Tuesday, December 28, 2010

Apa yang terfikir itu ada!

Bismillah…

lame suda tak update blog, dek kerana malas nak update…wawawa…

justeru disini aku ingin mengarut sedikit, ermm, byk jgkla nak mengarut.. Senang kata, Apa yang terfikir itu ada! (tagline novel Rayyan Fantasi). Jadi! perkara pertama yang aku nak mengarutkan ialah mengenai hujung tahun ni yang bakal berakhir, haih……

secara kesimpulannya, byk jugak lah peristiwa yang berlaku disepanjang tahun ni. Aku malas betul la nak bercerita pasal ni cuma aku nak kongsi beberapa pengalaman yang tak boleh aku lupakan, hurmm.. tak jadilah… smile_tongue

baiklah, perkara kedua untuk dikarutkan, tahun ni merupakan tahun pertama aku masuk universiti (macam tak caya jer, tp percayala..) dan juga aku mengakhiri hidup sebagai student matrik (yang agak skema, orang katalah…) Hidup sebagai student matrik dengan student universiti amat berbeza betul, tapi aku lebih rindu lagi nak kembali ke matrik’s life. (agak seronok disitu..hehe) ape yang best matrik??? jika ditanye pada saya, hehe.. Aku diantara 99 orang pelajar batch pertama Kolej Teknikal Matrikulasi Kedah, gempak tak? tak gempak kan..hehe, Alhamdulillah.. believe it in replieys believe it or not! hahaha.. da mule da…

Okay, tak habis lagi mengarut.. pada mereka yang sudah bace sampai ditahap ini, bolehlah mengalihkan cursor anda ke arah penjuru belah kanan yang ada simbol (X) dan tekan. Gudluck! (p/s: kesian tgk korang bace bende yang tak bermanfaat, huhu) okay, beralih pada tagline tadi, Apa yang terfikir itu ada! Jadi aku nak tulis apa yang ada dalam kepala ni. Tengah mengerah pale otak jap…(bunyi gerudi…bunyi penukul yang tgh mengetuk paku) okay, dapat! sebenarnye aku baru keluar moto aritu tapi tadi nyaris2 aaccident, giler arr.. baru dapat lesen L (dan baru reti bawak, kih3…) tetibe brek tak makan plak dekat2 ngan traffic light plak tu, haih, mujur tak accident, Alhamdulillah ya Allah… panjang umur aku, ada hikmah nampaknye, iaitu lain kali jangan bawak laju2 ye cik abang…

Disempena tahun baru yang bakal menjelang, disini aku sebagai muslim, ingin sekali berpesan2 pada mereka yang diluar sana agar tidak melakukan perkara2 yang dilarang agama.. Maklumlah, waktu2 macam ni lah paling ramai orang buat maksiat… terutama sekali dekat KL.. tapi same je kan kat luar sana gak? wallahualam.

okay, da masuk waktu asar. Assalamualaikum w.b.t.

Thursday, December 23, 2010

"Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?"

satu artikel menarik dn tertarik untuk mengeposnye disini. sekadar perkongsian semata-mata (perkongsian lagi…kih3…) fingerscrossed

Tajuk: "Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?"

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat. smile_angry

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..” Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar. smile_angry

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas. heart

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. smile_embaressed

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini.

Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan!!" jawab Fikri.

p/s: sekadar pengajaran bagi muslimah2 diluar sana agar sama2 dapat membimbing suami masing2 yer… syukran jazilan… rainbow

link

Friday, December 17, 2010

Munakahat dalam Islam : part 2

بسم الله الرحمن الرحيم 

PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM MENDIRIKAN RUMAHTANGGA thumbs_up

1. “Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”.

2. “Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”.

3. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

4. Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahalanya.

5. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

6. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

7. Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…

8. Dua atau tiga hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat tiga kebaikan;

a) dilepaskan dukacita
b) ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah
c) mendapat rezeki yang tidak diduga

9. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;

a) Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
b) Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
c) Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
d) Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
e) Selepas memberi salam bacalah
f) Berdoa

10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.

11. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);

a) Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Berselawat atas Nabi
d) Tazkirah ringkas
e) Jamuan sekadarnya

12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan);

a) Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Selawat dan Marhaban
d) Syarahan agama berkaitan rumahtangga

Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.

LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHAYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI

1. Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).

2. Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.

3. Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta”.

4. Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

PERCINTAAN SELEPAS KAHWIN ITULAH YANG PALING DIREDHAI ALLAH heart

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:

1. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

2. Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

3. Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.

4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.

5. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Video dibawah ini khas ku dedikasikan buat calon, eh bakal isteriku yang belum ditemui siapakah gerangan beliau, dan seandainya beliau mendengarnya, errr… inilah maharku untukmu.. harap sudi terima daku seadanya.. huhuhu.… rose

Alhamdulillah, disini suka saya ingin berkongsi sedikit pada mereka yang diluar sana yang pernah jatuh putus cinta agar cuba mengamalkan doa ini. (saya tak pernah cuba lagi doa ni kos i’ve never fall in love yet, so those everyone outside there, why dont u give it try.. Insyaallah, if Allah will… smile_wink)

Doa putus cinta & mengatasi kekecewaan heart_broken

Caranya, letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian baca ayat ini..

Surah Ar-Ra’d-39: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh mahfuzh).”

Setelah baca genggam tangan kemudian buat isyarat membuang InsyaAllah… Amin..

link

Wednesday, December 15, 2010

Hanya 2 RODA!!!

Sedang anda leka menunggang motor di lorong tepi... tiba2x anda terdengar bunyi seretan tayar dari belakang & dalam sekelip mata anda rasa diri anda melayang, jatuh terhempas di atas jalan & anda sedaya upaya untuk bangun semula namun anda tetap berguling & terseret... bila anda buka mata anda, anda pandang ke sebelah anda lihat motor kesayangan anda terperosok di bawah kereta, anda cuba bangkit dalam keadaan lemah, anda lihat tangan anda kaki anda dipenuhi luka, pedih sangat... anda berdiri & berjalan terhencut2x & pada masa yang sama pemandu kereta tersebut tanpa sebarang luka berjalan menuju anda & bertanya... "adik ok ke? sy mintak maaf sangat2x... td sy x perasan adik... sy x sempat ngelak td..." apa agaknya jawapan yang anda akan berikan? Dengan semudah perkataan maaf & wang gantirugi sebagai ganti nyawa yang hampir terancam... Betapa rendahnya nilai nyawa kita di mata mereka.

Hanya 2 roda... inilah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh setiap penunggang motorsikal... Baik motor kapcai atau superbike, penunggang motorsikal sering menjadi mangsa diskriminasi jalanan... lihat sendiri statistik kematian melibatkan penunggang motorsikal... adakah semuanya berpunca dari penunggang sendiri? atau berpunca dari kecuaian mereka? Memang diakui, terdapat segelintir penunggang motorsikal yang langsung tidak mengendahkan keselamatan diri atau lebih senang ditafsirkan sebagai mat rempit. Tetapi harus diingatkan sekali lagi, bukan semua penunggang motorsikal adalah mat rempit & adalah tidak adil untuk meletakkan sepenuhnya beban kesalahan terhadap penunggang motorsikal jika berlaku sebarang kemalangan. Acap kali kita akan mendengar mulut2x orang berkata jika berlaku kemalangan "elok mampos je budak ni, bawak motor menyusahkan orang"..... "Budak ni bawak laju ni".... "Lori depan mata tak kan tak nampak".... "padan muke ko" sedih rasenye jika kita berada di tempat mangsa kemalangan ni, sudahlah menangung kesakitan, dicemuh lagi... siapa kita untuk menghukum manusia? biarlah pihak yang berkenaan untuk menjatuhkan hukuman jika kita benar2x bersalah... tapi bagaimana jika hakikatnya bukan kesalahan kita?

