Saturday, December 29, 2012

Kerana aku seorang si penggembala

Al-Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya al-Muwatta`; Rasulullah bersabda

Bukanlah daripada kalangan nabi melainkan dia itu seorang gembala kambing”. Lalu beliau ditanya “Dan Tuan juga wahai Rasulullah?” Jawabnya “Dan saya juga”.

Begitu juga Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah yang menyentuh tentang kambing:

Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas  beberapa bahagian penduduk Mekah”. [Sahih Bukhari]

Begitulah pekerjaan para anbiya. Menggembala kambing. Antara sunnah yang kita sering lupa, namun hikmahnya cukup besar.

Itu adalah salah satu sunnah dalam kehidupan  sekalian para ‘Anbiya seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad.

Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. Ternyata haiwan ternakan itu adalah milik bapanya, Nabi Adam a.s.

..

Impian dan anganku bukanlah kosong.

Satu hari nanti, pasti aku akan menjadi seorang si penggembala kambing di sebuah pergunungan Alps. Sambil di temani langit dan matahary. Dan akan ku kongsi cerita bersama awan. –_–


p/s: Let’s spread Islam ! ~

Friday, December 28, 2012

Lehmzzz

Tertarik kepada seseorang itu fitrah.

Cuma bezanya, dia memilih untuk tidak meluahkannya kepada manusia lain. Cukuplah yang tahu hanya Allah.

Diamnya dia itu bukan kerana dia tidak berani atau pengecut, tapi sebagai tanda hormat kepada wanita itu, keluarga wanita itu, keluarganya serta dirinya sendiri.

Diri sendiri yang sedar dan tahu bahawa di dalam pernikahan itu bukan hanya ada seronok dan cinta, tapi tanggungjawab yang perlu dia penuhi. Tanggungjawab yang akan dinilai di akhirat kelak..

Dan untuk memenuhi tanggungjawab itu perlukan ilmu yang bukan sedikit, lantas dia memilih untuk memantapkan diri sendiri dengan ilmu.

Cuba menjadi sebaik yang dia mampu dan meletak sepenuh keyakinan dan pengharapannya pada Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang tahu segala yang terbaik buat dia..

Bila sampai masanya nanti, InsyaAllah akan dia kotakan kata-katanya ini..

Kerana itu seorang lelaki yang baik itu gemar melarikan diri.


p/s: Lihatlah langit, dan senyumlah. Mari kembali berkawan dengan awan. ^^,

Sunday, December 23, 2012

Aku bukannya anak seni

Aku bukannya orang seni..

Yang selayaknya berbicara soal hati

Namun aku lukiskan jua

nuansa indah permai

Yang ku urai dari ranting yang patah

dari pena yang tiada henti sudah.

..

Ku koreksi diri

Dari jiwa yang membungkam resah

dengan kudus doa

dan darinya segugus doa itu

akan bakal ku cipta

Sang pelangi

yang dengan izinNya

akan perlahan mampir.

^_^


P/s: Betullah kata A. Samad Said. Jika kita nak menjadi penulis, kita kena banyak membaca, membaca, membaca, membaca, membaca dan baru boleh menulis. Itulah hakikat seorang penulis.

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

- A. Samad Said.

Wednesday, December 19, 2012

Jalan Cinta Para Pejuang

Di sana, ada cita dan tujuan

yang membuatmu menatap jauh ke depan

di kala malam begitu pekat

dan mata sebaiknya dipejam saja

cintamu masih lincah melesat

jauh melampaui ruang dan masa

kelananya menjejakkan mimpi-mimpi

lalu di sepertiga malam terakhir

engkau terjaga, sadar, dan memilih menyalakan lampu

melanjutkan mimpi indah yang belum selesai

dengan cita yang besar, tinggi, dan bening

dengan gairah untuk menerjemahkan cinta sebagai kerja

dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali

dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang

menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,

menyeru pada iman

walau duri merantaskan kaki,

walau kerikil mencacah telapak

sampai engkau lelah, sampai engkau payah

sampai keringat dan darah tumpah

tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum

di jalan cinta para pejuang

- Salim A. Fillah,
Jalan Cinta Para Pejuang (2008)


p/s: Medan amal bukan sekadar tulisan di status dan blog.
Turunlah ke medan sebenar, medan manusia. Barulah kamu akan memaknai jalan ini dengan hati.
Kita mahu mencetak rijjal, bukan mencetak tulisan sahaja.
Walk the talk.

