Thursday, September 1, 2011

Perangi nafsu!

Bismillah.

Salam pembuka bicara. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita melangkah ke bulan syawal setelah sebulan melalui madrasah tarbiyah Ramadhan. Semoga amal ibadat sepanjang bulan itu diterima oleh Allah.

Sudah menjadi kezaliman kelaziman pabila menjelangnya Ramadhan Syawal, kita dihidangkan pelbagai aneka kuih muih, juadah, lauk pauk, dan pelbagai aneka menu lagi bagi menyerikan syawal ini.

Justeru, apa yang sudah kita belajar melalui madrasah Ramadhan sebelum ini?

Sebulan penuh Allah cuba mendidik kita, membentuk kita dengan puasa iaitu menahan segala hawa nafsu dan perkara yang membatalkan puasa. Dan akhirnya nafsu yang selama ini dipendam-pendam dilaharkan juga pada syawal ni.

Alahai nasib perut, terpaksa bekerja keras untuk sebelas bulan yang akan datang. Maka berlumba-lumbalah mereka memenuhkan isi perut mereka setelah habis sebulan tertahan-tahan menahan gejolak hawa nafsu untuk makan makanan yang diinginkan.

Ternyata Ramadhan yang berlalu hanyalah salah satu pit stop untuk beribadat sepenuh hati mereka. Bagi mereka Ramadhan hanyalah bulan ibadat, bulan yang harus dicurahkan tenaga bagi mengekang nafsu ini. Bulan lain tak payah la yer?

In fact, nafsu itu patut diperangi sepanjang tahun. Bukanlah hanya pada bulan tertentu sahaja. Bahaya ikutkan nafsu. Nafsu sering mendorong kepada keburukan. Nafsu itu cenderung ke arah kejahatan. Tapi ingat, kita hendaklah kawal nafsu bukan bunuh nafsu itu sendiri.

Ingat apa yang Nabi ajar. Hendak kawal nafsu melalui puasa. Dengan puasa nafsu akan menjadi lemah. Bila dah lemah segalanya akan menjadi lebih mudah.

Sempena lebaran yang menjelang ini, aku ingin menyusun jari kaki hinggalah ke tangan seandainya banyak kata-kata nista yang dilontarkan sejak memasuki arena tiada sempadan ini. Meskipun Arsenal kalah 8-2, anggaplah kita seri 8-8 sama.

(‾˛‾")

No comments:

Post a Comment