Saturday, February 2, 2013

Usrah cendol

Bismillah.

Terasa ingin berkongsi. Pengalaman dari seorang senior dengan ustazahnya.

Ustazah: “Berikan satu sebab kenapa enta nak kahwin ?”

A: “Sebab nak ramaikan umat Nabi Muhammad laa ustazah” jawabnya kukuh.

Ustazah: “Kalau sebab itu, jawapan enta masih tidak kukuh. Kenapa enta tak kahwin empat je. Kan lagi senang nak meramaikan umat Nabi.”

Ustazah: “Kalaulah isteri enta tak dapat lahirkan anak, enta kahwin lainlah. Macam tu?”

Ustazah itu menambah.

A: “Habis tu sebab ape lagi.. huhu”

Ustazah: “Enta bila nak kahwin, enta kena tahu tujuan sebenar nak kahwin, iaitu untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Kalau isteri yang enta nak kahwin tu, tak kiralah walau secantik mana pun dia, tapi kalau dia tak dapat meningkatkan ketakwaan enta kepada Allah, maka pernikahan enta sia-sia.”

Ustazah itu menyambung.

Ustazah: “Seorang isteri yang baik, dia mesti dapat menyempurnakan agama kita.. Dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah, itulah orang yang selayaknya kita nikahi.. Jawapan kita kena betul-betul mantap !!”

Ucap ustazah itu panjang lebar sehingga membasuh fikiran seniorku habis-habisan.

.

.

Ada sahabat lain bertanya, macam mana kita nak tahu bahawa jodoh itu adalah baik untuk kita, sedang kita tidak dapat nak mengukur ketakwaan ?

Jawapannya mudah, Istikharah.

Sehingga hati betul-betul yakin yang itu pilihan kita.

.

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.

[Ar-Rum: 21]


p/s: Alhamdulillah, petang itu aku dapat merasakan cendol yang istimewa, ianya bertambah istimewa kerana ada orang belanja. :D

Senior itu ada menambah bahawa lambakan mahasiswi dari jurusan medic di Mesir sedang mencari-cari pasangan hidup.
:3 

7 comments:

  1. amboi.. ye la dhon.. semoga mendapat yang dihajati..

    ReplyDelete
  2. tapi hajat ana nak cendol wahab's special je.. haha

    ReplyDelete
  3. eh bukan hajat tu dah dapat ke?? ke hajat nak makan lagi cendol ?? makan dan makan..

    ReplyDelete
  4. ABC , sedap.

    dan.
    pergilah mencari si cik doktor mesir itu. siapa tahu itu jodoh anda, kan?

    may Allah ease.

    ReplyDelete
  5. Zuwie: ya, nafsu itu tidak pernah puas.. ana nak makan sepuas-puasnya.. hahaha *gelak jahat*

    Aku-bukan-robot: abc ade jugak, dan semua sedap.. insyaAllah, suatu hari nanti.. erm

    ReplyDelete
  6. tq bos.....mcm thu2 je aku perlukan benda2 mcm ni time ni....hahahaha

    ReplyDelete
  7. aku faham perasaan ko nik.. aku faham.. :3

    ReplyDelete