Wednesday, April 11, 2012

Perang Jamal

Sedikit ilmu dicedok dari Novel tauhid, Sebarkan Cinta-Mu (Fatimah Syarha Mohd Noordin).

Kekacauan ini merebak sejak berlakunya pembunuhan ke atas Khalifah Uthman bin Affan. Uthman dibunuh dengan kejam kerana fitnah dan hasutan yang di api-apikan oleh Abdullah ibn Saba’, seorang yahudi.

Dia bergerak dari Hijaz, Basrah, Kufah dan Syam bagi menimbulkan perpecahan dan salah faham.

Selepas Uthman dibunuh, Ali dilantik menjadi khalifah. Suasana umat Islam ketika itu berada dalam kekacauan, perpecahan, kesedihan dan penuh kemarahan kepada pembunuh Uthman.

Para sahabat berbeza pendapat ketika itu. Ada golongan yang mendesak supaya disegerakan hukuman kepada pembunuh Uthman. Manakala golongan kedua meminta supaya ditangguhkan dahulu hukuman itu sehingga keadaan mengizinkan. Ini kerana golongan pemberontak yang membunuh Uthman agak kuat pengaruhnya ketika itu.

Golongan pemberontak, iaitu pengikut Abdullah ibn Saba’ semakin rancak menabur fitnah, kononnya Ali bersekongkol dengan mereka. Keterbatasan komunikasi ketika itu menyulitkan keadaan lagi keadaan.

Apabila desakan menghukum segera pembunuh Uthman ditangguhkan oleh Khalifah Ali, maka Aisyah, Thalhah dan Zubair menuju ke Basrah dalam satu angkatan bagi mengumpulkan kekuatan.

Mereka mahu bertindak menghukum golongan pemberontak yang membunuh Uthman.


Sayyidina Ali bertindak menghantar utusan untuk bertanya kepada Ummul Mukminin Aisyah dengan penuh hormat akan tujuan rombangan itu ke Basrah. Aisyah menjelaskan bahawa dia hanya mahu membela kezaliman ke atas Uthman dan mengadakan  perdamaian sesama mereka.

Utusan Ali menjelaskan, hasrat membunuh balas pembunuh Uthman adalah baik namun kesan kerosakannya lebih besar buat masa sekarang, kerana pemberontak dikelilingi kekuatan ribuan orang. Perlu masa yang sesuai sehingga kekuatan mereka dapat dilemahkan.

Hasil perbincangan itu, akhirnya Aisyah, Thalhah, dan Zubair memberikan janji setia kepada Ali. Aisyah pun menghantar wakilnya menemui Ali dan menjelaskan tujuan mereka hendak berdamai. Mereka sangat gembira dengan persetujuan ini.

Ali bangun berkhutbah mengatakan bahawa esok beliau akan menemui Aisyah dan angkatannya untuk berdamai. Beliau melarang mana-mana golongan pemberontak mengikutinya.

Golongan pemberontak menjadi takut kalau-kalau Aisyah dan Ali bersatu menyerang mereka. Lalu mereka berbincang sesama sendiri dan bertekad mencetuskan api peperangan antara Ali dan Aisyah.

Maka menjelang Subuh mereka menyerang rombangan Aisyah dan Ali secara serentak sehingga kedua-duannya menyangka pihak satu lagi mungkir janji.

Pada saat itulah tercetusnya Perang Jamal.

Kedua-dua pihak menjadi mangsa fitnah. Hakikatnya, kedua-dua pihak mahukan kebaikan. Kedua-dua pihak dalam kebenaran.



P/s: Penulis merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Berpengalaman menjadi Peer Tutor di UIAM, Naqibah Study Circle UIAM, Fasilitator Pro-CAST Consultancy Sdn. Bhd, Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM, Ustazah di Sekolah Rendah Ibn Kathir, Gombak, Eksekutif Komunikasi Korporat di Kolej Teknologi Darul Naim, editor dan penulis di Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan sebagainya. Turut berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Kini, dalam proses menyambung Ph.D. link

P/s: Sebelum ni dalam kekeliruan, mengapa Saidatina Aisyah berperang dengan Sayyidina Ali sedangkan mereka kedua-duanya ahli syurga. Alhamdulillah, sedikit pencerahan ini dapat mengeluarkan aku dari lubuk kejahilan. huhuhu

Kbye je.

 

3 comments:

  1. salam alayk~ dah habis baca novel sebarkan cintaMU ni, seriusly banyak ilmu dalam tuh..
    p/s: jika dah habis baca congrates,, tapi if jika belum habis baca selamat membaca,, barakallhufik

    ReplyDelete
  2. wow dlm novel ade cite ni... terbaik...

    ReplyDelete
  3. Tanpa Nama: waalaikumussalam.. Alhamdulillah, baru sampai page 223.. jauh lg perjalanan...huhu

    Haffzone: novel tauhid... banyak ilmu dlm tu..

    ReplyDelete