Showing posts with label takde kerje. Show all posts
Showing posts with label takde kerje. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Campak-belakang..

Pejam pelik pejam pelik, empat tahun sudah berlalu.


Pelik betul.

 

Masa berlalu bagaikan angin yang bertiup kencang. Menerawang meninggalkan daku asap yang berkepul-kepul di liang eksos motor, terkulat-kulat tidak berdaya. Meninggalkan ku seribu satu cerita dan pengalaman yang sangat berharga,

 

ketika berada di buminya Melaka…

 

Saat pertama kalinya memijak kaki di sini. Ku lihat serba serbi kekurangan di sana sini. Tanggapan ku meleset. Fakultiku merempat merata-rata. Itu cerita semester pertama.

 

Masuk semester kedua,

Fakultiku dipindahkan ke Cubic sana. Mulanya tak berapa berkenan. Banyak infrastruktur yang masih belum sempurna. Bumbung bocor sini sana. Bangunan pun masih lagi disewa. So, tiada apa nak dibangga. Pengajianku, ku teruskan jua.

 

Masuk semester ketiga,

Aku masuk tahun dua. Tapi kolej kediaman ku tercampak ke ceruk dunia. Aduh ! Jauhnya.. Tahun ni, ditaklifkan dengan bermacam-macam jawatan, tapi ya.. Hanya sebagai kuli sahaja. Tak hebat mana.

 

Masuk semester keempat,

Masih lagi berada di tahun dua. Dipenggal yang kedua. Belajar bagaikan nak gila. Pelajaran ku di ambang kejatuhan. Sedikit demi sedikit pointer jatuh tanpa rasa kasihan. Aku yang tercungap-cungap kebasahan.

 

Melangkah ke tahun tiga, ku mula membawa diri. Pergi bersama teman sekelas, serumah menyewa. Konon, yakin gila pointer akan naik. Tapi aku lupa, tanpa usaha kita tak kemana. Demikianlah nasib, bujang pak malang.

 

Sampai satu saat, pengajianku tergendala.

 

Aku hilang tiba-tiba. Kaki ini didorong Maha Kuasa, melihat sudut lain pada sebuah kehidupan.

Yang yakin, teramat yakin pada rezeki, ajal dan jodoh.
Yang tiada pada hatinya dunia.
Yang tidak mengejar sijil semata-mata.
Yang menghambakan seluruh penghidupannya dengan yang Esa.

Itulah hati yang mendendang harap. Pada kalam Allah, cintanya bersemi, mengimani dengan segenap leluruh dedaun yang berterbangan. Aku temuinya satu pelajaran, dalam satu semester yang panjang. Harga sebuah keyakinan.

 

Semester ketujuh baruku usai berlalu. Rentak langkahku masih layu. Sama seperti dahulu. Yang beda hanya satu. Azam aku untuk bergerak dengan lebih laju. Untuk mengejar langkah sahabatku yang telahpun beransur lalu. Takpe, biarkan sahaja. Jalanku, ternyata jauh lebih panjang tak seperti diduga.

 

Masih ada satu semester berbaki. Dengan imbuhan kredit yang sangat menggila. Mampu atau mampu ? Positifkan saja. Kerna aku yakin, disebalik kesulitan, ada kemudahan. Biar keruh air dihulu. Mungkinkah jernih dimuara ?

 

Untuk satu lagi arus yang akan ku lalui. Aku akan betah disini. Redah, dan lalui onak duri.

Bersendiri…

 

Telah tertulis suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya..


p/s: Lama tak menconteng kanvas putih ini disini. Post sekali sekala akan membuatkan ia sangat berharga. Bukankah begitu ? :)

 

.

Saturday, June 14, 2014

Panas..

Manusia.

Ada sahaja istilah yang digunakan bagi menampakkan sesuatu benda itu terjadi kerna ‘scientific reason’.

El-Nino lah.

Tsunami lah.

Katrina lah.

and to name a few.

 

Ketepikan segala istilah-istilah yang digunapakaikan selama ini. Seolah-olah menampakkan sesuatu benda besar itu terjadi kerana putaran alam, or some other reason relate to earth’s age. Or any other digestible reason that could be warm for some kind of creature to proceed destroying the nature habitat.

Fikirkan,

Kenapa benda ini terjadi ?

Sebab apa benda ini terjadi ?

Kuasa mana yang membuatkan ini terjadi ?

 

Tuhan, cuba menyedarkan kita. Betapa kita telah jauh melakukan kemungkaran dibuminya. Kita hamba yang berdosa. Tak pernah sekalipun kita cuba menyenangkan hati Tuhan kita, meraih redhaNya.

 

Padanlah Tuhan murka.

 

Panas … Panaskan ?

 


p/s: Guwa pun panas jugak nih. Baca berpuluh kali, tapi masih jua tak faham apa yang soalan cuba nak sampaikan . Oh final exam, be warmed.