Showing posts with label Nota untukku. Show all posts
Showing posts with label Nota untukku. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Dia..

Dhon Damaska bin Darwin. Nama ayah Darwin bin Burhan. Nama mak Masnita binti Zaini. Mak ayah membesar di kota Pariaman, Padang.

Anak sulung, daripada lima orang adik beradik. Nama adik-beradik:

1. Dhon Damaska

2. Eron Damaska

3. Zulhadi Damaska

4. Ahmad Amyrul Damaska

5. Nurul hazlin Damaska.

Lahir kat Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Sebuah keluarga miskin yang tinggal di rumah setinggan. Lepas tu terbakar, tumpang rumah orang lain. Pernah jatuh basikal, sampai berdarah dan berparut.

Lepas tu berpindah ke rumah sewa, mak yang sara hidup. Mak orangnya kuat, selalu menangis, tapi dia memang hebat. Tak kenal erti jemu melakukan kerjanya berhari-hari sampai sekarang.

Mak kerja sendiri, tak pernah bercuti. Kalau cuti nak makan apa?!

Itulah mak. Walau dia bukan seperti ibu yang lain, yang jaga makan minum keluarga. Tapi dia masih mampu berbakti pada keluarga. Darah mak mengalir dalam jiwa.

Dhon Damaska, orang yang pendiam. Sejak dari kecil lagi. Sukar nak bersosial dengan rakan sebaya. Hanya ada seorang kawan baik sejak dari sekolah rendah, sekarang hilang entah kemana. Tak pernah couple! ye sebab tak hensem. Sapa lah nak kat dia.

Adik dua orang lagi masih belajar di sekolah. Dan ibu sudah makin tidak larat. Seharusnya, giliran dia gantikan tempat ibu. Masa untuk dia sara keluarganya pula. Aduh, tanggungjawab.

Tuhan,

Mudahkan langkah ini.

Friday, December 28, 2012

Lehmzzz

Tertarik kepada seseorang itu fitrah.

Cuma bezanya, dia memilih untuk tidak meluahkannya kepada manusia lain. Cukuplah yang tahu hanya Allah.

Diamnya dia itu bukan kerana dia tidak berani atau pengecut, tapi sebagai tanda hormat kepada wanita itu, keluarga wanita itu, keluarganya serta dirinya sendiri.

Diri sendiri yang sedar dan tahu bahawa di dalam pernikahan itu bukan hanya ada seronok dan cinta, tapi tanggungjawab yang perlu dia penuhi. Tanggungjawab yang akan dinilai di akhirat kelak..

Dan untuk memenuhi tanggungjawab itu perlukan ilmu yang bukan sedikit, lantas dia memilih untuk memantapkan diri sendiri dengan ilmu.

Cuba menjadi sebaik yang dia mampu dan meletak sepenuh keyakinan dan pengharapannya pada Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang tahu segala yang terbaik buat dia..

Bila sampai masanya nanti, InsyaAllah akan dia kotakan kata-katanya ini..

Kerana itu seorang lelaki yang baik itu gemar melarikan diri.


p/s: Lihatlah langit, dan senyumlah. Mari kembali berkawan dengan awan. ^^,

Sunday, October 21, 2012

Gembiralah wahai hati

…dan dijadikan indah kepada manusia:
kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,
iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak;
kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;
dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

[Ali – Imran; 14]

...

Alhamdulillah..
Sesungguhnya Tuhanmu Maha pengasih, Maha penyayang..
Memberi tanpa meminta
Kerna Dia tahu apa yang terbaik untukmu,
Dan masih engkau belum sedar,
Akan nikmat yang terbaik diberikan untukmu,

Mengapa engkau menyisih,
Mengapa engkau rasa masih sendiri,
Sedang engkau ada Dia,
Tuhan pemilik segala jiwa,
Mengatur hidupmu dari sekecil-kecil perkara,
Tidak sesaat pun waima sedetik,
Malah kurang dari itu pun,
Dibiarkanmu terlepas dari pengetahuanNya


Yang dihamparkan oleh Allah, ternyata indah di dunia. Memukau mata memandang, terpesona hati melihat. Hidup bukannya mudah, dan dakwah bukannya senang.

