Mungkin ibu lebih kerap
menelefon utk menanyakan
keadaan kita setiap hari..
Tapi
tahukah kita,
sebenarnya ayahlah
yang mengingatkan ibu untuk
menelefon kita?
…
Semasa kecil, ibu lah yg lebih
sering mendukung kita..
Tapi
tahukah kita
bahawa sebaik saja
ayah pulang bekerja dengan
wajah yang letih ayahlah selalu
menanyakan apa yg kita lakukan
seharian
…
Saat kita sakit@demam, ayah
sering membentak "sudah
diberitahu! jangan minum
ais!".
Tapi tahukah kita
bahawa
ayah sangat risau.??
…
Ketika kita remaja, kita meminta
izin untk keluar malam. Ayah
dengan tegas berkata "tidak
boleh!"..Sedarkah kita bahawa
ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah, kita adalah
sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah
pun melonggarkan peraturannya.
Maka kita telah melanggar
kepercayaannya...
Maka ayah lah
yang setia menunggu kita di
ruang tamu dengan rasa sangat
risau…
…
Setelah kita dewasa, ayah telah
menghantar kita ke sekolah@
kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu,
untuk keperluan kuliah kita, ayah
hanya mengerutkan dahi.tanpa
menolak, beliau
memenuhinya..
Saat kamu berjaya.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga…
…
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya…
…
Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa yang kita tidak tahu,
bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..
Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang untuk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita…
syukran akhi,tersentuh membacanya.
ReplyDeleteafwan atiq.
ReplyDelete