surah As-sajdah dan Juz amma.

3.

Taknak missed pergi surau/masjid !

4.

Solat taubat tamo tinggal da lepas ni.

5.

Jangan nak tunggu exam jer baru nak minta maaf kat mak bapak.

6.

Rajin bersedekah.

7.

Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.

8. Tambah berat badan.
9. Cakna isu semasa. Bukan bola jer.
10. Belajar berjimat.
11. Belajar bangun pagi. Istiqamahkan tahajud. Esok kubur terang.
12. Buat yang terbaik. Jangan malas.
13. Beli smartphone baru
14. Khatam kitab Bakurah dan Majmuk Salasa
15. Achieve a great pointer.
16. Kumpul duit nak kahwin
17. Istiqamah

 


P/s: Setahun bagaikan semalam berlalu. Bermula lembar baru, menyusup semangat dan iltizam jitu. Dari segenap tekad dan usaha padu. Tahun ini menuju puncak segala mercu.

Monday, July 1, 2013

Nelangsa..

Begitu duka-duka telah bersujud.

 

Perdengarkanlah wahai As Sami’. Betapa sujudku hanya untukMu.

Duka yang Engkau berikan. Wasilah untuk mendekatiMu.

Jalan kasih sayang.

Ampuni khilaf hambaMu.

Aku sendiri benar dalam penyesalan.

 

 

Begitu duka-duka telah bersujud.

Perdengarkanlah wahai As Sami’.

Jalan tujuku hanya padaMu.

Pandanglah daku…

Pandanglah daku…

Pandanglah daku dengan pandangan kasih sayangMu.

 

 

Duka ini satu rahmat

Andai ya Allah Tuhanku

Duka ini membuatku makin mendekatiMu

Aku rela…

 

 

.


p/s:

Kobari semangat yang masih bersisa. Bangkitlah dari setiap kegagalan. Carilah punca kelemahannya. Dan baikilah akan seruan kasih sayang. Tumpahlah segenap keringat hingga berjejeran jatuh menyembah bumi. Selagi masih bernyawa, teruskanlah langkah ini.

Kau bukan gagal kerna jatuh, namun kau gagal sekiranya kau hilang semangat dan putus asa. Semester lalu biarkan berlalu. Semester mendatang cengkam laju-laju! Tuhan, padaMu ku pohon..

Katakan pada hati,

 

 

 

“Lihat, aku bangkit !”

 

 

 

 

 

Begitulah dukaku bersujud…
Kerana exam yang lalu…
Sayu dan pilu…

Tuesday, May 28, 2013

Nama..

Ada Apa Pada Nama?

Dulu waktu masih kecil, saya pernah untuk membenci nama sendiri. Ya, rasanya cemburu amat melihat teman-teman sekolah punya nama yang bagus juga cantik. Sedang saya namanya kelihatan pelik sekali – anggapan.

Dan bila saya semakin membesar dewasa, akhirnya saya mulai mengerti ─ ada apa pada nama.

.

Ada apa pada nama ?

 

.

Menurut saya sendiri nama itu adalah sebuah harapan. Harapan besar yang dibina oleh orang tua kita sendiri; yang beberapa dari mereka telah membinanya sebelum roh kita ditiupkan ke rahim bonda. Mereka, punya ingin untuk kita bakal mendewasa seiring harapan tersebut.

 

Ada apa pada nama ?

 

.

Saya percaya, setiap orang tua tanpa sedarnya telah bersastera lewat nama anak-anak mereka. Ya, makna di balik nama kita itulah sastera – paragraph hidup yang bergerak nyata tanpa hujungnya. Kita, bakal membawa sastera itu walau ke mana saja melangkah dibumi. Sekalipun langkah tersebut telah terhenti karena kematian tapi tetap saja nama itu akan dikenang.

 

Ada apa pada nama ?

 

.

Sungguhpun, orang tua yang memberikan nama buat kita. Hakikatnya, tanpa seizin-Nya ianya takkan menjadi sebuah kenyataan bukan ?

Ya, asalnya Tuhanlah yang lebih awal menamakan kita sebenarnya. Maka, bersaksilah harapan di atas harapan.


Maha Suci Allah, pada indah sebuah nama.


Senyum.


