Sunday, July 29, 2012

Farah Hana

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

“erm..Awak sihat?”

“mm.. Alhamdulillah.. Awak?”

“Alhamdulillah.. sudah sekian lama bukan.. akhirnya dapat kita bertemu…”

“lapan tahun.. sudah lapan tahun, saya pun tak sangka akan bertemu dengan awak. Macam mana dengan hidup awak?”


Lapan tahun yang lalu pada hari konvokesyen…

“Farah… dengar dulu apa yang saya nak terangkan..”

“Cukup!!! Cukup lah awak.. saya tak mahu dengar apa-apa pun lagi daripada awak. baiklah.. kalau itu yang awak nak kita putus pertunangan ni.. Saya benci dengan orang yang macam awak!!”

“Farah…”

Dan dia pun berlalu sambil mengesap air mata dengan tudung labuhnya…

Waktu itu, setiap hari yang berjalan bagaikan duri yang menikam dengan perlahan. Dia berlalu tanpa sedikit pun mendengar penjelasan.

Hidup aku suram. Sentiasa ditemani dengan air mata. Bukan kerana kekesalan atas takdir yang menimpa. Cuma diri ini belum kuat belajar menerima perpisahan.

Di atas katil hospital…

“Maafkan aku kawan…Aku tak sanggup lihat kau dalam keadaan macam ni.. Aku dah cuba cari dia, tapi nampaknya dia benar-benar dah pergi tinggalkan kita”

“Janganlah bimbang Hairi.. Selagi boleh, aku taknak dia tahu sedikit pun tentang aku, biarkanlah takdir yang berjalan seperti yang ditetapkan..”

“Jangan cakap macam ni, kita berusaha ok.. Dahlah, pergi berehat, nanti esok kita bincang lagi..”

“Tolong rahsiakan perkara ini daripada dia.. Janji?”

“mm.. Aku tak jamin.. tp aku janji.. dah eh, pergi tidur..”

Dan senyuman mula terukir di atas sebuah persahabatan.

Setahun kemudian…

Kerja perjuangan aku tidak terhenti sampai di sini sahaja. Aku masih tetap teruskan tuntutan agama selagi nyawa di relung jantung.

“…I want nobody nobody but you..” nada caller ringtone aku berbunyi.

“Assalamualaikum, ni Dr Asim ke?”

“Waalaikumussalam.. Ye saya bercakap.. Ni siapa ye?”

“Ni sayalah Dr, Hana. Student kelas Dr waktu semester lepas. Ni Dr, saya nak jumpe Dr boleh tak, nak minta bantuan sedikit daripada Dr tentang thesis yang saya ambil sem ni?”

“Oh, Hana.. mm, baiklah nanti petang datang bilik saya, InsyaAllah saya boleh membantu”

“baik, terima kasih doktor.. Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam”

……

Hidup ini penuh kejutan. Belum pun sampai setahun Farah pergi meninggalkan aku, manusia yang berada di sekeliling aku sentiasa silih berganti.

Hana. Orangnya manis, dan sederhana. Penampilannya cukup sejuk mata memandang. Tidak seperti gadis lain, di tengah-tengah kebanjiran hiburan yang melampau dan pergaulan sosial yang kini makin hilang garis sempadan, dia mampu menjaga dan masih berpegang teguh pada budaya ketimurannya.

“Dr.. Dr.. Dr tak ape-ape ke?”

“mm.. saya baik sahaja. Maaf, saya tak berapa sihat hari ini, mungkin lain kali kita boleh berjumpa?”

“mm.. baiklah Dr.. Dr jaga diri baik-baik ya.. Jangan lupa makan ubat, Dr kan tak sihat”

“Baiklah..”

Pagi itu aku telah mendapat surat kelulusan untuk bertukar tempat kerja di kawasan kampung kediamanku. Mungkin disana hati aku akan lebih tenang dan kesihatan lebih terjaga.

“..preeettttttttt…” Bunyi brek aku tekan dengan kuat sekali, hampir-hampir melanggar seseorang.

“Cik.. cik tak ape-ape ke? Saya minta maaf”

“Awak ni buta ke ape!! Lain kali pandu tu pandang ke depan!”

Sekilas wajahnya aku terpandang mirip seseorang. Seseorang yang makin luput dalam ingatan aku.

“Farah..?”

“Sory, saya tak kenal awak”

“Farah, tunggu!! saya ada benda sedikit nak cakap dengan awak!”

“..tottoott..toottoott. eh mana ade bunyi mesej macam tu”,”ade, ni.. tottoott..toottoott” ish.. suke ati ko la ipin.” bunyi mesej nada siri kartun popular di Malaysia upin & ipin aku kedengaran.

Dan sesusuk tubuh itu pun berlalu. Pergi bersama cerita duka di bumi bersejarah sesaat ketika dulu.

“Farah.. maafkan saya..” seruan hatiku (albi nadak).

“Assalamualaikum, Dr.. saya ada dekat kampung Dr” - Hana.

Dan episode hidupku mula berputar. Bergelut dalam cinta yang rumit. Bila keyakinan ku sampai, kasih bukan sekadar cinta, pengorbanan cinta yang agung, ku pertaruhkan… zeezkk..

“Bam..bam..!! Kenapa dengan radio ni mak, rosak ke?” Aku mengetuk-ngetuk radio yang seakan-akan tahun 50-an dahulu.

“a’ah Sim.. ayah kamu belum repair lagi radio tu, katanya petang nanti”

“oh, baru nak layan lagu tu”

“Dahlah, kamu pergi siapkan makan malam, panggil Hana tu turun makan”

“mm.. baik mak”

Ada sesuatu perkara yang sentiasa membelenggu diriku sejak dari petang tadi. Farah. Dimanakah dia berada sekarang?