Bersabarlah..
Untukmu akhirat disana..
Tenanglah wahai hati
dengan setenang-tenang rasa yang mengalir
biar sampai dilubuk hatimu
ketentuanNya keatasmu
bahawa syurgaNya menantimu disana..

Allah...

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu?
Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga,
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah
".

Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya

[Ali – Imran: 15]


 

Monday, April 23, 2012

chaos me…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillah, (Dengan nama Allah)

Apa khabar semua, sihatkah? I hope you all in the pink of health. Today in the very special day I would like to wish to all of you, happy everyday ! yeayy, hoorayy ! :D

Tu je la. Kbye.



Susah senang kita bersama, letih dan penat kita kongsi bersama, pahit dan jerih keperitan hidup, kita hadapinya bersama. Jangan biarkan kita hadapi seorang-seorang yer !

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalanNya dalam keadaan barisan yang tersusun atur seolah seperti sebuah bangunan yang kukuh.

Kalau kawan itu malas menghulurkan bantuan, tarik je lekas-lekas. Bukan apa, dia tak berani tu… Huhu, anak sape la tu yea…


Let’s Go!


Dan lagi, eh tak habis lagi ni, saya ingin berpesan untuk diri saya sahaja,

“Woih Dhon!!! buat ape lagi ni, pergi buka buku tu, BELAJAR!!”

Aiseyman, ada orang dah marah tu, uh, saya berundur diri dulu ye wahai belogku yang tersayam.


p/S: Wahai tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah tugasku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul dari lidahku. Supaya mereka faham tutur kataku

Monday, March 5, 2012

Luahan jiwa

Untuk diriku yang ku kasihi…
'...Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'



p/s: entri-entri sebelum ni kebanyakannya gambar dah terdelete, sebab tu ade lambang macam yang ini,



Picasa web album telah melebihi kuota, jadi aku delete semua gambar dalam post-post yang sebelum ini. T_T

Monday, January 16, 2012

Segenggam tabah

Bismillah.

Seekor burung cemara terbang melintasi gurun sahara. Berputar-putar mengelilingi hidangannya di bawah terik mentari. Disitu terlihat seorang musafir tua sedang gigih berjalan dalam kepayahan melawan ribut pasir yang kecil. Sedang berjuang mencari seteguk air. Di dalam bayangan fatamorgana dunia…

Seorang musafir tua itu, pembawa risalah, penyampai berita, dan penyambung perjuangan. Gagah menongkah pasir jerlus, pokok kaktus, dan bukit bukau. Melalui jalan itu dengan penuh ketakwaan kepada Rabbul Jalil, Tuhan semesta alam.

Terasa amanat yang dipikul dibahu amat memberati pundaknya. Lantas terus terperunduk mencari secebis muhasabah. Agar amanat yang dibawa sentiasa dalam naungan rahmat Allah. Dalam mencari penyambung mata rantai perjuangan yang lain.

Lalu ia sampai di suatu pergunungan. Melihat keindahan rona senja, ketika matahari melabuhkan tirainya. Perjuangan itu tidak pernah selesai. Ia mengambil umur dan kehidupan. Adakah ia juga tidak mengenal erti rehat?

Mengharap senang dalam berjuang

Ketahui dulu tujuan hidup kita dalam dunia. Telah menjadi sunnatullah, hukum dunia, dan fitrah manusia. Beribadat dan dalam pada masa yang sama menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Tiada apa yang senang di atas muka bumi ini jika kita faham konsep tawakal. Hidup di dunia jika kita minta pada Allah buah, maka Allah berikan kita ‘galah’.