* barangkali kerana itu jugalah saya sering mendapat kekuatan untuk bangun semula lewat erti nama sendiri. :’)


p/s: Dhon Damaska. Mungkin tiada makna/maksud dalam mana-mana bahasa di dunia, tapi aku sendirilah yang akan memberi makna pada nama ini.

Dengan menjadi orang yang hebat, se-gah namaku.

 

Saturday, May 18, 2013

Mahabbah..

Berawal dan bermula ketika angin yang berhembus,
bentangan kanvas sutera,
lekukan indah dari pena jiwa,
Dari awal bismillah membuka kata..

 

.

Cinta Tuhan.

Dalam kesamaran malam yang berbalam-balam
Ditemani dengan sisa cahaya rembulan yang menerjah ke raut bumi
Menampakkan keserian fauna berbias-bias rega,

Tatkala rindu semakin suram dikalut tirai kelam,
Hati ini terpanggil membisikkan cinta yang kian malap
Dan kasihnya masih terasa akan bersambungan.

Cinta itu,
Di sebuah jalanan.

Yang berliku sendi berduri tajam !

.

 

 

Nelangsa.

Di huni ribuan dosa yang bermukim dihati.
Di usir zikir bersemburat nasuha !

Namun masih utuh maksiat merajai hati.

 

.


p/s: Bila jiwa berbahasa, beginilah. Mari mengutip cinta ilahi !

 

Tuesday, April 16, 2013

Abang Alin



Alin: Abang, kenapa alin tengok perempuan lain boleh je buka tudung dan pakai seluar jean ?
Abang: Alin.. Alin jangan ikut orang, Alin kena ikut al-Quran. Cuba baca ni.
Seraya tunjuk kepada Alin, surah Al Ahzab - 59;
 Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Al-Ahzaab: 59]
Abang: Alin faham tak apa yang Allah suruh ?
Alin: Faham..alin memang nak pakai baju labuh-labuh. Tapi masa alin nak pilih baju tu, semua sempit. Ibu pula nak cepat. Sebab tu ibu suruh ambil ape-ape je.
Suaranya lemah mendengarkan ayat Tuhan.
Abang: Ya, nanti kalau nak pilih beli baju, bawa abang tau. Nanti biar abang yang belanja. Lagipun belum raya lagikan.
Alin: Abang, kenapa perempuan kena pakai tudung, tapi lelaki tak wajib pakai songkok ?
Abang: Haha, alin..alin.. Sebab aurat lelaki dan perempuan tak sama. Perempuan wajib pakai tudung sebab aurat dia kat mana ?
Alin: Kat muka dan badan.
Abang: Bukan, salah tu. Aurat perempuan kat seluruh anggota badan melainkan muka dan pergelangan tangan. Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut. Faham?
Alin mengangguk perlahan.
Abang: Lepas ni bole tak, kalau abang takde alin jaga aurat alin dengan baik ? Janji dengan abang.
Alin: Ya, alin janji. Alin nak jadi perempuan muslimah.
Abang: Dan solehah.
.
Senyumannya terukir kecil di wajah. Azan isyak berkumandang merdu. Malam melabuh tirai kelam. Si Abang mula menggesa si Alin mengambil air wuduk. Menunaikan kefardhuan.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

p/s: Indahnya hidup bila beragama. Seindah pohon sakura di musim bunga. 


Thursday, January 31, 2013

The wonderful gift

It was really hectic and tiring.

Watching such divine beauty - sunset. Try closing your eyes.

.

.

.

.

.

.

Imagine at that very moment if Allah were to take a simple blessing that was granted to you; Being able to see.

You can’t watch the sunset anymore. You can’t watch your favorite TV shows anymore. You can’t watch movies with your friends anymore. You completely blind.

Only at that moment when Allah has took away your sight, are you going to say,

‘Thank You Allah for this simple blessing which I have neglected all this while’ ?

Are we not that thankful ?

Can we say that ?

InsyaAllah may Allah guide and help each an every one of us.

.

 
bukan sahaja pada awan kita bicara, matahari juga. –_–


p/s: Menurutnya, tulisan boleh membuat seseorang ‘jatuh cinta’, bahkan sebelum berjumpa penulisnya. Entah bagaimana, tapi seperti ada ‘nada’ dalam tiap kata, yang jika dibaca dengan hati, hormon endorfin keluar tiba-tiba. Kata orang Norwegian, kita akan mengalami ‘forelsket’, sebuah euforia yang muncul saat kita jatuh cinta. ‘Fallin in love’ with both the writing, and the writer !

maka hati-hati membaca. :p

.

