Thursday, March 21, 2013

Hakikat si penglipur lara

Dari seseorang,

“.. tapi bahasa saya tak sehalus awak.”

“.. wah.. puitisnya..”

Dll.

.

Sahabatku,

Puisi itu bukanlah kolaj kata-kata yang boleh ditampal atau disusun.

Tetapi adalah yang terlahir dari seluruhnya

ikhlas - si hati.

Maka,

halus atau kasar bahasa itu

bukanlah aras yang menentukan sama ada puisi itu indah atau sebaliknya.

Bahkan yang sebenarnya adalah ‘isi’

puisi kita.

.

Lalu sayangku,

usah khuatir jika bahasamu tak sehalus yang lain.

Biarlah mungkin tampak kasar dalam retoriknya

tapi halus bagi yang benar tahu,

hakikat ‘kehalusan’ puisi - cinta Allah.

.

Biidznillah, segala sesuatu yang di dalamnya punya cinta Allah, akan ternampak indah bagi hati-hati - yang juga lagi sedang mencari.

 

”..dan bila isi hatimu begitu penuh dengan cinta-Nya, masakan tiada terlimpah pada setiap gerak kerja.”

Senyum.

 

.


p/s: Kerana aku terlalu ingin mencari cinta Allah pada setiap tulisan. Dan ketika dalam pencarian itulah aku dipertemukan —  Cinta Allah yang telah menuliskan untuk kita berjodoh sebelum jasad ditiupkan roh. Dan ternyata, cinta ini juga telah menemukan semula roh kita.

Sunday, March 17, 2013

Karya si jiwa

 

Andai langit mampu melantunkan madahnya

Pasti kulakarkan kata-kata dihamparannya

Melukiskan kekuatan dan cahaya kehidupan

Namun awan jua yang menurunkan bahasa

Awan jua yang melerai sesak dadanya

yang mula dan hampir rebah…

.

 

Andai sunyi itu suaraku

Lalu doa itu melodinya

Zikir itu lagunya

Lalu biar hati mendendang harap

Bersenandung lara syair-syair pujangga

Menenteram jiwa yang hiruk pilu

.

 

Kulangkahkan kakiku melewati waktu

Bersama dengan bunga taman hatiku

Yang selalu menemani mimpi-mimpi ini

Di dalam hati dan di dalam jiwa

Bagaikan bunga-bunga di taman yang sangat indah…

Semerbak wangi tercium setanggi cinta,

Akan kubawa kau terbang

Ke atas sana berdua kita raih bulan dan bintang

mungkin memang tentang waktu yang selalu menang,.


p/s: What ? Ang fikir ni copy paste ka ?

Sunday, March 10, 2013

Untukmu Bidadari Syurga

Hamba Allah, 
No 124,
Taman seri kenangan,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman. 23 Julai 1993

Kehadapan awak-Bidadari Dari Syurga.

Saudari,

Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap awak.

Sedia maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang untuk diajak ber"couple". Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.

Saya lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tahu semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu juga yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah S.W.T.

Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya.

.

Saya tahu apa yang awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.

Tapi ada satu perkara yang pasti, saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya. walaupun awak tak pernah senyum pada saya, saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak garang bertempat.

Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.

Seperti awak, saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak.  Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak.

Surat ini ikhlas saya tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya.

Yang benar,
Hamba Allah
Setia menanti awak.


Moral : Jika ingin bernikah, mulakanlah langkah, Gunakanlah jalan tengah... Jika sempurna persediaan diri, bertemulah pada wali, Itu lebih mulia dan terindah. Sesungguhnya islam itu indah, maka jadikanlah islam itu sebagai cara hidup kita. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah~

- Artikel iluvislam.com (shared)

steve irwin.. ingat lagi? haha

Tuesday, March 5, 2013

Kebahagiaan yang dicari

Untuk sebuah pengibaratan sempurna tentang bahagia,

menyentuh lembut seirama detak nadi

mengayun merengkuh relung jiwa dalam hening.

Gemerinsing tawa menebar keping rindu

terurung tak tersampaikan ragu.

Untuk pengabaian rasa seasa cinta,

aku membilang satu demi satu nyali,

memungut yakin dari setiap sudut angan,

bergelut kalutnya prasangka.

Hingga letih pun tiada

bakal memaksaku tiarap mencampak harap,

mengisi kekosongan hati dan saku celanaku.

Bila bahagia itu mulai menyentuh

.

.

.

.

Ayuh jiwa ! lekaslah sembuh

agar getar dan cintaNya yang tak lagi kau rasa

kembali menggema

menunggu kau bangun menjadi konsortium mimpi yang menjulang

biar luka nurani yang menganga itu

Tuhan langsung  meniup mesra

dan bahagia...

Kerana sengsara itu..

.

.

.

.

Esok mentari berkunjung
Melelapkan malam yang hiba
Tunggu dan ucapkan syukur pada-Nya
Lanjutkan lembaran waktu itu hingga waktu lenyap dalam kepatuhan kepada Tuhan..


p/s: Aku sering lama menasihati. Lompongan-lompongan yang berbekas di hati dan jiwa tatkala ini. Sering membuatku hilang dan sesat. Garau dan pilu hati tatkala mengenangkan maksiat yang dilakukan. Entah terampun atau tidak, hati sering tertanya. Dan kebahagiaan yang dicari itu, kian menggelap kerana jiwa yang perlahan jernih, dilanda banjir lumpur.

Saturday, March 2, 2013

Biar rindu terhenti #4

Rindu kembali bertamu di ruang senja.

Lembayung semburat melukiskan garis kekuningan di angkasa.

Sore itu indah sekali,

seolah bertepuk tangan gemas

melihat aku yang sedang mengurai..

tumpukan rindu yang menggunung.

Semesta tahu bahawa aku derita malarindu.

.

Aku,

tersenyum sendiri dengan status tawanan rindu.

Maaf..

Bila diam ini membuat banyak prasangka

Termenung dan gelisah

ketika semua tentang bayanganmu

perlahan mulai menghilang,

Sepi menjalani hari

.

Dan aku,

seperti bulan yang membelakangi cahaya,

Terlihat tegar nan indah dari sini

tetap, ia sangat terluka melihatnya dekat

kerana deritanya rindu itu aku pendam

diam dan sangat dalam..

Ketika aku pilih rasa itu,

aku temui Tuhanku, yang setia memberi teduh..

Rasa rindu yang tiada berbelah bagi.

Allahu..

Di mataku, senja tak pernah bisa terlihat biasa saja.
Apakah kau pernah tidak merasa kagum saat menatap merah langitnya?

- Tia Setiawati Priatna

Semakin aku diam, semakin terlihat diriku sebenarnya


p/s: Tetaplah berusaha, walau kadang goyah, kadang merasa tidak mampu, kadang merasa tidak kuat atau malah kadang bukan hanya merasa tapi sudah mulai menyerah. Kerana takdir itu di hujung usaha.

gambar muslimat manelah aku ambil ni. kah kah kah

Rindu itu adalah anugerah dari Allah – Hijjaz.