Wednesday, November 28, 2012

Coretan hati

Arakiannya..

Bismillah.. Alhamdulillah, aku melangkah ke depan lagi. Terus maju meneruskan hidup. Yang lalunya terasakan kosong sepi tanpa ceritera syurga. Waima, syurga juga dicari sebelum ini. Namun hakikat seorang manusia, yang hati sentiasa berbolak balik.

.

Ingin aku coretkan sebuah kisah.

Sebuah kisah isi hati, yang terpendam sekian lamanya. Mencari-cari penyudahan terbaik. Tentang sebuah perjalanan seorang hamba. Yang tiada berdaya.

.

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

(Muhammad: 31)

... 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

(Ali Imran: 103)


Dan bila berlalunya ujian itu, langit itu tetap kelihatan biru. Tiada yang berubah. Walau dimana kita berpijak. Langit itu setia melihat. Sungguh ujian itu mendewasakan kita.

.

Pada aturan langkah,
usia mematangkan jiwa...
Pada sebuah kanvas,
lukisan jiwa terlakar bercerita...

...

Aku menoleh ke belakang,
dan Alhamdulillah…
Mereka masih bersamaku
Namun untuk esok dan mendatang
masihkah mereka setia ?
.


p/s: menunaikan solat taubat bukan bererti kita dah bertaubat. Taubat yang sebenarnya, cukuplah sekadar niat dan berazam untuk tidak akan melakukannya lagi. ◕‿◕

p/s: Kita cuba berusaha untuk menyatu, tapi kita tak mampu nak menyatukan hati. Sedang kita berusaha, tapi kita tak mampu jua nak menakluk hati mereka. Biarkanlah… dan teruskanlah merencana. Allah jua sebaik-baik perancang.

p/s: http://behindofme321.tumblr.com/

p/s:

No comments:

Post a Comment