Monday, January 7, 2013

Tersenyum melihat langit

Teringin sekali memilikinya

menggapai langit yang tujuh

tapi, sedar segalanya dengan izin Tuhan.

dari sisi lemah, aku hanya mampu berharap.

dan angan setinggi awan..

dalam bisikan doa kudusku.

Waima tak setaat lautan memuji Tuhan.

biar tutur bicara itu tersusun rapi,

yang akan dipersembahkan pada Rabbi

tatkala diri sudah tidak mampu lagi berusaha.

hanya untaian doa melambung tinggi

..

Senyum..

Melihat ujian yang datang

melihatnya dari kacamata seorang hamba

Tidaklah aku melihat sesuatu itu melainkan aku melihat Allah dalam sesuatu itu..”

Dan lantas mendongak ke atas

Melihatnya langit dengan pandangan bertuhan.

“ Ya Allah, tidaklah Engkau menjadikan semua benda ini dengan sia-sia.. Maha suci Engkau, lindungilah kami dari api neraka..”

Dan aku tersenyum melihat langit.


p/s: Hiba, lelah, rebah dan asa adalah salah satu bentuk ujian. Yang meminta perhatian untuk kita kembali kepada penciptanya. Dan itu yang mendewasakan kita! 

 

alone maybe lonely, but at least you don’t have no one to lose..!

Saturday, December 29, 2012

Kerana aku seorang si penggembala

Al-Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya al-Muwatta`; Rasulullah bersabda

Bukanlah daripada kalangan nabi melainkan dia itu seorang gembala kambing”. Lalu beliau ditanya “Dan Tuan juga wahai Rasulullah?” Jawabnya “Dan saya juga”.

Begitu juga Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah yang menyentuh tentang kambing:

Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas  beberapa bahagian penduduk Mekah”. [Sahih Bukhari]

Begitulah pekerjaan para anbiya. Menggembala kambing. Antara sunnah yang kita sering lupa, namun hikmahnya cukup besar.

Itu adalah salah satu sunnah dalam kehidupan  sekalian para ‘Anbiya seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad.

Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. Ternyata haiwan ternakan itu adalah milik bapanya, Nabi Adam a.s.

..

Impian dan anganku bukanlah kosong.

Satu hari nanti, pasti aku akan menjadi seorang si penggembala kambing di sebuah pergunungan Alps. Sambil di temani langit dan matahary. Dan akan ku kongsi cerita bersama awan. –_–


p/s: Let’s spread Islam ! ~

Friday, December 7, 2012

Hamba Tuhan

Dan berjalanlah masing-masing pada manzilahNya.
Seperti titah Tuhannya.
Terbit cahaya,
tiada selalu terang.
Gelap pekat,
tiada sempurna gelita.
Yang datang, yang pergi.
Mengukir senyum.
Tumpahkan air mata.
Berjalanlah, dan teruskan.
Hanya berpaling untuk menyapa kenangan.
Bukan sesal, tiada sekalipun terizinkan.
Berjalanlah, dan teruskan.
Menatap harapan..
Hitunglah yang berlalu.
Berapa khilaf, adakah kebaikan?
Satu saat.
Bahkan bukan tahun.
Detik pun Allah tak berikan lagi…
Bertambah lagi umur,
berkurang lagi usia..
Semoga senantiasa menjadi hamba yang berserah.
Hanya yang bersabar, bersyukur dan ikhlas yang akan menjadi pemenangnya…

p/s: Pada setiap masalah Allah menitipkan salam rindu kepada hamba-Nya yg mungkin sudah lama tak menyapa-Nya dalam haru syahdu tahajjud.
Pada setiap lelah, Allah menitipkan lukisan syurga untuk makhluk-Nya. Syurga sebaik-baik tempat kembali, syurga yang di dalamnya tak ada sedikitpun rasa lelah.
Pada setiap masalah, Allah menitipkan kekuatan kepada makhlukNya yg senantiasa bersabar dan berusaha
—(VIA POLARISSKY)

Tuesday, December 4, 2012

Selembar fitrah

Wahai orang-orang yang beriman !
Mengapa apabila dikatakan kepada kamu,
“Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,”
Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?
Padahal kenikmatan hidup di dunia ini
(dibandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit.