Kita perlu berusaha mencapai segala sesuatu yang diingini. Namun ingatlah, tak semua yang kita ingini akan tercapai. Peracangan Allah itu terbaik.

Jangan ragukannya.

Lalui hidup ini dengan segenggam tabah…

Dan jalan yang sabar…

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqara: 45)

dan-mintalah-pertolongan-dengan-sabar-dan-sholat

p/s: Kesibukan itu pantas memakan waktu, tanpa kita rasa waktu berlalu. Lantaran kesibukan itu, isilah dengan sesuatu yang membuatmu menemui cinta sejatimu.

n_n

Thursday, December 29, 2011

Tips untuk tidak mudah lupa atau hilang ingatan

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Setelah sekian lama tangan ini tidak menari di arena keyboard, Otak pun kian menepu dek disadur kesibukan. Harapnya tangan ini masih mampu menyelak lembaran dakwah yang baru.

Dalam kita nak menghadapi final exam ni, ana nak berkongsi sedikit tips-tips untuk tidak mudah lupa. Al-maklumlah, “Melayu mudah lupa..” – Tun Mahathir Mohamad.


Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan

> Kurangkan makan bawang besar

> Kurangkan makan berempah

> Kurangkan makan ketumbar kering

> Kurangkan menonton hiburan

> Kurangkan membaca majalah hiburan

> Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

> Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin

> Kurangkan makan organ dalaman ayam

> ... Jangan makan kepala ikan

> Jangan minum air yang ada semut

> Jangan tidur selepas subuh

> Jangan tidur selepas asar

> Jangan tidur selepas makan

> Jangan makan terlalu kenyang

> Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

> Jangan menyapu rumah pada waktu malam

> Jangan makan yang masam-masam berlebihan

> Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

> Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam


Amacam? boleh ikut tak semua? huhu… tak dapat buat banyak buat sedikit pun jadilah. Dan yang lebih penting banyakkan membaca Al-quran. Hati yang bersih mudah mudah mengingat.


Kbye.

386033_170650523024214_170258003063466_329533_1127372020_n

Tuesday, December 27, 2011

Doa Rabitah

Bismilllahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati ini. Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu…

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang sebenar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu.. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentang-Mu.. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

Ameen.

Doa Rabitah~

p/s: sedang menghafal doa ni, mudah-mudahan… ana makin pelupa sekarang…hurm….

4539563931_71a1b96798

Sunday, October 9, 2011

“Dalam perjuangan, janganlah berkira duit minyak…”

“Hish, tak tahan betullahh..” Aku mencampakkan kunci ke atas katil lalu ia melantun-lantun sebanyak 2 kali sebelum ia landing tepat ke bantal aku. Aku terlupa buka kunci locker, aku ambil balik kunci tu.

“Kalau tiap-tiap hari macam ni habis la duit minyak motor aku..” gumamku.

tenet.. tenet” bunyi mesej kedengaran lagi. “salam, Dhon.. free tak? datang jap induk.” What the…

Belum pun aku melepaskan lelah ke atas katil, aku terpaksa lagi merempit ke induk. Tahu tak kampus mana yang aku maksudkan ni? Kampus induk UTeM bro~ Kalau dekat aku tak heran sangat.

Aku mula start enjin motorku, “vroomm..vrooomm…!!” Motorku membelah jalan menuju ke kampus ter’cinta’.

“Ha Dhon.. sampai pun, tolong buat ni… tolong buat itu.. tolong gi sni.. tolong gi sana..tolong bla..bla…bla…”

“BAIK BOSS!” aku jawab dengan penuh senyuman dan tanggungjawab. Eh, seriuslah, (✿◠‿◠).

