Monday, February 18, 2013

Selayang pandang

Lama sudah terhenti bicara di sini.

Aku fikir mahu sambung semula untuk edisi yang baru.

Moga kali ini benar-benar menjadi.

Tapi aku hanya merancang.

Dan DIA jualah yang menentukan segalanya.

Kerana pasti ada saat ketika diam menjadi pilihan.

Ketika kata itu sentiasa menjadi bumerang

yang sering kembali menyakiti diri.

.

Wahai hati..

Teruslah seperti ini.

Mengingati-Nya dalam awal rasa yang terus bersambung

.

.

.

.

Kini tersenyum perih

Di antara tebing yang curam aku terpejam

Di lukis Tuhan akan birunya langit siang ini

Saat matahari benar-benar terik dan langit begitu biru

Saat kita selalu melihat pada keringnya tanah

yang mula retak di bawah kaki

Rabbi..

Mudahkan langkahku,

tunjukkan jalanMu,

ini bukan puisi, bahkan bukan jua lagu.

drama apatah lagi.

cuma idea..

idea..

aku dah takde idea..

hahaha !! Idea !!!


MANA IDEAAA…!!!!!
.

ARGHHHHH…!!!

.

JEM KRENGGG.!!


.

p/s: Maka jangan paksa aku menulis. Haru dibuatnya. Kah kah kah. erm.
.

farewell my friends..

sem baru bermula. entah ke berapa kali nak azam, moga kali ini benar-benar menjadi.

Saturday, February 2, 2013

Usrah cendol

Bismillah.

Terasa ingin berkongsi. Pengalaman dari seorang senior dengan ustazahnya.

Ustazah: “Berikan satu sebab kenapa enta nak kahwin ?”

A: “Sebab nak ramaikan umat Nabi Muhammad laa ustazah” jawabnya kukuh.

Ustazah: “Kalau sebab itu, jawapan enta masih tidak kukuh. Kenapa enta tak kahwin empat je. Kan lagi senang nak meramaikan umat Nabi.”

Ustazah: “Kalaulah isteri enta tak dapat lahirkan anak, enta kahwin lainlah. Macam tu?”

Ustazah itu menambah.

A: “Habis tu sebab ape lagi.. huhu”

Ustazah: “Enta bila nak kahwin, enta kena tahu tujuan sebenar nak kahwin, iaitu untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Kalau isteri yang enta nak kahwin tu, tak kiralah walau secantik mana pun dia, tapi kalau dia tak dapat meningkatkan ketakwaan enta kepada Allah, maka pernikahan enta sia-sia.”

Ustazah itu menyambung.

Ustazah: “Seorang isteri yang baik, dia mesti dapat menyempurnakan agama kita.. Dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah, itulah orang yang selayaknya kita nikahi.. Jawapan kita kena betul-betul mantap !!”

Ucap ustazah itu panjang lebar sehingga membasuh fikiran seniorku habis-habisan.

.

.

Ada sahabat lain bertanya, macam mana kita nak tahu bahawa jodoh itu adalah baik untuk kita, sedang kita tidak dapat nak mengukur ketakwaan ?

Jawapannya mudah, Istikharah.

Sehingga hati betul-betul yakin yang itu pilihan kita.

.

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.

[Ar-Rum: 21]


p/s: Alhamdulillah, petang itu aku dapat merasakan cendol yang istimewa, ianya bertambah istimewa kerana ada orang belanja. :D

Senior itu ada menambah bahawa lambakan mahasiswi dari jurusan medic di Mesir sedang mencari-cari pasangan hidup.
:3