(At-Taubah: 38)

Begitulah.

Dijadikan indah oleh syaitan segala perbuatan-perbuatan buruk mereka di atas kehidupan di dunia.

Kita tertipu dan sering terpedaya.

Sering di buai lena hingga bungkus segala bicara.

Islam bukan hanya sekadar agama, yang meniti di mulut.

Islam adalah agama perjuangan. Sebaik syahadah termeterai, maka kita turut berjanji memperjuangkannya.

Namun berapa ramai yang betah di atas taliNya ?

Berapa ramai yang bertahan di atas jalanNya ?

.

Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad),
sesungguhnya Allah telah menolongnya
(iaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya dari Mekah...

9:43

Dan masih,

terus membisu dan kaku..

.

Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang),
nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih
dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,
dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.
Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(At-Taubah: 39)

Allah..

Sahabat.,

Jika merasa berat perjalanan ini..

Ketahuilah bahawa kamu tidak berseorangan

Ayuh, sambutlah tanganku selagi aku masih upaya !

jangan biarkan terus syaitan memperdaya !

Bangkitlah dengan sepenuh tenaga !

Sungguh, syurga menanti kita disana. ^_^


p/s: “Dan terkadang, bibir ini juga bisu bila ditimpa bala, maka aku pinta, marilah berjinjing tangan bersama, kerana aku juga sering tersungkur di pintu neraka.”

Wednesday, November 28, 2012

Coretan hati

Arakiannya..

Bismillah.. Alhamdulillah, aku melangkah ke depan lagi. Terus maju meneruskan hidup. Yang lalunya terasakan kosong sepi tanpa ceritera syurga. Waima, syurga juga dicari sebelum ini. Namun hakikat seorang manusia, yang hati sentiasa berbolak balik.

.

Ingin aku coretkan sebuah kisah.

Sebuah kisah isi hati, yang terpendam sekian lamanya. Mencari-cari penyudahan terbaik. Tentang sebuah perjalanan seorang hamba. Yang tiada berdaya.

.

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

(Muhammad: 31)

... 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

(Ali Imran: 103)


Dan bila berlalunya ujian itu, langit itu tetap kelihatan biru. Tiada yang berubah. Walau dimana kita berpijak. Langit itu setia melihat. Sungguh ujian itu mendewasakan kita.

.

Pada aturan langkah,
usia mematangkan jiwa...
Pada sebuah kanvas,
lukisan jiwa terlakar bercerita...

...

Aku menoleh ke belakang,
dan Alhamdulillah…
Mereka masih bersamaku
Namun untuk esok dan mendatang
masihkah mereka setia ?
.


p/s: menunaikan solat taubat bukan bererti kita dah bertaubat. Taubat yang sebenarnya, cukuplah sekadar niat dan berazam untuk tidak akan melakukannya lagi. ◕‿◕

p/s: Kita cuba berusaha untuk menyatu, tapi kita tak mampu nak menyatukan hati. Sedang kita berusaha, tapi kita tak mampu jua nak menakluk hati mereka. Biarkanlah… dan teruskanlah merencana. Allah jua sebaik-baik perancang.

p/s: http://behindofme321.tumblr.com/

p/s:

Tuesday, November 27, 2012

Biar rindu terhenti #2

Ada kalanya
Rindu datang tanpa permisi
Tanpa salam, tiada ampun
Seenaknya saja menggenangi hati

Kadang
Ada rasa tak kuat
Ada rasa ingin kembali yang tak terbendung

Namun
Tentu saja harus bertahan
Tentu saja harus yakin

Bahwa aku akan kembali
Pasti akan kembali
Lewat doa-doa yang digantungkan bunda sepanjang hari
Lewat bisik-bisik ayah pada Allah setiap waktu

Bertahanlah
Sedikit lagi
Bersabarlah
Lebih banyak lagi

Sungguh yang bersabar akan beruntung.

.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Al-Baqarah: 155)

.


p/s: Nantikanlah siri-siri rindu yang akan datang kerana diri ini belum berhenti berjalan.

p/s: http://behindofme321.tumblr.com

Monday, November 26, 2012

Dunia bisu

Kadang-kadang untuk menulis

tak semestinya kau perlu fasih berbicara...

Mungkin,

dunia bisu.

Dunia sunyi itu lebih banyak untuk kau tafsirkan

dalam bentuk penulisan pendek-pendek dengan kata indah-indah.

