Friday, July 29, 2011

Dakwah: Aku, Lim Dan Islam

AKU, LIM DAN ISLAM

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.

Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku

masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan

pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman

remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya

menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah

ayahku yang amat digemarinya.

 

Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.

Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan

juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia

sering menjadi rujukannya padaku.

 

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk

melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa

yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah

menjadi penghalang persahabatan kami.

 

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya

mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari

kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan

pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon

bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk

menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

 

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu

Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang

kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now

Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah,

rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar

untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama

denganku.

 

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan

bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut

kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air

mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya

dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"

Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami

berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi

kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman

rakanku.

 

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.

beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is

my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang

Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?

Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan

oleh seorang bekas paderi kristian?

 

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di

dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan

dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan

dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan

kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati

seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam

adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang

dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

 

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,

penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada

roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong

bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

 

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau

kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah

berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi,

jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir

kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan

betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil

kafir.

 

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah

benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk

memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku

faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan

memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan

segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

 

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim

yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20

orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini

(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan

Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat

dilahirkan sebagai Islam.

 

P/s : Sedar-sedar saya tengok artikel ni dah banyak disebarkan. Jadi saya rasa tak salah kalau kita sebarkan sekali lagi buat mereka yang belum mengetahuinya sebagai Tauladan bersama.

credit to link

Monday, July 11, 2011

Cinta bersulam noda

Maha suci diriMU...

dimalam sepi kusujud menghadapMU

mengharap magfirah dariMU tuhan

oh tuhan yang maha Esa

kucemari hidup dengan kesesatan

membuta hati yang sering terleka

terasa jauh diriku dari tuhan

dengan godaan syaitan

ku tahu Dialah penerima taubat

walaupun ku sering tinggalkan suruhan

berilah kesempatan ini untuk berubah

cintaku dambakan hanya padaMU oh tuhan

terimalah permintaan dariku hambaMu yang hina

kusering berjanji namun sering kumungkiri

janji yang tidak pernah lagi kutepati

kupasrahkan segalanya padaMu oh tuhan

jangan Kau paling hati ini dari kebenaran

andai esok nafasku terhenti disini

kumohon jauhkan diriku dari azab-MU

maha suci tuhan kami...

ampunkanlah dosa-dosa kami..tempatkanlah kami disyurga firdausiMU

cinta kami untuk MU...subhanallah..hati kami untukMU..

p/s: "salam sesuci titis qatrunada..

buat gadis seindah penghuni syurga

yang maharnya iman dan taqwa

lalu dihiasi harum tulusnya cinta

buatmu puteri kudoakan untaian mutiara solehah

teruntuk buat bidadariku… =D"