Kahwin dalam bahasa mudahnya bererti nikah. Hukum nikah pada asalnya merupakan suatu sunnah yang berat di mana dalam nas Hadis sebagaimana sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)
Masuk tingkatan 5 kita diajar dalam Pendidikan Agama Islam bahawa hukum nikah terbahagi kepada 5, iaitu:
1. | Harus | · hukum asal perkahwinan adalah harus |
2. | Sunat | · mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin |
3. | Wajib | · seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat |
4. | Makruh | · mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami |
5. | Haram | · seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini |
PERKAHWINAN MENYEMPURNAKAN IMAN
Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud; “Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.
(Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)
Jadi disini aku ingin berkongsi sedikit mengenai cara hidup Islam dari segi perkahwinan.
PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI
- 1. Maksud hadith Rasulullah s.a.w; “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
- 2. Peringatan daripada Rasulullah s.a.w; “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”. (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
3. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa."
4. Memilih pasangan daripada keturunan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Perempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan." (Hadis Riwayat ad-Daruqutni)
5. Memilih pasangan bukan daripada kerabat terdekat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum kerabat kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik."
6. Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."
7. Bagi kaum Adam, Islam menyarankan memilih pasangan yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
p/s: sambung part 2. Entry ni khas ditujukan buat ahli usrahku, seandainya kalau kamu sekalian membacanya, jadi tak perlulah aku akan membentangkan bab kahwin masa usrah nanti. Harap naqib dan sahabat2 sekalian faham. Aku nak taknak kawin lagi. Tak bersedia!!, waaaa… aku kan anak sulung, so korang kene fahamlah.. banyak tanggungjawab.. mungkin aku kawin lambat kot. InsyaAllah…
p/s: entri akan datang, Panduan mendirikan rumah tangga dalam Islam. Waa.. abg razman.. banyak ni saya bentang, lepas ni boleh la belanje saya RFC..kih3..n_n
zaman skrg..byk kapel leh kire wajib kawen sbb dah terjerumus dlm maksiat..
ReplyDeletein the same time..still xckup duet..cm tgh blaja o menganggur..leh kire makruh kn..
mane better..kawen o tak?
oh.. dalam konteks ni ptutlah kita buat nikah khitbah sbgaimana yg disarankan Ustaz Hashim... Nikah khitbah ni boleh la rujuk link ni http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7289
ReplyDelete