*Cakap depan cermin

- via matahary

Friday, December 14, 2012

Kerana manisnya strawberi dan epal

Strawbery dan chocolate.

Sangat mengingankannya. erm.

Sedapkan ? kalaulah… ada orang dapat buatkan.. harharhar !

Ni pun sedap gak.. erm.

erghh…~ geramnya. Dah jadi macam blog masakan la pula. haha. OK, you all can try, kurem. (then)

p.s: Mohon share sedikit nanti.

Tuesday, December 11, 2012

Senja berdarah

Melaka.

Melaka Maju Negeriku Sayang.
Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Sinonim dengan namanya. Melaka suatu masa dahulu pernah mencatatkan peristiwa sangat bersejarah. Negeri yang dijajah.

Jika dilihat lembaran silam Melaka pada suatu masa dahulu, ia merupakan sebuah negara yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Bahkan ia merupakan suatu lambang kesultanan Melayu yang sangat kukuh dan hebat.

Saat kejatuhan khilafah Islamiyyah di Turki, Melaka adalah salah satu tempat untuk membina semula ketamadunan Islam agar kerajaan khilafah tidak akan berakhir.

Namun perancangan tentera salib sangat teliti dan licik. Mereka telah berjaya menyekat kemaraan tentera Islam ketika itu. Melaka diserang bertubi-tubi agar tidak mampu bangkit.

Dan serangan itu dilakukan awal sebelum kejatuhan kerajaan khilafah Islam. Dan akhirnya, berkuburlah sudah kerajaan khilafah yang bertahan lebih 1000 tahun  lamanya.

Melaka kini.

Banyak meninggalkan bangunan-bangunan bersejarah. Setelah lebih 500 tahun lamanya Melaka dijajah dengan pelbagai kuasa besar yang silih berganti. Namun, Islam masih kekal sebagai nadi umat sehingga kini.

Aku kini.

Berpijak di atas bumi bersejarah, bumi yang menjadi saksi segala cerita berdarah dan pahit. Saat-saat tumbangnya pahlawan-pahlawan melayu. Yang dulunya kaya dengan adab resam yang mulia.

Kaum hawanya yang kaya dengan sifat sopan santun dan pemalu. Malu menghiasi diri setiap orang zaman ketikanya. Penuh dengan gaya bahasa yang menarik dan tutur bicaranya berhikmah, penuh kiasan.

Dan aku kininya,

Melihat sifat-sifat itu makin pudar ditenggelam zaman.


p/s: Lantunkanlah gemersik doamu di seluruh langit sepertiga malam, agar Dia dapat mendengar rintihanmu yang lirih mengharapkan keampunan dariNya.

Sunday, December 9, 2012

Tentang cinta

“Tanpa sedar, kita mungkin salah meletakkan pada siapa yang harus kita ingat lebih. Dan pada apa yang harus kita cinta lebih. Fikirlah, dalam sehari pada siapa yang kita selalu ingat? Atau benda apa yang paling banyak kita fikir?”

“Benda yang kita banyak fikir dalam sehari tulah, hakikatnya benda yang kita TERLALU CINTA! Orang yang kita sering teringat-ingat tulah, hakikatnya orang yang kita PALING CINTA!”

Sedangkan, hakikatnya kedudukan Allah patut paling tinggi antara semua benda! Dialah yang wajib kita CINTA melebihi apapun.”

umairahshafie

photographer : amrinarosyada | edited by : nadiarusli


p/s: Renungkan. Cinta pada Allah jualah segalanya. Letakkan cinta pada penciptaNya. erm. 

