Tuesday, December 11, 2012

Senja berdarah

Melaka.

Melaka Maju Negeriku Sayang.
Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Sinonim dengan namanya. Melaka suatu masa dahulu pernah mencatatkan peristiwa sangat bersejarah. Negeri yang dijajah.

Jika dilihat lembaran silam Melaka pada suatu masa dahulu, ia merupakan sebuah negara yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Bahkan ia merupakan suatu lambang kesultanan Melayu yang sangat kukuh dan hebat.

Saat kejatuhan khilafah Islamiyyah di Turki, Melaka adalah salah satu tempat untuk membina semula ketamadunan Islam agar kerajaan khilafah tidak akan berakhir.

Namun perancangan tentera salib sangat teliti dan licik. Mereka telah berjaya menyekat kemaraan tentera Islam ketika itu. Melaka diserang bertubi-tubi agar tidak mampu bangkit.

Dan serangan itu dilakukan awal sebelum kejatuhan kerajaan khilafah Islam. Dan akhirnya, berkuburlah sudah kerajaan khilafah yang bertahan lebih 1000 tahun  lamanya.

Melaka kini.

Banyak meninggalkan bangunan-bangunan bersejarah. Setelah lebih 500 tahun lamanya Melaka dijajah dengan pelbagai kuasa besar yang silih berganti. Namun, Islam masih kekal sebagai nadi umat sehingga kini.

Aku kini.

Berpijak di atas bumi bersejarah, bumi yang menjadi saksi segala cerita berdarah dan pahit. Saat-saat tumbangnya pahlawan-pahlawan melayu. Yang dulunya kaya dengan adab resam yang mulia.

Kaum hawanya yang kaya dengan sifat sopan santun dan pemalu. Malu menghiasi diri setiap orang zaman ketikanya. Penuh dengan gaya bahasa yang menarik dan tutur bicaranya berhikmah, penuh kiasan.

Dan aku kininya,

Melihat sifat-sifat itu makin pudar ditenggelam zaman.


p/s: Lantunkanlah gemersik doamu di seluruh langit sepertiga malam, agar Dia dapat mendengar rintihanmu yang lirih mengharapkan keampunan dariNya.

4 comments: