Bismillah…
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, masih bernafas dalam meneruskan perjuangan tinggalan Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat sekalian. Serba-serbi ku coretkan disini bagi melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana diberi kesempatan waktu dalam mengerjakan amal ibadah dan menunaikan tanggungjawabku sebagai hambaNya.
Buat para sahabatku yang dikenali sekalian, ana Dhon Damaska, dan buat yang mengenali diri ini, ingin sekali memohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan bersama dan melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan taulan, sahabat handai, guru-guru yang mengajarku sejak dari kecil sehingga ke menara gading, dan yang lebih utama kepada kedua ibu bapaku yang mendidik aku dan membesarkan dengan penuh kasih sayang, Darwin bin Burhan serta Masnita binti Zaini. Ayah…ibu…terima kasih….
15hb akan menjelma sudah… juga menjadi tarikh dimana adik aku, Ahmad Amyrul akan menyambut hari lahirnya yang ke-10… selamat hari jadi Amy… Tarikh ini juga akan menjadi saksi dimana paper exam aku yang pertama akan dijawab… Rasa berdebar di hati menantikan hari tersebut, namun hanya tawakal meniti dibibir. Adakah aku mampu membuatnya? persoalan yang sering timbul dibenak fikiranku. Mahu atau tidak, aku tetap akan menempuhnya demi segulung ijazah, dan demi kerana Allah… Sesungguhnya tiada kejayaan yang semanis madu, jika tiada usaha sepahit hempedu… itulah jalan yang perlu aku rai’…
Buat sahabatku sekalian, gagal sekali bukan bermakna kita tewas, gagal adalah salah satu tangga kejayaan. Setiap orang pasti akan menempuhnya dalam mencapai sebuah kejayaan.. oleh itu ia amat memerlukan pengorbanan yang tinggi. Jadi tanamkan azam, tekad serta semangat untuk bangkit dari kegagalan seandainya kita pernah tewas dulu… Gunturkan segala keringat dan dahaga demi ilmu yang perlu diraih dan disemadi dalam diri…Semoga Allah merahmati kita semua…Amin..
Salam Perjuangan Sahabatku sekalian…
Good for your exam…(~^)v
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebitaufiq wannajah....
ReplyDelete* Good Luck for your exam...
ReplyDelete(correction)
Selamat pulang ke tanah air,Malaysia
ReplyDeleteYa tanpa nama.. selamat2... tp saya tk pegi keluar negara pun.. n_n
ReplyDelete