Friday, October 17, 2014

Hampir kesitu..

Adakalanya kita rasa kita mahu hampir ke syurga.

Tapi perjalanan itu masih panjang. Kita tidak pernah sedikitpun mahupun hampir di syurga Tuhan. Bayangan, dosa silam menghantui sepanjang perjalanan.

Namun sinar harapan, untuk terus berusaha, menjadi hamba sebaik mungkin. Tiada pernah surut. Malah mengibar azam dan harapan. Jalanku disoroti dengan nian pelita yang hampir padam. Segelap titik hitam yang mendiam dalam hati.

 

Inilah hamba yang penuh sekali dengan kesalahan pada PenciptaNya. Tiada pernah kenal erti sesal dan taubat. Istighfarnya hanya bermain dibibir. Melakarkan symposium atas angin yang sia-sia.

Setiap bait katanya, akhlak dan perilakunya di khalayak ramai, senyiur daun yang melambai. Melayarkan orkestra “Konserto Terakhir”.. Indah di pandangan tuan dan hamba.

 

Inilah hamba, walau beribu kali sesal di utarakan. Semaraknya bak bah memukul pantai. Namun akhirnya surut ke samudera. Walau beribu kali sesal ku bisikkan padaMu Tuhan, namun adakah pada akhirnya jalan ku akan kembali ke muaraMu ?

atau ia akan berhilir ke arah lembah yang membakar.

 

Sungai kehidupan ini masih mengalir, sederas arus dunia yang menghambatku ke perosok sana. Tiada dahan untuk ku berpaut. Hanya menanti sinar hari esok. Pulang ke pangkuan ribaMu.

 

Hanyalah padaMu doa dan harapan. Dan tawakal setinggi awan. Usahaku untuk meraih redhaMu yang hanya tinggal kini, dan untuk selamanya. Selama nyawa direlung jantung.

 

..

 
 
 
 
 

p/s: Jumaat, 17/10/2014. Kak Ema jiran rumahtangga ku telah kembali ke rahmatullah. Semoga Tuhan berkati roh dan amalannya. Hidup ini hanya sementara. Itu yang aku cuba sampaikan pada diriku. Kenapa aku masih tidak mengerti. hm ~