Seberapa hebatkah kita sebagai seorang pendakwah? Dan persoalan, mengapakah aku berdakwah? Mengapa aku ingin menjadi seorang dai’e? Firman Allah; "Dan hendaklah (ada) diantara kalian umat yang menyeru kepada kebaikan , memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari yang mungkar . Dan mereka itulah orang2 yang menang " (3:104)
Rasulullah S.A.W. juga ada berpesan dalam sabda baginda yang bermaksud: "Barangsiapa mengajak kepada petunjuk Allah, maka ia akan mendapat pahala yang sama seperti jumlah orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikitpun oleh pahala mereka" (HR Muslim)
Asy Syahid Imam Hasan al-Banna pernah berkata, "Jika antum tidak bersama da'wah, maka sekali-kali antum tidak bersama selainnya. Adapun da'wah, jika tidak bersama antum pasti ia akan bersama selain antum. Dan jika antum berpaling niscaya akan diganti oleh suatu kaum selain antum sedangkan mereka tidak seperti antum ".
Menyahut seruan itu, adakah aku benar2 layak digelar sebagai seorang dai’e. Apakah itu dai’e mengikut pengertianku? Sungguh aku benar2 lah insan lemah dan tiada daya melainkan daripadaNya.
(Dipetik dari sebuah artikel)
Seorang Daie bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan.
Sedangkan kita selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam
Seorang Dai'e mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit.
Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari
Seorang Daie amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat.
Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan
Seorang dai'e selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat
Seorang Daie suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri
Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain
Seorang Daie rumahtangganya dihiasi dengan biah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Quran atau nasyid-nasyid Islami.
Kita rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Quran, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak
Seorang dai'e menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar.
Kita sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain
Seorang Daie jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam.
Kita jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar
Seorang Daie menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.
Kita mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat
Seorang Daie memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.
Kita tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai
Seorang Daie tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.
Kita boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah
Seorang Daie sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam.
Kita menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah .
Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah.
Kesimpulannya, jalan dakwah tidaklah seindah yang kita harapkan, kerana ia memerlukan pengorbanan. Dakwah mengambil umur dan kehidupan. Tidak semua yang mampu beramal dengan apa yang kita katakan (termasuk diri ini),. Dan mampukah diri yang lemah ini menjadi seorang dai’e. Mampukah aku menanggung beban jihad yang bernoktahkan ajal? Ya Allah, ampunilah diri ini…
Adakah aku seorang dai’e?
p/s: sekadar renungan buat kita (hamba Allah) yang lemah.
credit to: murabbi
seharusnyer kite bergelar dai kn..
ReplyDeletetp layakkah diri ini..
tu la.. rasenye diri ni pun tak layak.. namun itulah yg akn dipersoalkan kelak.. so kite kena muhasabahlah diri sendiri selalu.. n_n
ReplyDeletesyabas,,astagfirullah
ReplyDelete