Sunday, October 31, 2010

Kasih seorang ibu…

 

Kepada yang masih ada ibu...
ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya
untuk shopping bersamanya kerana dia
menginginkan sepasang kurung yang baru.

Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah
bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah
orang yang sabar, tetapi walaupun demikian
kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.


Kami mengunjungi setiap butik yang
menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya
mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan
mengembalikan semuanya. Seiring hari yang
berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas
riak2 kecewa di wajah ibu.


Akhirnya pada butik terakhir yang kami
kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang
cantik .


Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu
saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu
mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah
mencuba untuk mengenakannya.

Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat
melakukannya, seketika ketidaksabaran saya
digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam
kepadanya.

Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa
saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.


Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.
Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian
tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari
ingatan .

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya
tetap saja kembali pada saat berada di dalam
fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu
saya yang sedang berusaha mengenakan
pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan
kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk
saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya
dengan cara yang paling berbekas dalam hati
saya.

Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,
lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,
saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua
tangan tersebut adalah tangan yang paling
indah di dunia ini.

Saya sangat bersyukur bahwa
Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan
sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya
kasih sayang yang penuh pengorbanan dari
seorang ibu.


Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari
kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki
keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang
begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat
menandingi keindahan tangan Ibu...


With Love to All Mother


" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA

 

ibu yasmin ahmad


".
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya........

p/s: cerita ini mungkin para sahabat sekalian ade mendengar dlm versi lain… ini sekadar perkongsian shj… harap maklum.. credit jge untuk si penulis…

Saksi itu Unta

Sahabat, pernah dengar cerita unta bersuara seperti suara manusia?
Ini kisah benar. Ia terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w
Ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan Muslim itu perlu dihukum dengan hukuman yang selayaknya sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya mendongak ke langit seraya berkata,

"Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w,
"Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu,
"Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang,
"Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu,
"Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu,
"Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
image-23
Rasulullah s.a.w bersabda
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."


image-23

 

 

 

 

 

 

 

 

Itulah tanda kehebatan Allah. Bukan sahaja makhluk yang bernyawa boleh bersuara, malah jika Dia kehendak, batu-batu di jalanan pun mampu bersuara!
Maka tiada hairan jika diakhirat kelak mulut kita terkunci dan anggota lain menjadi saksi perbicaraan kita di mahkamah Allah.
Ya akhi, waspadalah setiap langkahmu.
Dan perbanyakkanlah berselawat pada Rasulullah SAW.

credit to penulis

Tuesday, October 26, 2010

Maafkan cikgu

SEMOGA JADI IKTIBAR

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah…

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
 
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
 
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
 
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

sekadar perkongsian… credit to penulis… entah sape ntah…

Diam Masa Azan

aku tau korang sume ada yg dah bace benda nih...tp klu rase2 xnak kena bakar,

forward la...mane tau..usaha korang nih leh tolong time mati nnti...jumpe kite kt mahsyar ye..
Kematian itu pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita
amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras
dan hanya mimik
mukanya yang menahan
kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg
bermaksud:

"Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya ."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan
agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun
semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri
tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh
mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata
ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba maka kita tidak dapat mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan
kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah
kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita
sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami
dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah
kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa
sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin.."

250268742_5e959ce9f0
p/s: Kita boleh mengirimkan
ribuan 'jokes' dan ' surat
berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang
berkaitan dengan
ibadah seringkali berfikir 2 atau 3
kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada

Sunday, October 24, 2010

Kahwinlah sebelum terlambat…

khas utk muslimah sekalian..~>

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah wanita dianjurkan berkahwin apabila
telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan
sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun
lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw:
“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan
berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul
fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya,
“Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda,
“Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”


Berdasarkan sabda Rasulullah:
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat
perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka
masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak
akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang
keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita
yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan
pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati
suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha
suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang
berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala
jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia
menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi
satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak
akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika
memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada
neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan
diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih
istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah
kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal
bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.
Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan
mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang
mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti
pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak
akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak
perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di
dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang
rugi.
Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah
menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu
yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki
tersebut telah berkahwin.
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb

nikah lagi

Tuesday, October 12, 2010

Permata Ayah Bonda

19755_845670592472_28121324_52807438_3647345_n

Permata Ayah Bonda
Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara

Menjelang final exam…

 

Ya Allah ya tuhanku.. sungguh Engkau telah menetapkan suatu perkara dalam Luh MahfuzMu Ya Allah, Engkau maha mengetahui segala yang tersirat mahupun yang tersurat, tabahkanlah hati hambaMu ini ya Allah, dalam menghadapi pancaroba duniawi, hidupkanlah hati ini dengan mengingatiMu selalu Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu ini ya Allah, meski aku sering melakukan dosa tanpa disedari, mahupun yang tersedar, namun ya Allah, Engkau Maha Pengampun Dosa2 besar, bukakanlah Pintu rahmatMu ya Allah, untuk hambaMu dan untuk sekalian makhluk seluruh Allah alam… tunjukkanlah jalan yang benar iaitu jalan2 para anbia, dan para solehin… berikanlah aku kekuatan mengharungi hidup yang penuh tipu daya dan fitnah, jauhkanlah aku dari azab api nerakaMu… SesungguhNya Engkau lah Maha pengampun, lagi maha Mengasihani… Aminnn…