Friday, December 10, 2010

Mudahnya mencari isteri solehah

"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan. "Macam cari gagak putih," tambahnya.

"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi. Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.

"Belum lagi…."

"Kenapa?" dia pula tersenyum.

"Belum dapat yang solehah?" saya terus mengusik.

"Saya dah 28 tahun. Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak lah ni."

"Oh begitu...... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.

"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".

"Kalau tak jumpa, macam mana?"

"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"

"Apa syaratnya?"

"Syarat-syarat wanita solehah..mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."

"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.

UKUR TAKWA

"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.

"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.

"Tu yang pening. Takwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yang bertakwa!"

"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.

ADA CARA LAIN

"Saya tak paham. Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"

"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami solehCuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita".

"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi"

"Tapi, jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."

LEBIH TEPAT

"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. sebelum ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu. Tu yang kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."

TERLALU IDEAL

"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sebab nak jadi lelaki soleh?"

"Tak begitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."

"Ok juga tu! Serampang dua mata," katanya.

"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dengan tahap sederhana."

"Maksudnya?"

"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sebab sifat-sifat solehah itu 'on going process' (dibina secara berterusan). Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

"Boleh lebih kurang lah ni ye?"

"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."

"Apa kaitannya dengan yang kita bincang sekarang ni?"

"Gini, awak mesti lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman & takwa diri sendiri. Letakkan piawai tinggi untuk diri sendiri. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sikit.… nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."

"Oh saya faham"

"Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebaliknya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yang rendah. Tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan solehah yang tinggi. Itu silap!"

"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."

"Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."

"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa-apa yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)

Doa...-amalkan selalu-

"Ya Allah, rezekikanlah aku dengan cintamu,dengan orang yang mencintaimu,dengan cinta yang boleh mendekatkan aku denganMU.

sekadar perkongsian. credit to penulis yang tak dikenal pasti.

7 comments:

  1. Nak dapat yg solehah, kna jadi soleh dulu.. Takkan la si lelaki boleh sronok2 pegang tangan pmpn, tiba2 nak dpt pmpn yang belum pernah disentuh?...kan?...Kalu ikut logik pun dah boleh diterima pakai.,.Tmbah kalu ikut syariat Islam.. n_n

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah... betul, sy sokong... Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. semoga dipermudahkan olehNya.... n_n

    ReplyDelete