Friday, January 25, 2013

Seperti itulah dia

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

[An-Nur: 43] 

.

Seperti itulah awan. Jelas dalam firmanNya. Sentiasa bergerak perlahan, dan kemudian berlapis-lapis. Dan selepas itu kita pula melihat hujan turun dari awan itu.

.

Bila awan yang gelap disusuri pula kilat yang menyambar, kita hampir-hampir hilang pandangan. Kerana sinaran kilat yang terpancar dari celahan awan demikian sifatnya, terang.

.

Dan Allah berkuasa menurunkan hujan batu kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Demikian Allah memberi pelajaran pada kita, dalam susun atur kata yang indah.

.

Dan pengajaran yang terpalit hebat di dada !

...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Awan sebiru lazuardi
dilangit Serkam Pantai
terbias di mata jauhari 
dalam indah rona senja
aku qiam sejenak..
menanti sang autopsi
mampir ke mari..
ya, dialah
muslimetmhzzz..

Kacau samun.



p/s: Ada apa pada tulisan jika yang memberi rasa adalah Allah.