Saturday, July 13, 2013

Khilaf..

Semester lalu

Tentang seorang insan yang pernah melakukan kesilapan. Kesilapan yang memungkinkan dia tidak akan memaafkan dirinya.

Tentang susuk tubuh itu;

Aku ingin berkata padanya,

;-

“Wahai insan.. Dikala kesedaran itu sudah hadir menimpa dirimu. Usahlah memanjangkan lagi derita hati. Ia sama sekali tidak akan memungkinkan dikau untuk kembali ke masa lalu, mengubah kesilapan yang pernah kau lakukan. “

“Tatkala itu, berserahlah dirimu sepenuhnya pada rabbi. Kerna Dia yang maha berhak mengadili segala. Usah tangiskan kesilapanmu. Bahkan, katakanlah.. Adakah orang di dunia ini tidak pernah melakukan kesilapan ?.”

“Berlaku jujurlah terhadap dirimu. Usah khuatirkan hukuman. Jalani sahaja apa yang telah ditetapkan buatmu. Kerna sungguh itu adalah pengajaran yang terbaik dari Tuhanmu.”

“Moga kali ini dan selama, pengajaran itu berbekas di hati. Lantas menyerap dalam diri. Bangun dan bangkitlah berdiri. Engkau belum tewas, wahai.. Sungguh engkau tidak sama sekali gagal, cuma belum berjaya.”

“Lanjutkan tekad dan padukan usaha. Dan letakkanlah Allah kebergantungan yang tinggi. Dan lahirkanlah selawat buat kekasih junjungan besar. Jangan nangis. Kerna aku pun tidak mampu melihat kau menangis lagi.”

.


sungguh semester lalu membabitkan kedukaan yang cukup dalam. Sehingga tenggelam diri ni. Rasa lemah dalam jiwa. Tapi apa kalau sekalipun aku tidak ambil iktibar ? Hanya taip disini ─ sembang.

-

No comments:

Post a Comment