Friday, December 7, 2012

Hamba Tuhan

Dan berjalanlah masing-masing pada manzilahNya.
Seperti titah Tuhannya.
Terbit cahaya,
tiada selalu terang.
Gelap pekat,
tiada sempurna gelita.
Yang datang, yang pergi.
Mengukir senyum.
Tumpahkan air mata.
Berjalanlah, dan teruskan.
Hanya berpaling untuk menyapa kenangan.
Bukan sesal, tiada sekalipun terizinkan.
Berjalanlah, dan teruskan.
Menatap harapan..
Hitunglah yang berlalu.
Berapa khilaf, adakah kebaikan?
Satu saat.
Bahkan bukan tahun.
Detik pun Allah tak berikan lagi…
Bertambah lagi umur,
berkurang lagi usia..
Semoga senantiasa menjadi hamba yang berserah.
Hanya yang bersabar, bersyukur dan ikhlas yang akan menjadi pemenangnya…

p/s: Pada setiap masalah Allah menitipkan salam rindu kepada hamba-Nya yg mungkin sudah lama tak menyapa-Nya dalam haru syahdu tahajjud.
Pada setiap lelah, Allah menitipkan lukisan syurga untuk makhluk-Nya. Syurga sebaik-baik tempat kembali, syurga yang di dalamnya tak ada sedikitpun rasa lelah.
Pada setiap masalah, Allah menitipkan kekuatan kepada makhlukNya yg senantiasa bersabar dan berusaha
—(VIA POLARISSKY)

Tuesday, December 4, 2012

Selembar fitrah

Wahai orang-orang yang beriman !
Mengapa apabila dikatakan kepada kamu,
“Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,”
Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?
Padahal kenikmatan hidup di dunia ini
(dibandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit.

(At-Taubah: 38)

Begitulah.

Dijadikan indah oleh syaitan segala perbuatan-perbuatan buruk mereka di atas kehidupan di dunia.

Kita tertipu dan sering terpedaya.

Sering di buai lena hingga bungkus segala bicara.

Islam bukan hanya sekadar agama, yang meniti di mulut.

Islam adalah agama perjuangan. Sebaik syahadah termeterai, maka kita turut berjanji memperjuangkannya.

Namun berapa ramai yang betah di atas taliNya ?

Berapa ramai yang bertahan di atas jalanNya ?

.

Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad),
sesungguhnya Allah telah menolongnya
(iaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya dari Mekah...

9:43

Dan masih,

terus membisu dan kaku..

.

Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang),
nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih
dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,
dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.
Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(At-Taubah: 39)

Allah..

Sahabat.,

Jika merasa berat perjalanan ini..

Ketahuilah bahawa kamu tidak berseorangan

Ayuh, sambutlah tanganku selagi aku masih upaya !

jangan biarkan terus syaitan memperdaya !

Bangkitlah dengan sepenuh tenaga !

Sungguh, syurga menanti kita disana. ^_^


p/s: “Dan terkadang, bibir ini juga bisu bila ditimpa bala, maka aku pinta, marilah berjinjing tangan bersama, kerana aku juga sering tersungkur di pintu neraka.”

Monday, December 3, 2012

Biar rindu terhenti #3

Menangis tanpa air mata
Rindu tanpa suara
Tertawa tanpa rasa
Senantiasa merasa sunyi bersendiri

Itulah hati yang sedang resah
Menunggu sang kekasih pujaan
dan hati itu setia serta Taat pada Sang KhaliQ-Nya

Dia

adakah kekasih halal itu
akan bersatu dalam Ikatan Suci-Nya
Ingin Bersama-sama untuk Menggapai
Redha dan Syurga-Nya


p/s: nehhhhh…

“Kebanyakan Mat rempit tu mati di jalan yang lurus”

[En. Rashid, kuliah Murid dan Alam Belajar]

Wednesday, November 28, 2012

Coretan hati

Arakiannya..

