Saturday, May 5, 2012

Gelagat oh exam…

Tidak senang duduknya apabila tersangkut pada satu soalan.

Jemm !

Mata pun mula melilau ke kiri dan ke kanan memohon agar diberikan petunjuk. Bila pensyarah menoleh, buat-buat tengah berfikir sesuatu sambil tangan secara automatik memegang dagu yang tak berjanggut.

Pensyarah dengan tanpa rasa curiganya buat donno jer. “Hmm.. ini peluang baik !” Bisik hati mereka.

Bila pensyarah lalu di tepi, muka mula menunjukkan riak yang blur dan seakan-akan memerlukan sangat-sangat pertolongan. Dengan muka yang seadanya, berharap pensyarah dapat memahami komunikasi itu.

Namun pensyarah hanya menjeling sambil tersenyum. =)

“Aih.. ini bukan ke saya dah ajar dalam tutorial semalam, takkan tak boleh buat..?” Bisik hati pensyarah tersebut. Dalam hati mungkin ada berunsur geram, mungkin.

Usai pensyarah pergi, kepala dan gerak badan mula memainkan peranan aktif dalam mencari signal jawapan yang boleh dipercayai.

Kelihatannya ada yang bermuka pasrah dan redha, ada yang bermuka serius sepanjang masa, kelihatan tertekan, dan ada yang mula terbit rasa keinsafan dalam diri. “Kan bagus kalau selama ni aku belajar betul-betul…hmmph..”

Namun nasi sudah pun menjadi bubur. Habis lebur segala usahanya. Usaha? Study pun last minute, memang berhaklah mendapat balasan yang setimpal dan sewaktu dengannya.

Apa yang hendak disesalkan? adakah selama ini kita belajar untuk menjawab exam semata-mata. Kalau ya, then you should be regret forever !

But life is more than that.

Is more than you seat in the exam, and the you’ll be marked.

Is more than being someone who lives inside in his world.

Sometimes, you’ll be very happy with all of this after put yourself till the very end. Nevertheless, it’s up to Allah’s decision, because His the Most Successor Planner.



p/s: haih dhon.. macam ade pengalaman je buat semua nih.. kih kih kih. (gelak sambil menutup gigi)

p/s: Battleship adalah filem CGI yang terbaik, melihatkan daripada imaginasi producernya yang sangat tinggi. Imagination is the power, glad to be born as an engineer, at least I could be daydreamer. keh keh.