Friday, July 29, 2016

Kesetiaan

Jadi inilah akhirnya sebuah cerita yang penuh kepalsuan. Sebuah cerita yang seakan akan realiti. Memaksaku percaya di segenap ruang dan penjuru. Peluang dan percaya. Dalam sedar engkau berdusta. 


Tapi aku sesekali tidak akan menyalahimu duhai sayang. Kerna segala apa yang telah terjadi adalah suratan takdir. Takdir yang memaksa aku untuk mengenalimu. Memaksa peritnya dibohongi dan dicurangi. Sudah menjadi suratan tuhan mengukir jalan ku begini. Agar bisa aku belajar erti menghargai seseorang yang menyayangiku terdahulu. 


Kini penglihatanku telah tegar. Setegarnya hatimu tika mendustaiku. Perasaanku mulai tawar untuk mengisi piala hati ini. Sesudahmu, tiada lagi yang bisa membuat hati ini kembali mewarnai seni seni jalan ini. Dan hujan pun kembali menemani titian hati. Biarlah takdir berbicara sendiri. Tentang mana arahku berjalan, dan pada dahan mana aku patut berpaut. 


Qada' dan qadar sedang berjalan. Menguji keimanan ku pada sang Khaliq. Akan ku tempuhi hari esok dengan penuh keredhaan. Mengharap ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Pengalaman yang lalu adalah sebuah pengajaran telus dari tuhan. Akan ku ucap dengan indah, sebut namaMu tuhan, yang maha pengasih. Ampunilah diri ini. 


Maafkan aku. Bukanlah insan yang jahat, hanya cuba untuk menjadi yang terbaik. 
Walau langkah sering tersungkur, di pintu syurga. 


Friday, July 22, 2016

Random

Aku ada seribu satu masalah, dan kamu bukan diantaranya. Bila fikirkan akan masalah yang aku hadapi, aku yakin bahawa Allah lebih besar dari masalah aku. 

Aku boleh move on, lupakan kamu. Tapi aku juga seorang manusia biasa. Tidak teganya hati ini melepaskanmu disaat kamu diuji Tuhan dengan musibah berganti ganti. And how I wish to be there with you when the storms come. I wish I could be the person you can hang-on to, wipe your tears and a person you can lean on. 

Aku tahu, kini semuanya telah menjadi mustahil bagi kita untuk menyatu. Terlalu banyak alasan untuk memisahkan kita. Percayalah, hati ini tidak pernah dan tidak akan sesekali meninggalkanmu. Walau kini kau menyingkir pergi dari arena hidupku. Atau mungkin hadir yang konon setanding dirimu. 

Ketika hidup harus memilih, dan bila pilihan terlalu sukar sehingga ada yang terluka. Maka biarlah tuhan saja yang berbicara, menentukan nasib, jodoh dan ajal kita. Terima kasih untuk segalanya. Telah ku pahat namamu dalam doaku.