Saturday, June 12, 2010

Hadis untuk renungan bersama

Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar nabi s.a.w. bersabda:" Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya"

(HR Muslim)


huraian...

Rumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari mencari keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan Allah S.W.T. Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan dan amat menggalakkan umatnya berkahwin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gejolak nafsu)."
(Bukhari)

rujukan daripada http://www.iluvislam.com/v1/hadis.php





Friday, June 11, 2010

Rancah kemasukan pelajar kolej matrikulasi teknikal kedah



Aku menjadi fasi?? iye ke ni???


macam tak percaye jer???


hahaha...


giler ar dhon...



Sebermulenye pemilihan fasi aku sap2, telah terpilih tanpa disedari oleh makhluk yg bernyawa..


pemilihan bukan kerana aku berbangsa polip mahupun bangsa portugis yang menjajah Melaka


tapi kerana ntah la...



Ni adalah seloka kami...



6 haribulan tarikh dinanti,

Bermula sebuah sketsa kami,

10 org perempuan 14 org lelaki,

yang dilantik menjadi fasi..




dari Kuantan hingga ke utara,

menaiki bas dimalam hari,

Krul paan kamal gerak sedia,

shahrul pulak datang hari ke-3..




Orang duduk kmtk die duk kmpp,

tido disane semalaman hari,

Madi, yana, c-ah, pasrah di hati,

Zafir dan Ikhwan still steady...




Kolej sedia bas, tapi nak pegi sendiri,

Katenye ade masalah traffic,

Dhon, shasha, zurina faten selangor mari,

Dieorang first sampai matrik.


.


dari Johor meredah ke utara,

nak kate penat memang tak terkira,

saki dan Paz datang berdua,

boleh claim tiket soalan 1st dia tanye..




Dari perak antara terdekat,

datang berenam sudah berpakat,

tapi Irwan main ngelat,

Hadi, Am, jimy, aziral, acap yang datang lewat..




Rumah dekat tp datang agak lewat,

Atin n farhana teman sejagat,

mule kate nak datang melawat,

tapi last2 die paling semangat..




iNi baru muqaddimah saje,

belum masuk bahagian kerja,

silap dan salah mohon dipinta,

Kalo rajin sumbanglah idea...


(dicedok dari K-rule Ne'mat)




hope diberikan kesempatan untuk berbakti pada kolej buat sekalian kalinye..