Sebenarnya dalam kita menjalankan amanah Allah dimuka bumi ini, memang pelbagai risiko kita akan alami. Perjuangan ni tak menjanjikan tidur yang lena, makan yang enak, sofa yang empuk, langit yang cerah dan mandi yang basah. Adakalanya kita terpaksa mengorbankan sesuatu.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (At-Tawba: 41)

Sebagai timbal gantinya, Allah akan menjanjikan syurga untuk kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (At-Tawba: 111)

Kalau kita ikhlas dalam memperjuangkan jalan ini, maka mengapa perlu kita berkira? Balik nanti check balik hati kita, betulkah kita seorang yang benar-benar ikhlas. Kita berjual beli dengan Allah bro~ bukan dengan manusia yang sukar menepati janji. Janji Allah itu pasti. Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-Nya.

Semoga lepas ini aku lebih ikhlas dalam memperjuangkan agamaNya.

Hasbunaallah wani'mal wakil.

08

p/s: Eh, entri ni sebenarnya untuk aku. Akulah yang selama ni jenis berkira sikit duit minyak. lalala~….♫ ok, aku insaf dah.

Thursday, October 6, 2011

Tentang Kita

Masa itu berlalu bagaikan air yang mengalir di pergunungan

Ia tetap mengalir walau jalan itu berliku

Dilekuk dan jalan yang bersimpang siur

Tanpa ada sesiapa yang dapat menghalang pengairan itu

Sehingga sampai di laut nanti..

 

Dan apabila bicara soal kita,

Memang tiada akan penghujungnya

Selagi masa itu mengalir bagai air yang deras

Terus menguji keutuhan hubungan kita yang rapuh

dan hanya ajal sebagai noktah kisah kita..

 

Aku melihat engkau terkapai-kapai meminta ihsan

Berlari-lari mencari teman sejati

Tidakkah engkau sedar aku berada disisi

Setia menemanimu di kala sepi

Atau mungkin diriku sudah mempunyai pengganti.. 

 

Mungkin di suatu saat nanti

Engkau akan mengetahui kewujudanku ku selama ini

Yang setia memberimu sokongan sepenuh hati

dan walau hari itu bakal pasti

Mungkin engkau akan ku lupai..

 

 Maafkan aku teman

Tiadalah dayaku melainkan hanya insan hina

Sering kali akur kepada fitrah Ilahi

Apa yang ku damba ialah cinta yang hakiki

Yang menjadi penawar rindu buat hati ini..

 

 Akan ku palitkan engkau sentiasa dalam doaku

Agar bisa bertumbuh iman dan menguntum harum

Melahirkan akhlak dan peribadi solehah

Dan hanya ukhuwah itu

Terletak pada ingatan seseorang pada sahabatnya yang sejati

 

 

p/s: …. You may have someone in your mind…

someone in your heart…

someone in your dreams…

someone in your life…

but I am someone when you

have no one…

I am your friend…

And always be your friend… eternally..

Monday, October 3, 2011

hurmmmmm

Aku tak pasti mana hilangnya mutiara itu. Yang dulu menjadi peneman rindu di kala hujan turun. Aku tercari-cari mana perginya sinar mentari di pagi hari. Saat dunia hilang lagi bicara. Memutuskan untuk membisu.

Aku terjelepuk di pentas dunia. Tercari-cari dan menanti. Agar hilangnya berganti sang bidadari. Namun saat yang ku nanti, hanyalah wujud dalam mimpi. Mimpi yang tak pasti.

Aku mengorak langkah perlahan-lahan. Mengubah ritma dan alunan lagu hidupku. Agar ia sebaris dengan kata hati. Walau bunyinya tak semerdu dulu. Biarkan sahaja alunannya menjadi pendendang halwa telingaku.

Akan tibakah saat yang dinanti? Kenapa aku harus lagi menanti? Kendatipun, masa itu akan terus berlalu. Hanyut bersama kenangan kita. Dalam sungai kehidupan yang deras menguji kita.

Lumrah norma dunia, bertemu dan berpisah. Jauh dilubuk hati yang kelam, aku harap engkau akan hadir membawa cahaya. Walau hanya semilau lilin di atas ubun batu hitam. Agar ia menerangi lubuk hatiku yang sendu kebasahan.

frkeng

~ p/s: Your friendship is not written by chalk to erase or write again… It is written with the ink of love on the wall of my heart… thinking of you my friend..