Untuk belajar melihat dengan pandangan berTuhan,

mesti belajar melihat menggunakan hati nurani, bukan mata semata.

.

Semoga dapat merasai manisnya nikmat melihat dengan hikmah.
Bukan sekadar tenung objek solid,

dan sudah.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan perbezaan malam dan siang adalah ayat (tanda) kepada orang yang mempunyai fikiran.”

(Surah Ali-Imran: 190)

 


p/s: Silence is a language that full of words.

Wednesday, November 21, 2012

Ba’iah kita

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu,
sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah;
Tangan Allah di atas tangan mereka,
maka sesiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri
dan barangsiapa yang menepati janji kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.

[Surah Al-Fath: 10]

.

Buku di Jalan Da’wah aku belek sehelai demi sehelai. Karya Syeikh Mustafa Masyhur.

Jalan da’wah adalah panjang dan susah serta dihamparkan dengan perkara yang tidak disukai, penuh dengan duri-duri dan halangan serta penuh dengan tribulasi dan pancaroba.

Maka,

Alangkah perlunya sifat sabar serta ketahanan jiwa untuk mengikuti jalan ini.

Firmannya,

Wahai sekalian orang-orang yang beriman!
jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar…

[Surah Al-Baqarah: 153]

.

InsyaAllah.. mereka-mereka yang istiqamah di jalan-Nya...
Allah akan buka pintu rezeki dan bantu..
yakin + doa+ usaha lah..

Ingatkah lagi janji kita ?

.



p/s: Kata seorang sahabat, “Bila kita bergerak kerja, jangan kerana manusia, tapi kerana Allah. Bila kita bergerak kerja kerana manusia, maka benda itu tidak akan jadi seperti yang dirancang. Tapi bila bergerak kerja kerana Allah, kita pulangkan segala usaha padaNya. InsyaAllah, boleh”.
 

“…dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya…”
[Al-an`aam:59]

Monday, November 19, 2012

Medan Da’wah

Dalam surah An-Nisa; 95

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya.
Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat.
Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Lain rasanya medan da’wah antara kita dan mujahidin di Gaza.

Terkadang kita disibukkan dengan segala bengkel dan program. Dan pada itu pun, kita sudah mengeluh. Letih kerana tidak berdaya.

Alasannya,

1. Akademik terbengkalai.
2. Masalah keluarga, duit, dan hati.
3. Malas.

Hebat permainan iblis.

Gara-garanya kita tidak nampak jalan ke syurga.

Pernahkah kita berfikir, bagaimana nak tolong saudara kita di Palestin sana ?

Mudah sahaja sahabat. Binalah Islam dalam diri.

In Shaa Allah. Jalan itu pasti membawamu ke syurga yang hakiki.



p/s: Apakah sama keadaan orang yang tidak turut berperang melainkan yang ada keuzuran dengan orang yang berjihad pada jalan Allah ?
tepuklah dada…

bengkel dah habis sudah.

Sunday, October 21, 2012

Gembiralah wahai hati

…dan dijadikan indah kepada manusia:
kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,
iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak;
kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;
dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

[Ali – Imran; 14]

...

Alhamdulillah..
Sesungguhnya Tuhanmu Maha pengasih, Maha penyayang..
Memberi tanpa meminta
Kerna Dia tahu apa yang terbaik untukmu,
Dan masih engkau belum sedar,
Akan nikmat yang terbaik diberikan untukmu,

Mengapa engkau menyisih,
Mengapa engkau rasa masih sendiri,
Sedang engkau ada Dia,
Tuhan pemilik segala jiwa,
Mengatur hidupmu dari sekecil-kecil perkara,
Tidak sesaat pun waima sedetik,
Malah kurang dari itu pun,
Dibiarkanmu terlepas dari pengetahuanNya


Yang dihamparkan oleh Allah, ternyata indah di dunia. Memukau mata memandang, terpesona hati melihat. Hidup bukannya mudah, dan dakwah bukannya senang.

Bersabarlah..
Untukmu akhirat disana..
Tenanglah wahai hati
dengan setenang-tenang rasa yang mengalir
biar sampai dilubuk hatimu
ketentuanNya keatasmu
bahawa syurgaNya menantimu disana..

Allah...

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu?
Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga,
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah
".

Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya

[Ali – Imran: 15]