Aku mengambil keputusan hendak membawa Hana berjalan-jalan sekitar kampung. Sudah lebih seminggu dia menetap di rumah orang tuaku.

“Dr, tengok.. ada ikanlah kat sungai ni”

Aku hanya mampu tersenyum. Tersenyum melihat telatah orang yang telah sekian lama menetap di bandar. Senyumanku pucat, bibirku seolah-olah terkunci. Mujurlah Hana faham akan penderitaan yang aku sedang lalui.

“Hana.. Boleh saya bertanya sesuatu?”

“mm.. boleh.. Dr nak tanye ape?”

“Hana.. awak tidak punya sesiapa ke dalam hidup awak untuk di jadikan suami”

“mm.. Ada.. tapi pintu hatinya masih lagi tertutup.. sukar untuk saya membukanya” Hana tersenyum kelat.

“Hana.. andai ada hayat lain.. jika diberi peluang untuk bertemu sekali lagi.. pada waktu itu sudikah awak jadi isteri saya?”

Suasana terus kelam. Hanya titisan airmata yang menggantikan bicara. Burung berkicau dengan riaknya dan sore pun berlabuh. Pergi bersama bayu yang berpuput ke pantai..

Tirai ditutup.


present..

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

“erm..Awak sihat?”

“mm.. Alhamdulillah.. Awak?”

“Alhamdulillah.. sudah sekian lama bukan.. akhirnya dapat kita bertemu…”

“lapan tahun.. sudah lapan tahun, saya pun tak sangka akan bertemu dengan awak. Macam mana dengan hidup awak?”

“Alhamdulillah, semuanya dengan keizinan dari Allah..hidup saya baik.. Farah.. saya cuma nak sampaikan surat ini dari abang Asim”

Hana menghulurkan sekeping surat kepada Farah.

Farah membukanya dengan perlahan..

Assalamualaikum..

Maaf andai surat ini menganggumu.. Farah.. Izinkan sejenak surat ini berbicara diminda barang seketika atau sedetik cuma..

Sesaat bila ada sebuah perpisahan, tentang apapun itu.. bukanlah akhir sebuah perjalanan.. Sebuah perpisahan, adalah langkah awal perjalanan untuk kisah selanjutnya..

Ada kalanya kita harus menerima apapun keputusan akan setiap kisah atas semua kehendakNya, ada saatnya pula kita harus memahami apa itu erti sebuah keputusan dari setiap persoalan yang bermain di dalam kehidupan kita..

Sesungguhnya perjalanan hidup kita amat singkat untuk melayari sebuah bahtera dunia.. Cukup singkat untuk melengkapkan sebuah kisah antara kau dan aku..

Mengertilah segalanya yang terjadi telah tertulis di Luh MahfuzNya dan kita hanya mampu berusaha. Tiada daya untuk aku melawan segala takdir Ilahi.. Namun ketentuanNya pasti adalah yang terbaik..

Farah.. Cinta akan membawa kita mengenal Pencipta. Cinta juga akan mendorong mengenal Rasulnya. Cinta akan membawa kebahagiaan dalam hubungan persaudaraan. Dan cinta inilah yang telah membuat hati kita pernah suatu masa dahulu hampir bertaut.

Namun dalam mengejar cinta itu, cinta Allah terlebih dahulu ku sahut kerana ia adalah cinta yang sejati. Yang akan membawa menuju ke syurgaNya.. HUbungan sesama makhluk dan pencipta..

Tentang apa-apa pun pengakhiran kisah kita, ia pasti akan bernoktahkan ajal. Dan kita tidak akan pernah menidakkan ketentuanNya.. Suatu hari nanti.. Pasti kau akan mengerti pemergianku dan mohon agar pintu hatimu masih terbuka menerima keputusanku seadanya.

Dan terimalah kemaafan dariku..
Kerana aku hanyalah insan biasa…

Yang tiada berdaya-
Ahmad Asim Abdullah


“Dia meninggal tujuh tahun dahulu.. sebulan selepas kali terakhir dia bertemu dengan awak di simpang jalan”

Farah tersendu-sendu mengenangkan nasib Asim yang ditinggalkannya lapan tahun dahulu.

“Dimanakah kuburnya sekarang”

“Di kampungnya.. katanya di kampung banyak kenangan yang telah terukir di sana.. termasuk pertemuan kali pertama dan terakhir dengan awak”

Farah menangis semahu-mahunya. Hana memeluk erat Farah dan mendakap tubuh itu. Tubuhnya dibelai-belai dan di tepuk perlahan.

“Maafkanlah Asim ya..” Bisik Hana.

Farah hanya mengangguk perlahan.

Alhamdulillah ya Allah, Engkau telah mempertemukan kami..” Hana meluahkan rasa syukurnya dalam hati. Rasanya hajat abang Asim sudah tercapai. Biarpun ia mengambil masa yang cukup panjang dalam perjalanan memohon kemaafan.

“Asim.. tenanglah engkau disana..” Doa Farah dalam tangis yang bersisa..





p/s:

You asked me whose life is more important – yours or mine and I answered “mine” ; you walked away and angry not knowing that you are my life..



-Draft yang tertinggal di dalam kubur-
Dafinullah, 29 July 2012
4.18 p.m

6 comments:

  1. hoho..diam2 buat cerpen upenya..nice job..keep it up ^_^

    p/s;ringtone xley bla..hehe :D

    ReplyDelete
  2. amalina.. mohon sweater korea satu? hadiah.. :D

    ReplyDelete
  3. Amalina: hehe.. dekat sinilah selamat.. minta kat fb ramai plak orang minta sekali. kannn

    ReplyDelete