Sunday, August 19, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum, pada sahabat semua yang peminat setia belog ni, cewah..

Walau langkah tidak bertemu..

tangan tidak berjabat..

ucap tak terdengar..

mata tak bertatap..

Tapi izinkan hati..

Memohon seribu kemaafan di atas salah dan silap..

Di atas segala penulisan saya sepanjang berbelog mahupun di facebook ! dan selamanya kita bersahabat  (っ◕‿◕)っ ♥

Selamat hari raya Aidilfitri !

Maap zahir dan batin. ‎

Nak duit raya meh datang rumah, InsyaAllah mak bagi. Paling kurang rm5. Serius-serius, saya tak pernah menipu bab-bab ni. Dan maaf, takda kad raya nak bagi. T_T

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Buat sahabat seperjuangan, ana malas segan nak mesej tiap-tiap seorang, so dikesempatan ini ana ingin mengucap disini sahajalah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri !(tahun ni sekali lagi, beraya tanpa isteri, hmmph~ layan je la)

terimalah serangkap-duarangkap pantun dari ana,

Ingat Ogege ingat dhon..

Selamat tinggal bulan Ramadhon..

...

Bagai kancil dengan buaya,

selamat hari raya..!

...

Memetik ulahm di pinggiran Jawa,

Dihidang bersama bunga seroja,

Andai ajal pemutus bicara,

Doakanku bahagia di akhirat sana..




p/s: Maaflah tahun ni tak dapat buat open house, sebab malas nak tebuk dinding rumah. halalkan segala makan minum dan perbuatan saya yang melampaui batas super saiya yang ketiga.! Serius, saya memang tak boleh jadi fasi or kedepan dalam mane-mane program, so don’t force me to do that oke! Ye nanti saya akan belajar perlahan-lahan. Dan mane-mane gerak kerja yang terbantut kerana ana, saya minta maaf dengan luhur batin. Mane-mane yuran program yang saya tak bayar lagi silalah tuntut sementara ada duit. Dan... banyaknye dan, dan mane-mane program yang saya kurang beri kommitment, saya pun minta maaf. Dan siapa-siapa yang ada terasa hati ke, jantung ke, limpa ke, dengan saya, pun saya minta maaf. Dan mane-mane mesej yang tak terbalas/malas balas silalah mengerti bahawa saya enggan. Tapi kalau terasa saya minta maaf. Biasalah, masa tu iman turun naik. Dan kalau tak silap, waktu tu saya ada terumpat seorang muslimat, harap-haraplah muslimat tu bace mesej ni dan maafkan saya. Saya betul-betul terlepas cakap depan muslimin yang lain. Nak minta maaf depan-depan segan pulak. So maafkanlah saya wahai muslimat yang baik hati.. Dan juga, saya pernah buat salah seorang muslimat marah(muslimat lagi, ade masalah hati aku nih, kih kih kih..) dengan berkata sesuatu yang kasar, so maafkanlah saya. Dan.. Tahun ini saya beraya dekat kampung. Dekat setahun saya tak balik kampung. Kalau ade ape-ape nak tempah, sila jangan. Saya balik kampung nak tenangkan fikiran. oke, selamat tinggal semua, selamat tinggal Malaysia..!

Kalau ada sumur diladang,

boleh hamba menumpang mandi,

kalau ada umur yang panjang,

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi..

Annyeonghi gaseyo!

Sayonara!

Farewell!

Au revoir!

Adios!

La Tahzan! erk. =,=”

behindofme321.tumblr.com

Sunday, August 12, 2012

Diriku bagaikan Murabbi?

Bagaikan tidak percaya tatkala diri dipilih menjadi seorang naqibah. Berhari-hari diriku sukar untuk melelapkan mata dan terasa berdebar saja hati ini kerana risau memikirkan amanah yang berat yang harus dipikul ini. Ianya bukanlah suatu yang perlu dibanggakan tetapi ini adalah ujian untukku yang lemah ini.


Rasulullah saw. bersabda, “Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.” (Ahmad dan Ibnu Hibban)


Buat adik-adikku, akak menganggap adik-adik adalah amanah yang besar yang telah Allah kurniakan kepada akak. Akanku pegang dengan erat dan takkan ku lepaskan ia bagai layang-layang yang terputus talinya yang akhirnya hilang entah ke mana..

Andai dirimu jatuh, akan ku sambut dengan teguh. Andai dirimu dirundung masalah, diriku juga bersedia menjadi pendampingmu tatkala susah atau senang. Andai kata kita ditemukan lagi di akhirat nanti, ku berharap agar diriku dan dirimu bersama bergandingan menuju ke syurga nanti. InsyaAllah... we are sisters till JANNAH! (◕‿◕)っ

Diriku berharap agar adik-adik yang bakal bersama-samaku nanti akan berjaya menjadi seperti serikandi-serikandi Islam seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah Az-Zahra, Rabiatul Adawiyah. InsyaAllah…=) Chaiyok anak-anakku!!


“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

 
        
Semoga kita semua dapat menjadi sebaik-baik sahabat, UKHUWAH FILLAH insyaAllah TILL JANNAH… Dengan kekuatan dan kudrat yang dianugerahkan oleh Allah ini, selagi nyawa masih di badan, akanku jalankan amanah sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini dengan sebaik-baiknya. Dengan izin dari Allah..


Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah. Para malaikat serentak berkata, Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjungMu dan mensucikanMu? Seraya Allah menjawab, Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

Shared



p/s: ingat ye pesan akak ni, ta mo nakal-nakal. Belajar bersungguh-sungguh. Akak baru sedar akan kepentingan komitmen baru-baru ini. Jangan malas-malas pergi usrah. erm.. sejak bile aku jadi akak nih? emph..bedal je la 

Wednesday, August 8, 2012

Dear me

Berlalu sudah 18 Ramadhan. Lupa nak wish pada diri sendiri, sanah helwah ye Dhon. (Haha.. Forever alone) Dengan ini genap sudah umur ku 22 tahun. Tua kannn?

18 Ramadhan 1411H -18 Ramadhan 1433H. Tapi kalau ikut kalendar Al Masih, umur masih lagi 21. Tapi takpelah, 21 pun boleh lagi mengundi. Haha. Tengah dalam proses ok.!

Tak ramai orang sambut besday guna kalendar Islam neh. Mereka semua sambut guna kalendar ikut matahari. Ala..macam bulan ikut matahari tuu. Macam malam ikut si…ok cukup! nanti ada yang sindrome membaca blog.



p/s: salam kemaafan buat sesiapa yang mengenali dan tak mengenali diri ini. Saya tak mampu menjadi sempurna, dan selamanya tidak akan sempurna, tapi saya teringin tinggal di Sampoerna, Sabah. 

 

-Dafinullah, 8.32 am-
-8 August 2012-