Bismillah.. Alhamdulillah, aku melangkah ke depan lagi. Terus maju meneruskan hidup. Yang lalunya terasakan kosong sepi tanpa ceritera syurga. Waima, syurga juga dicari sebelum ini. Namun hakikat seorang manusia, yang hati sentiasa berbolak balik.

.

Ingin aku coretkan sebuah kisah.

Sebuah kisah isi hati, yang terpendam sekian lamanya. Mencari-cari penyudahan terbaik. Tentang sebuah perjalanan seorang hamba. Yang tiada berdaya.

.

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

(Muhammad: 31)

... 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

(Ali Imran: 103)


Dan bila berlalunya ujian itu, langit itu tetap kelihatan biru. Tiada yang berubah. Walau dimana kita berpijak. Langit itu setia melihat. Sungguh ujian itu mendewasakan kita.

.

Pada aturan langkah,
usia mematangkan jiwa...
Pada sebuah kanvas,
lukisan jiwa terlakar bercerita...

...

Aku menoleh ke belakang,
dan Alhamdulillah…
Mereka masih bersamaku
Namun untuk esok dan mendatang
masihkah mereka setia ?
.


p/s: menunaikan solat taubat bukan bererti kita dah bertaubat. Taubat yang sebenarnya, cukuplah sekadar niat dan berazam untuk tidak akan melakukannya lagi. ◕‿◕

p/s: Kita cuba berusaha untuk menyatu, tapi kita tak mampu nak menyatukan hati. Sedang kita berusaha, tapi kita tak mampu jua nak menakluk hati mereka. Biarkanlah… dan teruskanlah merencana. Allah jua sebaik-baik perancang.

p/s: http://behindofme321.tumblr.com/

p/s:

Tuesday, November 27, 2012

Biar rindu terhenti #2

Ada kalanya
Rindu datang tanpa permisi
Tanpa salam, tiada ampun
Seenaknya saja menggenangi hati

Kadang
Ada rasa tak kuat
Ada rasa ingin kembali yang tak terbendung

Namun
Tentu saja harus bertahan
Tentu saja harus yakin

Bahwa aku akan kembali
Pasti akan kembali
Lewat doa-doa yang digantungkan bunda sepanjang hari
Lewat bisik-bisik ayah pada Allah setiap waktu

Bertahanlah
Sedikit lagi
Bersabarlah
Lebih banyak lagi

Sungguh yang bersabar akan beruntung.

.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Al-Baqarah: 155)

.


p/s: Nantikanlah siri-siri rindu yang akan datang kerana diri ini belum berhenti berjalan.

p/s: http://behindofme321.tumblr.com

Monday, November 26, 2012

Dunia bisu

Kadang-kadang untuk menulis

tak semestinya kau perlu fasih berbicara...

Mungkin,

dunia bisu.

Dunia sunyi itu lebih banyak untuk kau tafsirkan

dalam bentuk penulisan pendek-pendek dengan kata indah-indah.

Untuk belajar melihat dengan pandangan berTuhan,

mesti belajar melihat menggunakan hati nurani, bukan mata semata.

.

Semoga dapat merasai manisnya nikmat melihat dengan hikmah.
Bukan sekadar tenung objek solid,

dan sudah.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan perbezaan malam dan siang adalah ayat (tanda) kepada orang yang mempunyai fikiran.”

(Surah Ali-Imran: 190)

 


p/s: Silence is a language that full of words.

Wednesday, November 21, 2012

Ba’iah kita

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu,
sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah;
Tangan Allah di atas tangan mereka,
maka sesiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri
dan barangsiapa yang menepati janji kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.

[Surah Al-Fath: 10]

.

Buku di Jalan Da’wah aku belek sehelai demi sehelai. Karya Syeikh Mustafa Masyhur.

Jalan da’wah adalah panjang dan susah serta dihamparkan dengan perkara yang tidak disukai, penuh dengan duri-duri dan halangan serta penuh dengan tribulasi dan pancaroba.

Maka,

Alangkah perlunya sifat sabar serta ketahanan jiwa untuk mengikuti jalan ini.

