Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, lama rasanya tinggalkan belog ni, n_n. Final exam dah pun berakhir seminggu yang lalu dan kini masa yang terbaik untuk merencana cuti yang panjang.
* * * * * *
Barangsiapa mengejar akhirat nescaya dunia akan berlari mengejarnya. Tapi persoalannya, berapa ramaikah yang mengejar akhirat? Kita perlu fikir masa hadapan kita. Bukanlah rumah tangga. Tapi amal ibadat. Cukupkah dengan mengerjakan ibadat wajib sahaja? Nak syurga tapi pelaku tak seindah syurga. Jadi layakkah kita?
Saudaraku, pulanglah ke jalan Islam. Islam yang syumul. Jalan para anbiya’, wali, salafussoleh, ulama. Andai engkau terhanyut, maka capailah akar itu! (akidah). Janganlah sesekali kau melepaskannya dan jangan pernah cuba meninggalkannya. Sungguh tiada putus asa melainkan orang yang kafir.
Benar. Singkatnya hidup dan betapa indahnya Islam. Apakah keindahan dunia cukup bagimu?! Dan syurga disana jauh lebih baik seandainya kita mengerti. Kenapa hendak diturutkan kafir sedang terang sudah jalannya salah. Mengapa diladeni si nafsu yang licik? sedangkan ia beribu tahun lamanya di bakar di dalam neraka. Apakah itu yang kita mahu?! hah?!! tanya pada iman, dan jawablah dengan iman jika benar engkau seorang yang beriman.
Maka kini khabarkan kepadaku, adakah nafsu itu tuanmu?
No comments:
Post a Comment