Sunday, October 2, 2011

entah lerr…

Aku tak pernah sangka bahawa satu hari nanti aku akan jadi macam ni. Tak pernah pun terfikir dan terlintas. Kadang-kadang rasa hidup ni sangat susah nak jadi orang. Kenapa perlu kita ikut telunjuk orang lain. Sedangkan kita sendiri yang mencorakkan peribadi kita.

Mungkin selama ni aku sering berada dibawah. Belum pernah merasai tingginya langit. Orang kata hidup ini umpama roda. Masa memang banyak mengubah aku menjadi seseorang. Kalaulah dulu aku melihat diri aku yang sekarang, tentu aku akan bertanya, “Betul ke ni aku?”

Sekali lagi aku melangkah. Melangkah dan terus melangkah. Dibimbing oleh bisikan hati dan naluri. Kadang iman jadi panduan. Meski iman patut menjadi panduan tiap masa. Dan kadang-kadang hati aku tergertak nak melangkah. Niatku makin bercelaru. Dimain oleh bisikan syaitan.

Aku cuba melawan. Dan ini yang aku kagum. Syaitan tidak pernah berputus asa. Tapi kenapa cepat sangat aku berputus asa? alahai insan.. lemahnya aku.

Bila disaat tekanan yang hebat, mulalah aku ingat nak berdoa bersungguh-sungguh, terasa bagai seolah-olah aku melakukan kesalahan yang maha dahsyat. Merintih memohon simpati pada Tuhan yang Maha Pengampun. Aku sering sangat begitu. Hinanya aku nanti dihadapan Allah.

Setiap orang dengan kelebihannya masing-masing. Aku masih tercari-cari, apa kelebihan yang ada pada aku? Kalau nak kata ada orang lebih baik daripada aku tak boleh juga, sebab Allah dah jadikan semua orang itu baik-baik.

Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku tahu nasib aku sebegini sebelum dilahirkan, kenapa aku nak turun ke dunia? Aku sedar, Allah sedang berbicara denganku. Jalan yang sabar  perlu aku lalui.

Ampunilah daku ya Allah. Tempat aku berserah seluruh jiwa dan raga.

jgn bersedih

Friday, September 9, 2011

Azam baru

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya melangkah ke sem yang baru walau banyak calar balarnya di sem yang lepas. Mana taknya kalau di sem lepas saya baru mengalami kecundangan yang amat dahsyat. Jadi, sebagai peringatan, saya ringankan jari ini menulis di halaman ni untuk berubah menjadi insan yang lebih baik!

Apa saya nak buat sem ni?

Ya, itu persoalan yang bijak. Kurangkan aktiviti, lebihkan ‘studi’!

Haha, aktiviti? Biarlah rahsia.

Yang pasti, pisang tidak akan berbuah dua kali. (ini fakta, memang pisang takkan berbuah dua kali) Ataupun, pepatah lain, saya takkan tunggu terhantuk baru nak terngadah or sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya dan pepatah lain yang seerti dengannya.

Buat kawan-kawan semua, setelah lebih 4 bulan kita tidak berjumpa, kita akan berjumpa lagi nanti. InsyaAllah.

Yap! see u di ipt. Masa tu, saya nak kamu semua melihat saya sebagai orang yang baru. Orang yang betul-betul dahagakan ilmu. Tapi kalau kamu semua melihat saya tertidur dalam kelas… kejutlah! ha ha ha. Memang perkara itu tak dapat nak dielakkan sejak dari kecil.

Dan lagi, saya berazam andainya saya masih tidak dapat dekan, don’t call me Dhon. ha ha ha.

Itu je ke? (suara dari hati)

No no no. Selain daripada kurangkan aktiviti, ada lagi perkara mustahak yang perlu saya lakukan. That is tinggalkan laptop ni. ha ha ha.

