Saturday, February 18, 2012

Aku | Aisyah | Cinta

Seusai majlis graduasi, aku tercari-cari si dia. Si dia yang selama ini aku pendam perasaan demi menjaga hubungan ini.

“Ah… Aisyah! hai.. Ape khabar?” Spontanku.

“Oh, Dhon.. Alhamdulillah.. Sihat, Kau ape khabar, anyway, tahniahlah, akhirnya berjaya juga kita tamatkan zaman belajar ni.” Aisyah membalas.

“Alhamdulillah, aku sihat..Yup, nampaknya macam tu la.. Rase banyak kenangan yang aku tak dapat lupekan”

“Yup, samela… So, ape perancangan kau lepas ni, kerja atau kahwin dulu?” Aisyah membalas.

“Heh.. Siapalah nak kahwin dengan aku, mungkin... aku nak kumpul duit dulu... Sambil tu bole cari jodoh sekali, manelah tau ade yang berkenankan..~” lincah aku membalas bola lambungnya. “So, kau macam mane pulak?”


Kami pun berjalan-jalan disekitar-kitar tasik disebelah Dewan Besar dan mengambil tempat panorama yang cukup tenang.

“Hurm… entahlah Dhon.. Aku ingat lepas ni aku nak sambung master, tapi tak tahu lagi kemana..” Aisyah menjawab.

Kami pun menghirup air yang dibeli dibooth yang dibuka oleh para pelajar. Tenang menghirup.

Aku mula tertanya-tanya samada dia mempunyai perasaan yang sama ke tidak dengan aku. “hmm…” kelus ku.

“Hmm.. Dhon.. okay ke, kau nampak macam tak gembire je, kenape?” Aisyah menyedari riak mukaku.

“Hmmm… Sebenarnya Aisyah… Aku ade.. ade…err.. sesuatu bende nak cakap dengan kau…”

“Ohh.. cakap je la.. jangan risau.. aku tak makan orang okay…” Aisyah mula bercanda.

“Haha.. kalaulah kau tahu Aisyah betapa sakitnya aku menanggung perasaan ini, Ya Allah apakah ini semua dugaan yang menimpa ke atas diriku…” Bisikku dalam hati.


Hujan mula menitik-nitik lebat ke atas bumi.

Kami mula mengambil tempat berteduh dibawah sebuah pondok. Dentuman guruh bergema gemilang. Dalam sekelip mata pandangan semakin kabur dek hujan.

Membasahkan jua hatiku yang kering.

“Aisyah… Sebenarnya… kau masih ingat tak mase kau tegur aku dulu.. mase mula-mula aku kenal kau..”

“Oh.. mase kite tahun duakan.. Ingatlah, tapi mase tu kau malu-malu kucingkan.. Haha.. kelakarlah mase tu… Tapi tu la… Tak sangka mase cepat betul berlalu, dan akhirnye kite jadi rapat.. Tak sangkakan…?”

“Dhuuummm!!!” Bunyi guruh berdentum hebat. Sambar menyambar membelah langit. Kilat menerangi seketika.

“Kuat betul hujan ni kan.. Nampaknya terperangkaplah kita dalam hujan ni..” Aisyah menambah. Sebentar tadi si dia baru melatah dek ditegur oleh sang guruh. Comel sekali wajahnya.

“Sejak daripada tu kan Aisyah, aku mula menaruh minat pada kau… Aku tak pasti samada perasaan ini betul atau tidak… tapi sejak…”

“Dhon… Ape yang kau cakap ni…”

“Aisyah… Sebenarnye… Aku.. Dah lame sukakan kau… Sejak kite berkenalan lagi…”

“Eh, kau cerita pasal ape ni.. Mengarut je la.. Dhon.. Kau kawan baik aku okay.. Aku pun sukakan kau jugak.. Hmm… Dhon.. Kau nak tau tak satu perkara…? Satu perkara yang aku pendam selame ini…”

“Aiseh… Dia tukar topik plak.. Dan dan waktu aku nak luahkan ni.. Haish.. Sabar je la…” Bisikku.



Hujan masih mencurah-curah dengan lebat. Sejenak aku terasa sangat hangat meski cuaca sejuk. Mendung gelap melatari suasana.

Kenderaan ibu bapa para pelajar kelihatan menderu pulang ke rumah. Aisyah pun dah sedia maklumkan pada keluarganya bahawa dia akan pulang lambat. Bertemu kawan katanya.

“Dhon… Kau tau tak ape perasaannya bile kita sayangi seseorang.. mencintai seseorang… tapi hanya bertepuk sebelah tangan?”
Kadang-kadang aku fikir.. rasa itu sangat menyakitkan… Aku cube nak lepaskan tapi tak berdaya…”
Luah Aisyah.

“Argh! Apakah semua ini..!! Satu tamparan yang agak hebat buat aku. Kenape Aisyah… Kenape.. Kenape kau luahkan pada aku… Tidakkah kau menyedari bahawa selame ini aku sukakan kau...” Aku jadi kaget.

“Hurm… Kau ade sukakan seseorang ke? macam mane kau tau yang cinta kau bertepuk sebelah tangan…? Did you confess to him?” Tanyaku bertubi-tubi. Dan dalam diam kata itu menghiris rasa. Merobek hatiku dengan penuh rakus.

