Aku hanya seorang insan biasa      
di dunia yang tidak biasa       
yang hidup dengan mimpi luar biasa       
Memiliki cerita-cerita yang hampir sempurna       
tapi tidak pernah sesekali sempurna       
dan tidak akan sempurna
..
sebenarnya kita sudah sama tahu      
tapi kita pura-pura tidak tahu       
kita hanya menutup sikap yang semakin melebar       
mula menjaga ucap yang semakin merayu       
berdiam kerana hati mula mendesah       
mencuba menjaga dengan cara kita
..
hanya terima kasih dan maaf      
Dua kata mewakili perasaan yang besar       
Baris-baris suara yang kau ucap sambil lalu       
hanya terima kasih dan maaf       
aku bukan seperti dulu…
B/h: Kerana luasnya rahmat Ilahi, maka hidup itu tidak pernah berhenti dengan ujian. Sekali gagal bukan bermakna selamanya gagal. Jika berputus asa, adakah ia akan mengubah nasib hidupmu ?
*monolog sendiri*
oh, Dhon.. tolonglah bangkit…!!
 
     
Kerana langit hanyalah langit,      
ia tidak boleh melihatmu bersedih
moga Allah permudahkan segala urusan sahabat ana ni, Dhon Damaska..amin. La Tahzan, innallaha ma'ana (^_^)
ReplyDeleteinsyaAllah.. terima kasih nami..
ReplyDeleteT_T
Sandarkan kekuatan pada yang Maha KUAT, bukan atas dasar semangat kerana ujian itu boleh ranap bersama runtuhnya semangat.
ReplyDelete