Sunday, October 24, 2010

Kahwinlah sebelum terlambat…

khas utk muslimah sekalian..~>

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah wanita dianjurkan berkahwin apabila
telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan
sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun
lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw:
“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan
berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul
fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya,
“Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda,
“Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”


Berdasarkan sabda Rasulullah:
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat
perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka
masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak
akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang
keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita
yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan
pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati
suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha
suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang
berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala
jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia
menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi
satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak
akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika
memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada
neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan
diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih
istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah
kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal
bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.
Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan
mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang
mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti
pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak
akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak
perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di
dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang
rugi.
Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah
menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu
yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki
tersebut telah berkahwin.
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb

nikah lagi

4 comments:

  1. kahwin muda semestinya kadang-kala tidak disetujui oleh pihak keluarga walaupun sudah bertemu sekufu.berikan pendapat anda.bgaimana pula untuk mengatasinya?

    ReplyDelete
  2. sebaik2nya, eloklah dbwa berbincang oleh kedua2 keluarga tntng hbngan anak mereka.. kerana ank yg soleh sntiasa mndahului kedua org tuanya dahulu... Insyaallah, ibu bapa mereka pasti akn memahami kerana itulah yg disyariatkn Islam...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...dhon damaska. :) insyaAllah ...doakan kami...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah mea... amin.. semoga berjaya baitul muslim.. n_n

    ReplyDelete