Ya, saya sendiri akan putuskan bila masa saya nak gunakan laptop masa belajar nanti. Seminggu sekali, dan sekali sejam. Maksudnya, sejam untuk seminggu.

Boleh ke ni? (suara dari hati)

InsyaAllah, bila saya dah berazam, saya akan berusaha. Dan bila saya dah berusaha, saya serahkan sepenuhnya pada Allah.

Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]

Saya akan ingat janji-janji Allah. Itu yang akan membuatkan saya terus hidup dan berjuang demiNya. Saya akan berbakti pada ibu bapa. Mereka yang telah membesarkan saya tanpa sedikit pun membuatkan saya berasa susah. Andai darah ini masih mengalir dalam badan saya, andai bumi ini masih berputar mengikut orbitnya, andai kaki ini masih mampu melangkah dibumi Allah, saya akan terus perjalanan ini, walau didepan sana adalah sebuah lembah yang penuh noda dan dusta.

Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Ganbatte!

Thursday, September 1, 2011

Perangi nafsu!

Bismillah.

Salam pembuka bicara. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita melangkah ke bulan syawal setelah sebulan melalui madrasah tarbiyah Ramadhan. Semoga amal ibadat sepanjang bulan itu diterima oleh Allah.

Sudah menjadi kezaliman kelaziman pabila menjelangnya Ramadhan Syawal, kita dihidangkan pelbagai aneka kuih muih, juadah, lauk pauk, dan pelbagai aneka menu lagi bagi menyerikan syawal ini.

Justeru, apa yang sudah kita belajar melalui madrasah Ramadhan sebelum ini?

Sebulan penuh Allah cuba mendidik kita, membentuk kita dengan puasa iaitu menahan segala hawa nafsu dan perkara yang membatalkan puasa. Dan akhirnya nafsu yang selama ini dipendam-pendam dilaharkan juga pada syawal ni.

Alahai nasib perut, terpaksa bekerja keras untuk sebelas bulan yang akan datang. Maka berlumba-lumbalah mereka memenuhkan isi perut mereka setelah habis sebulan tertahan-tahan menahan gejolak hawa nafsu untuk makan makanan yang diinginkan.

Ternyata Ramadhan yang berlalu hanyalah salah satu pit stop untuk beribadat sepenuh hati mereka. Bagi mereka Ramadhan hanyalah bulan ibadat, bulan yang harus dicurahkan tenaga bagi mengekang nafsu ini. Bulan lain tak payah la yer?

In fact, nafsu itu patut diperangi sepanjang tahun. Bukanlah hanya pada bulan tertentu sahaja. Bahaya ikutkan nafsu. Nafsu sering mendorong kepada keburukan. Nafsu itu cenderung ke arah kejahatan. Tapi ingat, kita hendaklah kawal nafsu bukan bunuh nafsu itu sendiri.

Ingat apa yang Nabi ajar. Hendak kawal nafsu melalui puasa. Dengan puasa nafsu akan menjadi lemah. Bila dah lemah segalanya akan menjadi lebih mudah.

Sempena lebaran yang menjelang ini, aku ingin menyusun jari kaki hinggalah ke tangan seandainya banyak kata-kata nista yang dilontarkan sejak memasuki arena tiada sempadan ini. Meskipun Arsenal kalah 8-2, anggaplah kita seri 8-8 sama.

(‾˛‾")

Saturday, August 27, 2011

Baby yang tengah tidur main acah-acah

Aku ade jumpe video ni dalam satu belog, oleh kerana terlampau taksub, excited, exaggerating and tremendous, so ak nak abadikan video ni dalam belog aku. Baby oh baby, I wish someday I could own you one. Ahaks..! :p

 

Oh cak! oh cak! haha. Ya Allah.. comelnye baby ni. Rasa macam nak picit-picit je. Comelkan? Aku suke pada kecomelan. (✿◠‿◠)

p/s: Aku nak berazam satu hari nanti aku nak jadi ayah yang baik. Awat lak hang gelak. tak caya ke? hmmph~ sudahlah.

