Friday, April 8, 2016

Cinta yang patah

Mungkin terlalu banyaknya aku mengeluh. Tentang nasib dan kekurangan diri. Membuatku  aku semakin berlalu jauh dariMu Tuhan. Aku sedar dari khilaf dan alpa. Sedar mana kurangnya aku dari mencapai syurgaMu.

 

Mungkin aku terlalu nampak tiada bersungguh bila meminta kepadaMu. Atau taubatku hanya sekadarnya sahaja. Ya Allah, bukan aku meminta dari sini sahaja. Bahkan sepanjang masa aku senantiasa berdoa kepadaMu. Tentang ajalku. Tentang rezekiku. Tentang jodohku. Patut jiwa ini berhenti berharap kepada makhlukMu Tuhan. Patut jiwa ini sering dibasahi dengan zikir rinduMu. Terlalu ingin aku berdamping denganMu.

 

Maafkan aku,
Kerna terlalu tergesa dan terburu,
Aku bukan lelaki yang engkau sangkakan
Kalaulah sahaja engkau membuka pintu hatimu sebentar.

Maafkan atas rasaku,
Kerna terlalu cepat mencintaimu,
Kini aku tahu mana letaknya hatiku,
Biar perasaan rindu itu terus direnggut

Maafkan atas sesalku,
Syurgamu terlalu harum
Syurgamu terlalu jauh
Syurgamu terlalu indah.
Dan tidak bisa aku gapai,
dengan kedua tanganku yang bernoda maksiat

Seharusnya aku yang pergi
Bukan kamu yang menyepi,
Kini biar aku sendiri,
Menjalani hari tanpa ada lagi
kamu disisi..