Monday, October 1, 2012

Cinta yang terpendam

Duhai Tuhan yang mendengar setiap zarah bicara..

Dari jiwa dalam dan tulis lemah seorang hamba..

Ingin, sungguh ia semahu yang boleh..

Memegang hati untuk Engkau tetapkan..

Tika menghapus ruang dan waktu..

Tika beriman aqal dan nafsu..

Naluriku yang senantiasa berkata..

Mahabbah rindu biarkan rahsia..

Moga mengalir tanpa dosa..

Wasilah jiwa yang mendamba redha..

Kerna cinta sebuah wasilah, takkan pernah terhenti selepas lafaz.

Duhai Tuhanku yang mendamaikan cinta hamba-hamba-Mu..

Alirkanlah bisik doaku..

Setenang-tenang rasa..

Semudah-mudah jalannya..

Biar terhapus namaku sebelum masanya..

Andai Luh Mahfudz kuyakin bersuara..

Biarkan dakwat membasah..

Pada kanvas yang memutih resah..

Pada suci rahsia sebuah mahabbah..

Demi istikharah cintaku..

Tiada siapa mampu merindu..

Selayak Adam dan Hawaku..

Selagi Mahfudz-Nya belum berlagu..

Dan sejauh itulah hati bernada sendu..

Selalu..


p/s: Berusahalah jiwa yang memendam cinta. Usah makin mendiam. Usah makin melemah. Bukanlah cinta yang membahagiakan. Andai jiwa yang mengalir merdu. Namun anggota membungkam lesu. Demi keredhaan Tuhan Yang Maha Satu, binalah rasa cinta bersama tingginya agama dan cemerlangnya kerjaya. Sungguh, hamba yang disayangi Tuhan adalah mereka yang gagah. Moga sentuh Tuhanmu sentiasa melikat. Pada likat jujur cinta hamba pada Tuhannya.

 

5 comments:

  1. makin berbunga bahasa.
    haibat!
    benarlah berkata tetang cinta andai tak letak pada tempat sampai ke sudah tak habis. Allah! moga Allah pelihara.

    ReplyDelete
  2. ulahm ulahmm baik sikit yer.. hahaha

    ReplyDelete