Sunday, February 5, 2012

Lukisan Alam

Bismillah.

Segaris merah terukir di dada langit senja bernuansakan burung-burung yang pulang ke tempatnya kembali. Sore berlabuh.

Terlihat di kepulauan sana, ada cahaya yang gemilau, menerangi rongga-rongga langit yang kemerahan.

Allah itu Maha Indah. Terlihat akan kehebatan ciptaanNya yang tiada tara. Mengajak kita semua agar terus berfikir. Setelah sekian lame mendiami bumiNya.

Berjalanlah kita wahai hamba Allah sekalian.

bali

Sedang aku terpana menyaksikan langit Ilahi, aku terlihat ketam sedang mengajar anaknya berjalan dengan lurus.

Tapak sulaiman yang terdampar ditepian pantai, penyu-penyu yang seusai bertelur terus ke laut dengan tawakal yang tinggi kepada Allah bahawa telurnya akan selamat.

Air laut yang sentiasa pasang surut. Dan dapatkah kita menjelaskan fenomena gerhana bulan?

Bagaimana kasih sayang seekor buaya yang menelan telur anaknya untuk melindungi telur-telur tersebut.


Begitulah lukisan alam.

Dalam setiap aturan, Allah telah menetapkan hukumNya. Ciptaan Allah yang paling hebat sekali ialah manusia. Kerana ia telah dianugerahi akal.

Marilah kita sama-sama berfikir akan kebesaran Allah. Kerana kita dipandang mulia kerana itu. Kita insan yang boleh berfikir, Maka fikirkanlah akan perkara yang baik atau yang buruk, dan nilailah dengan mata hati.

Semoga Allah memberikan petunjuk yang benar.


p/s: Dalam kita sibuk hidup berjemaah, segalanya perlukan pengorbanan yang cukup tinggi. Hanya kita sendiri mampu menilai sejauh mana kita telah berkorban untuk Islam. Kalau rasakan perjuangan itu susah, maka lebih susahlah perjuangan baginda Nabi Muhammad SAW dalam nak menghidupkan api Islam ke dalam masyarakat jahiliah.

Janganlah engkau rasa lemah dan janganlah engkau berputus asa, sesungguhnya telah menjadi adat resam dalam perjuangan sentiasa merasa lemah dan malas, walhal engkau boleh melakukan lebih baik daripada apa yang engkau tidak sangkakan.

Batu asasnya dalam perjuangan, bukan kita menilai kemampuan diri sendiri itu, tapi mereka yang melihat akan keupayaan kita. Lantaran itu, persiapkan diri dalam mehnah yang makin mencabar.


p/s: Sempena Maulidur Rasul ni, marilah kita semua memperbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

403318_258224997583235_100001872100214_625710_1306083049_n


p/s: p/s lagi…huhu, berjangkit ngan seseorang la ni. Setelah sekian lama blog ni tak bernadi, akhirnya jantung telah berdenyut kembali. Namun mungkin ini adalah kali terakhir aku update, kerana mungkin esok belum tentu milik kita.

Yang tulus berpesan pada diri,

9026B43C80E00B27E4188FE26EAD7F05

11 comments:

  1. nice sharing ya akhi.. then keep it up!! jom berselawat keatasnya,,,

    "Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
    maka jom kita berselawat...اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
    ^^
    sungguh dakwah itu cinta maka teruskan mengorak langkah dalam jalan CINTA ini.. moga tsabat!! may ALLAH bless

    ReplyDelete
  2. so puitis..hehe..really nice..^^

    dan sy terkesan dgn ur entry..thanx a lot..:)

    dan lg, sy terasa sal p/s tu..huhu..:D

    ReplyDelete
  3. @Mujahidah

    InsyaAllah, marilah kita semua berselawat keatasnya.. moga diberi tunjuk dan bimbingan di akhirat kelak.. huhu, nice sharing.. yup, dakwah itu cinta <3.. Semoga kita dapat menemui cinta yang abadi.. n_n

    ReplyDelete
  4. @amalina

    terima kasih... hope dpt mmbeeri mnfaat..huhu... eh, amalina terase ke yg soal p/s2 tu.. huhu.. siape yg makan cili,die yg terase pedasnyer...hoho :D

    ReplyDelete
  5. saya pernah tengok penyu betelur :)) subhanallah~

    ReplyDelete
  6. hah tiba2 nak share ayat ini, moga bermanfaat.. dan may ALLAH bless,,Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-Asr:3).

    p/s: maka berpesan2 itu perlu , tak salah kot nak letak p/s itu banyak mana pon,, dan sungguh yang selalu ber p/s2 itu tak perfect mana pon.bnyak je celanya,, maka dat y p/s2 itu seringkali wujud,. semoga segala p/s yang datang dari diri sendiri & insan lain bermanfaat & diredhai,maka teruslah berp/s2 selalu.. may ALLAH bless

    p/s: bila blog ini bakal berp/s semula?? keep on writting keranaNYA, keep it up ya akhi,,

    ReplyDelete
  7. peh jiwang gile..
    kalah aku,,, eh ak jiwang ke?

    ReplyDelete
  8. @atiq... mesti best kan tengok penyu bertelur..huhu

    ReplyDelete
  9. @mujahidah.. terima kasih share ayt tu.. memang terbaik.. ana memang looking forward tuk share perkare yg baik2.. tp tu la.. kdg2 ikut mood jgk.. tk semua post berunsur nasihat..huhuu... asif kalau ade salah silap... anyway, enti pun teruskan juga berblogging kerna Allah.. semoga ia menjadi kesaksian dihadapan Allah nanti.. n_n

    ReplyDelete
  10. @kerol.. sahabtku... nta pun jiwang ape..kalah ana..huhu.. sek2 dramatis... nantikan kemunculan post terbaru yer...

    ReplyDelete