Firmannya,

Wahai sekalian orang-orang yang beriman!
jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar…

[Surah Al-Baqarah: 153]

.

InsyaAllah.. mereka-mereka yang istiqamah di jalan-Nya...
Allah akan buka pintu rezeki dan bantu..
yakin + doa+ usaha lah..

Ingatkah lagi janji kita ?

.



p/s: Kata seorang sahabat, “Bila kita bergerak kerja, jangan kerana manusia, tapi kerana Allah. Bila kita bergerak kerja kerana manusia, maka benda itu tidak akan jadi seperti yang dirancang. Tapi bila bergerak kerja kerana Allah, kita pulangkan segala usaha padaNya. InsyaAllah, boleh”.
 

“…dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya…”
[Al-an`aam:59]

Monday, November 19, 2012

Medan Da’wah

Dalam surah An-Nisa; 95

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya.
Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat.
Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Lain rasanya medan da’wah antara kita dan mujahidin di Gaza.

Terkadang kita disibukkan dengan segala bengkel dan program. Dan pada itu pun, kita sudah mengeluh. Letih kerana tidak berdaya.

Alasannya,

1. Akademik terbengkalai.
2. Masalah keluarga, duit, dan hati.
3. Malas.

Hebat permainan iblis.

Gara-garanya kita tidak nampak jalan ke syurga.

Pernahkah kita berfikir, bagaimana nak tolong saudara kita di Palestin sana ?

Mudah sahaja sahabat. Binalah Islam dalam diri.

In Shaa Allah. Jalan itu pasti membawamu ke syurga yang hakiki.



p/s: Apakah sama keadaan orang yang tidak turut berperang melainkan yang ada keuzuran dengan orang yang berjihad pada jalan Allah ?
tepuklah dada…

bengkel dah habis sudah.

Thursday, November 15, 2012

Biar rindu terhenti

Rindu ini untukmu

rindu ini menyeksa ku
ku tak mampu uraikan aksara yg terbiasa ku untai menjadi syair nan indah..
Lidah ku kelu tanpa suara


ku panggil namamu lirih..
Senandung rindumu begitu syahdu..
Mampu menghiris rasa
Mengundang airmata
tak kuat ku menahan sesak..


Jangan lagi kau senandungkan lagu rindu mu,
kerana itu memang tak layak untuk ku.
Maafkan untuk rasa ku
maafkan demi cinta mu
maafkan atas luka yang ku goreskan..

Demi cintaNya yang ku damba.
.
Oh rindu, pergilah mengalir bak semilir
okeh, ini da jiwang. FULLSTOP !

p/s: Takde keje time cuti, biasalah. Bujang. By the way, Salam Maal Hijrah buat semua penghuni blog yang tersesat ke sini. Mari kita ambil iktibar pengorbanan muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Dan tak lupa juga pada kaum Ansar. Sesungguhnya besar pengorbanan mereka dalam nak menegakkan agama Allah. 1434H/2012M.
 

Tuesday, November 13, 2012

Terluka

Sedih..

Terkilan..

Entah..

Kau memilih untuk menjauh sahabat

Sedangkan aku memilih untuk bertahan

Mungkin salahku

Mungkin bukan mungkin tetapi benar

Menangis

People go

Memories stay

I'm speechless right now..

:'/


p/s:

Making a million friend is not a miracle, the miracle is to make a friend, who will stand by you when millions are against you.

p/s: Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa.  Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya.  Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda.  Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.  Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.

p/s: zzz… saya nak study, tolonglah ya Allah berikan kekuatan. =)

Monday, November 5, 2012

Hargai mereka

Sudah berapa lama hati kita tidak menangis.
Sudah berapa lama jiwa kita tidak terusik..
Ayuh lihatlah sesuatu yang dapat melembutkan hati kita...
Jiwa yang mudah terusik adalah tanda piala hati kita dipenuhi iman..

^__^

 

Sentuhan jiwa…

.


p/s: jangan biar hati derita..