Baby-baby sekalian yang comel yang telah aku cari di google telah menjadi mangsa kepada profile picture aku dalam facebook, skype, ym, google+, belog ni, dan juga tagged. Aku tak suke letak gambar sendiri walaupun aku tau yang aku ni… Ok sekian.

Monday, August 22, 2011

Angry Birds gantikan Facebook

Dulu

Kini

Kerana

Semoga anda berjaya! Hey, Angry Birds pun ada facebook jugak ape!

haha. Sori, gile jap… (ړײ)

Selamat tinggal facebook ku.

www.facebook.com/dhon.da.great

(≧◡≦)v

Saturday, August 6, 2011

Perjuangan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Di keheningan malam suci yang penuh qudus dan sepi, aku bangun dari pembaringan melihat jam di dinding dengan mata yang berpinar-pinar. “Oh, sudah masuk rupanya.” Lalu aku bangkit mengambil air wudhuk dan gosok gigi.

“Allahu akbar” aku mengangkat takbir dengan dimulai niat qadha subuh dan seterusnya terus mengerjakan solat sunat yang lain. Jam menunjukkan 5 pagi dan aku terus menyeduk periuk nasi melihatkan lauk yang masih bersisa untuk aku jamah. “Alhamdulillah…” gumamku.

Balik dari solat subuh di masjid aku melihat rumah aku gelap, sunyi, dan penuh suram. Aku gagahkan kaki aku ini memijak dan memarkir motor di bawah rumah dan terus naik ke atas. “Oh, tidur rupanya mereka ini. hmm…”

Jadi aku pun terfikir, apa perkara terbaik yang patut aku buat untuk mengisi masa yang lapang waktu pagi ini. “Nak online facebook, hmmm… aku tengah berpuasa… err, baik aku buka blog aku ini, manalah tahu ada benda yang pelik-pelik” fikirku.

Adalah menjadi sesuatu kejarangan bagiku untuk tidur selepas subuh melainkan waktu cuti sekolah dan terlampau letih. Aku mengira bahawa perjuangan untuk beberapa hari di bulan Ramadhan kali ini tidak cukup hebat jika dibandingkan pada tahun yang sebelumnya. Ye lah, puasa kali ini duduk rumah jer, mana taknya. he he.

Apapun, ada satu perjalanan yang harus ku tempuh dalam menunggu hingga tibanya waktu berbuka berpuasa, Nafsu. Perjuangan aku kali ini lebih dalam perjuangan mengawal hawa nafsu yang cukup kuat apabila berada di rumah.

Usai tadarus al – Quran, aku melihat jam masih senja lagi melabuhkan matahari di ufuknya. Aku berkira-kira hendak mengemas rumah bagi menyenangkan hati kedua ibu bapaku. And I did. Sekali-kala apa salahnya kan.

Itulah perjuanganku. Sedikit sebanyak coretan kisah-kisah lalu untuk dijadikan kekuatan dan pengajaran. Untuk hari-hari yang akan mendatang, aku akan terus berjuang meski jalan yang akan ku lalui itu lebih penuh berduri dan liku.

Bukankah manusia itu dicipta untuk di uji dan menyembah pada yang Esa? jadi, perjuangan itu bahkan sebenarnya baru sahaja bermula. Perjuangan aku di bulan Ramadhan.

Ya Allah yang jiwaku berada ditanganMu, Engkaulah Maha Menguasai, yang mengetahui bagaimana keadaan hambaMu ini. Yang lemah lagi berharap pada ampunanMu. Yang hina lagi tidak berdaya. Engkaulah Maha Segala-galanya. Kuatkanlah hati ku ya Allah dan teguhkanlah pendirianku dan keimananku.Semoga Ramadhan yang dinanti berbuahkan iman dan takwa.  

p/s: notis untuk diri ini. n_n