Dengan Asma Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Alhamdulillah, sudah genap setahun umur belog ini sejak dilahirkan. Macam2 bende telah pun saya post dan yang ini mungkin terakhir. Mengimbau balik entry yang pertama saya post, parut kemaafan membuat saya terus bersemangat untuk terus menulis menyebar nasihat dan pedoman2 yang berguna pada masyarakat. wah, gitu sekali. tak jugak, ia lebih kepada diri ini khususnya agar terus istiqamah di jalan Allah. Memberi panduan berguna dan peringatan agar diri ini tidak terus leka.
16 Mei telah pun berlalu tapi masih sempatkan saya mengucapkan selamat hari guru. Cikgu-cikgu ku sekalian…,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Jika hari ini Dhon Damaska dah pandai menulis bermadah bicara
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Oh, cikgu ku.. Segala jasa anda semua tidak terbalas. Semoga Allah merahmati kamu sekalian buat guru2ku yang mengajar sejak dari tadika kemas, srk padang tembak 1, smk padang tembak, sm teknik juasseh, japan malaysia technical institute, km teknikal kedah, dan utem. Kalau nak kira berapa ramai cikgu yang pernah mengajar aku memang ramai. Jadi pada guru2 yang mengenali diri ini, salam kemaafan dan mohon halal segala ilmu yang pernah dicurahkan.
Dan pada dunia blogging, selamat tinggal saya ucapkan. Dengan kebebasan suara yang diberikan semoga kita dapat memanfaatkan sebaiknya demi kepentingan ummah. Jangan sesekali didorongi dengan hawa nafsu dan amarah, dan mestilah tegas dalam menyampaikan amanat. Semoga Allah memberkati jalan kita semua.
salam wida’.~
p/s: InsyaAllah, bulan 7 nanti saya kembali berblogging.. tk berhenti mana pun, cuma bakal mendalami ilmu di negeri cik siti wan kembang..hehe~
selamat meneruskan perjuangan di klate..;)
ReplyDeletesyukran ya ukhti.....
ReplyDelete