Friday, November 2, 2012

Queen of heart

Ibu...

 

Pinjamkan aku hatimu sebentar.

 

Agar aku faham . .
Agar aku belajar . .

 

Bagaimana ketulusan itu di dalam setiap pengorbanan yang engkau lakukan.

..

Kenapa wajah yang seharusnya redup dan mendamaikan, seringkali meruntun hati ini ya Allah.. Berikanlah dia kekuatan dalam keluasan rahmatMu. Maha suci Engkau ya Allah, lindungilah kami dari azab api neraka…


p/s: wajah ibu tidak pernah gagal membuatkan ku menangis. Hanya sejenak matanya ku tatap, ku renung. Aku lihat banyak penderitaan yang ditanggungnya seorang. Taman hatiku menangis. Ingin sahaja aku ucapkan pada dia, “Sabarlah buk.. sabar.. sedikit shj lagi.. Aknku korban hidup ini untuk menjagamu sampai akhirnya.. sabarlah ye..”  T_T

..

kata orang;

Luka ditangan nampak berdarah
luka dihati siapakan tahu..

 

Dan kerana aku adalah anak sulung.
maka keutamaan itu adalah terletak pada keluarga. .

Thursday, November 1, 2012

To blogger islamik

 



Untuk semua blogger Islamik, bolehlah dapatkan sedikit input agar entry yang diberikan/dikeluarkan/dipostkan baru kaw, padat, dan bermanfaat! haha. Jom join.

p/s: nota kaki

LATARBELAKANG

Penerbitan buku berkembang dengan pesat setanding dengan permintaan yang semakin rancak daripada pembaca di setiap lapisan umur. Suasana ini menunjukkan bahawa bidang penulisan bukan sahaja boleh menjana pendapatan dengan potensi pasaran yang luas malah menjadi medan dakwah yang amat berpengaruh dalam membentuk masyarakat. Namun, semua ini memerlukan pengetahuan, kemahiran dan teknik yang berkesan.

Justeru, menyedari kepentingan ilmu untuk berdakwah melalui medan penulisan ini, Pusat Islam telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kursus Penulisan Islami ini bagi memenuhi tuntutan dakwah dan semestinya memberi kebajikan dan impak yang besar kepada para peserta terutamanya para staf akademik, kakitangan pentadbiran universiti dan para pelajar dan masyarakat sekeliling.

Kursus ini bertujuan menyediakan satu pakej lengkap untuk menjadi seorang penulis buku Islami yang berjaya. Selain itu, kelainan bengkel ini ialah peserta dapat berkongsi pengalaman, pengajaran dan panduan daripada penulis yang telah menjiwai bidang penulisan dan berjaya melakar nama di persadanya

OBJEKTIF

1. Mengetengahkan halatuju dan fikrah dakwah dalam jiwa seorang penulis.

2. Mengetengahkan kaedah penulisan buku yang menarik dan berkualiti.

3. Mengetengahkan pola minda pembaca mengikut kehendak pasaran semasa.

4. Memberi panduan secara amali penulisan ilmiah dan perkongsian pengalaman.

PENCERAMAH JEMPUTAN KHAS:

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam)

YURAN

RM 10.00 SAHAJA! (MAKAN, SIJIL DAN DAN BAHAN MODUL) - duit pendaftaran mestilah diberikan bersama borang pendaftaran. Sekiranya pendaftaran penuh, tiada pendaftaran terbuka pada hari berlangsungnya program.

TERHAD KEPADA 150 ORANG!

SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!

Sunday, October 21, 2012

Gembiralah wahai hati

…dan dijadikan indah kepada manusia:
kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,
iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak;
kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;
dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

[Ali – Imran; 14]

...