“Mestilah tak Dhon… kau ni apelah.. akukan perempuan.. takkanlah aku nak terhegeh-hegeh pergi kejar die… nanti ape yang orang cakap..kan?”


Perbincangan semakin larut. Semakin larut menyelami perasaannya. Aku tak pasti dimana duduknya aku dalam hatinya.

Sirna diwajahku mulai malap. Aku cuba belajar tersenyum namun palsu sekali. Mujur si dia tidak menyedari.

“Tapikan Dhon… Eh.. Kau dengar tak ape yang aku cakapkan ni, aku tengok kau mengelamun sorang-sorang je…”

Aku agak terkejut seketika. “Eh.. mane ade.. aku terfikir sesuatu tadi.. ape eh kau cakap tadi…?” Agak gelabah aku menjawab.

“Hurm… Takpela Dhon… Aku nak minta maaf kalau ceritakan semua ni kat kau… Anyway, thanks for listening..” Aisyah pun ingin beransur pulang.


Hujan kelihatan agak reda sikit berbanding sebelumnya. Perlahan-lahan Aisyah berjalan dalam hujan.

“Aisyah…! Bolehkah aku tau siapakah… orang yang.. kau minat tu?”

Aisyah menoleh. Sekilas wajahnya terpancar sinaran. “Betul ni kau nak tau?”

“Hmmm…” Anggukku.

“That person is… you.” Dia melambai sambil tersenyum manis padaku.



”Dhon… bangun… bangun…. dah pukup berape dah ni.. Jom pergi makan roti tampal.. ni dah solat subuh ke belum?” Isaac mengejutkan aku dari tidur. Matahari dah semakin naik.

“Hah… mimpi rupenya.. potong stim betul la kawan aku ni. Mangkuk betul.. Haish… “


p/s: Watak-watak di atas tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupun yang dah mati. Dan ini hanyalah dongeng semata-mata.

Siapa pun isteri kita, dia tetap istimewa
Carilah isteri melalui jalan yang mulia
Supaya pernikahan diberkati selamanya

1320712707896


p/s: serius ini adalah dongeng. Tolong jangan fikir yang lain. em, k

Sunday, February 5, 2012

Lukisan Alam

Bismillah.

Segaris merah terukir di dada langit senja bernuansakan burung-burung yang pulang ke tempatnya kembali. Sore berlabuh.

Terlihat di kepulauan sana, ada cahaya yang gemilau, menerangi rongga-rongga langit yang kemerahan.

Allah itu Maha Indah. Terlihat akan kehebatan ciptaanNya yang tiada tara. Mengajak kita semua agar terus berfikir. Setelah sekian lame mendiami bumiNya.

Berjalanlah kita wahai hamba Allah sekalian.

bali

Sedang aku terpana menyaksikan langit Ilahi, aku terlihat ketam sedang mengajar anaknya berjalan dengan lurus.

Tapak sulaiman yang terdampar ditepian pantai, penyu-penyu yang seusai bertelur terus ke laut dengan tawakal yang tinggi kepada Allah bahawa telurnya akan selamat.

Air laut yang sentiasa pasang surut. Dan dapatkah kita menjelaskan fenomena gerhana bulan?

Bagaimana kasih sayang seekor buaya yang menelan telur anaknya untuk melindungi telur-telur tersebut.


Begitulah lukisan alam.

Dalam setiap aturan, Allah telah menetapkan hukumNya. Ciptaan Allah yang paling hebat sekali ialah manusia. Kerana ia telah dianugerahi akal.

Marilah kita sama-sama berfikir akan kebesaran Allah. Kerana kita dipandang mulia kerana itu. Kita insan yang boleh berfikir, Maka fikirkanlah akan perkara yang baik atau yang buruk, dan nilailah dengan mata hati.

Semoga Allah memberikan petunjuk yang benar.


p/s: Dalam kita sibuk hidup berjemaah, segalanya perlukan pengorbanan yang cukup tinggi. Hanya kita sendiri mampu menilai sejauh mana kita telah berkorban untuk Islam. Kalau rasakan perjuangan itu susah, maka lebih susahlah perjuangan baginda Nabi Muhammad SAW dalam nak menghidupkan api Islam ke dalam masyarakat jahiliah.

Janganlah engkau rasa lemah dan janganlah engkau berputus asa, sesungguhnya telah menjadi adat resam dalam perjuangan sentiasa merasa lemah dan malas, walhal engkau boleh melakukan lebih baik daripada apa yang engkau tidak sangkakan.

Batu asasnya dalam perjuangan, bukan kita menilai kemampuan diri sendiri itu, tapi mereka yang melihat akan keupayaan kita. Lantaran itu, persiapkan diri dalam mehnah yang makin mencabar.


p/s: Sempena Maulidur Rasul ni, marilah kita semua memperbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

403318_258224997583235_100001872100214_625710_1306083049_n


p/s: p/s lagi…huhu, berjangkit ngan seseorang la ni. Setelah sekian lama blog ni tak bernadi, akhirnya jantung telah berdenyut kembali. Namun mungkin ini adalah kali terakhir aku update, kerana mungkin esok belum tentu milik kita.

Yang tulus berpesan pada diri,

9026B43C80E00B27E4188FE26EAD7F05