Alhamdulillah..
Sesungguhnya Tuhanmu Maha pengasih, Maha penyayang..
Memberi tanpa meminta
Kerna Dia tahu apa yang terbaik untukmu,
Dan masih engkau belum sedar,
Akan nikmat yang terbaik diberikan untukmu,

Mengapa engkau menyisih,
Mengapa engkau rasa masih sendiri,
Sedang engkau ada Dia,
Tuhan pemilik segala jiwa,
Mengatur hidupmu dari sekecil-kecil perkara,
Tidak sesaat pun waima sedetik,
Malah kurang dari itu pun,
Dibiarkanmu terlepas dari pengetahuanNya


Yang dihamparkan oleh Allah, ternyata indah di dunia. Memukau mata memandang, terpesona hati melihat. Hidup bukannya mudah, dan dakwah bukannya senang.

Bersabarlah..
Untukmu akhirat disana..
Tenanglah wahai hati
dengan setenang-tenang rasa yang mengalir
biar sampai dilubuk hatimu
ketentuanNya keatasmu
bahawa syurgaNya menantimu disana..

Allah...

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu?
Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga,
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah
".

Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya

[Ali – Imran: 15]


 

Monday, October 1, 2012

Cinta yang terpendam

Duhai Tuhan yang mendengar setiap zarah bicara..

Dari jiwa dalam dan tulis lemah seorang hamba..

Ingin, sungguh ia semahu yang boleh..

Memegang hati untuk Engkau tetapkan..

Tika menghapus ruang dan waktu..

Tika beriman aqal dan nafsu..

Naluriku yang senantiasa berkata..

Mahabbah rindu biarkan rahsia..

Moga mengalir tanpa dosa..

Wasilah jiwa yang mendamba redha..

Kerna cinta sebuah wasilah, takkan pernah terhenti selepas lafaz.

Duhai Tuhanku yang mendamaikan cinta hamba-hamba-Mu..

Alirkanlah bisik doaku..

Setenang-tenang rasa..

Semudah-mudah jalannya..

Biar terhapus namaku sebelum masanya..

Andai Luh Mahfudz kuyakin bersuara..

Biarkan dakwat membasah..

Pada kanvas yang memutih resah..

Pada suci rahsia sebuah mahabbah..

Demi istikharah cintaku..

Tiada siapa mampu merindu..

Selayak Adam dan Hawaku..

Selagi Mahfudz-Nya belum berlagu..

Dan sejauh itulah hati bernada sendu..

Selalu..


p/s: Berusahalah jiwa yang memendam cinta. Usah makin mendiam. Usah makin melemah. Bukanlah cinta yang membahagiakan. Andai jiwa yang mengalir merdu. Namun anggota membungkam lesu. Demi keredhaan Tuhan Yang Maha Satu, binalah rasa cinta bersama tingginya agama dan cemerlangnya kerjaya. Sungguh, hamba yang disayangi Tuhan adalah mereka yang gagah. Moga sentuh Tuhanmu sentiasa melikat. Pada likat jujur cinta hamba pada Tuhannya.

 

Friday, September 21, 2012

You are never alone

Sometimes, when the world's not on your side

You don't know where to run to

You don't know where to hide.

You gaze, at the stars in the sky

At the mountains so high

Through the tears in your eyes.

Looking for a reason,

to replace what is gone.

Just remember, remember

That you are never alone.

You are never alone (you are never alone)

Just reach into your heart

And Allah is always there.

You are never alone (you are never alone)

Through sorrow and through grief

Through happiness and peace

You are never alone.

So now as you long for your past

Prepare for your future

But knowing nothings going to last

You see this life is but a road

A straight and narrow path

To our final abode

So travel well O Muslim

And Paradise will be your home

And always remember

That you are never alone.


p/s:

Sunday, September 9, 2012

Kampungku yang indah permai

Biar gambar berbicara…

 


 


 


 


 


 


 


 

 


 


 


 


 


 


 


 


p/s.:. Dari saya

percutian dikampung yang sangat membosankan. haha

Wednesday, September 5, 2012

Jalan cinta

Remuk jiwa ketika diri di cerai kekasih,
tapi berlagak acuh saat Allah tiba-tiba lenyap di hati
Padahal kekasih boleh berganti,
tapi kepada Allah dimana harus dicari...?

Duhai Allah...
Lelah mata menderas kitab suciMu
Keluh bibir mengeja ayat-ayatMu
Tapi wajahMu tak jua terlukis di hati
Atau mungkin futur jiwa yang sudah perlahan mati..

Terlalu banyak berkata dusta
Terlalu akrab dengan dosa-dosa
Hingga hatipun sepi tersiksa

Ya Allah Ya Karim...
Tunjukkanlah aku jalan cinta
Agar jiwa tiada lagi meronta...

.

.

.


Sunday, August 19, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum, pada sahabat semua yang peminat setia belog ni, cewah..

Walau langkah tidak bertemu..

tangan tidak berjabat..

ucap tak terdengar..

mata tak bertatap..

Tapi izinkan hati..

Memohon seribu kemaafan di atas salah dan silap..

Di atas segala penulisan saya sepanjang berbelog mahupun di facebook ! dan selamanya kita bersahabat  (っ◕‿◕)っ ♥

Selamat hari raya Aidilfitri !

Maap zahir dan batin. ‎

Nak duit raya meh datang rumah, InsyaAllah mak bagi. Paling kurang rm5. Serius-serius, saya tak pernah menipu bab-bab ni. Dan maaf, takda kad raya nak bagi. T_T

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Buat sahabat seperjuangan, ana malas segan nak mesej tiap-tiap seorang, so dikesempatan ini ana ingin mengucap disini sahajalah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri !(tahun ni sekali lagi, beraya tanpa isteri, hmmph~ layan je la)

terimalah serangkap-duarangkap pantun dari ana,

Ingat Ogege ingat dhon..

Selamat tinggal bulan Ramadhon..

...

Bagai kancil dengan buaya,

selamat hari raya..!

...

Memetik ulahm di pinggiran Jawa,

Dihidang bersama bunga seroja,

Andai ajal pemutus bicara,

Doakanku bahagia di akhirat sana..




p/s: Maaflah tahun ni tak dapat buat open house, sebab malas nak tebuk dinding rumah. halalkan segala makan minum dan perbuatan saya yang melampaui batas super saiya yang ketiga.! Serius, saya memang tak boleh jadi fasi or kedepan dalam mane-mane program, so don’t force me to do that oke! Ye nanti saya akan belajar perlahan-lahan. Dan mane-mane gerak kerja yang terbantut kerana ana, saya minta maaf dengan luhur batin. Mane-mane yuran program yang saya tak bayar lagi silalah tuntut sementara ada duit. Dan... banyaknye dan, dan mane-mane program yang saya kurang beri kommitment, saya pun minta maaf. Dan siapa-siapa yang ada terasa hati ke, jantung ke, limpa ke, dengan saya, pun saya minta maaf. Dan mane-mane mesej yang tak terbalas/malas balas silalah mengerti bahawa saya enggan. Tapi kalau terasa saya minta maaf. Biasalah, masa tu iman turun naik. Dan kalau tak silap, waktu tu saya ada terumpat seorang muslimat, harap-haraplah muslimat tu bace mesej ni dan maafkan saya. Saya betul-betul terlepas cakap depan muslimin yang lain. Nak minta maaf depan-depan segan pulak. So maafkanlah saya wahai muslimat yang baik hati.. Dan juga, saya pernah buat salah seorang muslimat marah(muslimat lagi, ade masalah hati aku nih, kih kih kih..) dengan berkata sesuatu yang kasar, so maafkanlah saya. Dan.. Tahun ini saya beraya dekat kampung. Dekat setahun saya tak balik kampung. Kalau ade ape-ape nak tempah, sila jangan. Saya balik kampung nak tenangkan fikiran. oke, selamat tinggal semua, selamat tinggal Malaysia..!

Kalau ada sumur diladang,

boleh hamba menumpang mandi,

kalau ada umur yang panjang,

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi..

Annyeonghi gaseyo!

Sayonara!

Farewell!

Au revoir!

Adios!

La Tahzan! erk. =,=”

behindofme321.tumblr.com