Saya percaya, setiap penunggang motorsikal mesti mempunyai pengalaman ngeri, pahit semasa menunggang motorsikal di atas jalan raya... mungkin sedang anda menunggang motorsikal secara tiba2x lori yang tayarnya sama tinggi dengan anda menghimpit anda atau kereta di depan anda secara tiba2x menukar lorong ketika anda berada di lorong sebelah atau kereta keluar masuk simpang tanpa mempedulikan anda yang sebenarnya sudah terlalu dekat dan bermacam2x lagi insiden yang bole mengakibatkan kemalangan... saya sendiri sudah hampir lali dengan situasi begini terutama di bandar2x besar dimana masing2x saling mengejar masa sehingga tidak mempedulikan penunggang motorsikal yang turut menggunakan jalan raya untuk menuju destinasi masing2x...

Malang tidak berbau, malang boleh menimpa tidak kira samaada anda menunggang motorsikal atau kereta & sebagainya... tapi ingatlah, ketika anda selesa memandu dalam kereta yang berhawa dingin di dalam hujan yang lebat, kami sedang bergadai nyawa menunggang motorsikal di dalam keadaan tersebut, jangan jadikan alasan tidak nampak kerana hujan lebat sebagai alasan jika anda terlibat dengan kemalangan dengan penunggang motorsikal kerana adalah tanggungjawab anda sebagai pemandu untuk lebih fokus terutama pada penunggang motorsikal. Jika anda memandu kereta & terlibat dengan kemalangan, masih ad dinding besi di sekeliling anda untuk melindungi anda tetapi kami, hanya tubuh & takdir yang akan meneruskan nafas ini...

Buat semua penunggang motorsikal, jangan sesekali anda ambil mudah isu keselamatan semasa menunggang motorsikal, pastikan helmet anda bukan dari jenis yang longgar & diluluskan oleh sirim, helmet bukanlah sekadar fesyen tapi ianya perlindungan terbaik untuk melindungi kepala anda jika anda terlibat dalam kemalangan, keselamatan lain seperti jacket, glove, kasut & sebagainya juga perlu dititikberatkan... pastikan juga motorsikal anda tidak diubahsuai sehingga membahayakan diri anda sendri, patuhi undang2x jalanraya, jangan sesekali menempah maut dengan menunggang secara berbahaya seperti seorang mat rempit, & buat adik2x yang baru dapat lesen & baru menunggang motorsikal, jangan terlalu gembira sehingga anda alpa dengan keselamatan anda, saya bercakap begini sebab saya sedih bila kemalangan maut melibatkan motorsikal kebanyakan melibatkan umur belasan tahun yang saya kira baru lagi memegang lesen... Mulakan perjalanan anda dengan bismillah & doa, semoga anda selamat pergi & balik... sekian dari saya, sebarkan jika anda rasa bertanggungjawab, tegurlah jika ada kesilapan...

Hapuskanlah gejala rempit, kurangkanlah kadar kemalangan, hidupkan sebuah dunia permotoran yang sihat...

link

p/s: aku baru dapat lesen L. Baru nak berjinak2 menaiki moto (err.. menunggang moto kot..) so, semoga menjadi peringatan buat diri ini dan sume pengguna jalan raya disana.. hargailah NYAWA ANDA!!!!!!! k? gud…n_n

Tuesday, December 14, 2010

Burung – Hikmah Bagi Yang Berfikir

Jika kita perhatikan alam ciptaan Illahi ini, berbagai-bagai pengajaran dapat diteladani dari kejadian alam. Antara makhluk ciptaan Allah yang kita dapat perhatikan adalah burung. Burung jika diperhatikan dari kawasan yang bermusim dingin akan sentiasa berhijrah ke kawasan yang lebih panas. Memang sudah menjadi lumrah alam penghijrahan tersebut dilakukan secara berkumpulan. Dan dalam setiap perkumpulan tersebut pasti ada seorang ketua yang sentiasa berada di hadapan. Selain memiliki ketua, sekumpulan burung ini turut berhijrah mengikut formasi tertentu iaitu formasi berbentuk V. Secara saintifiknya formasi ini menghasilkan satu bentuk aero-dinamik yang membahagikan rintangan angin kepada setiap ahli burung yang sekaligus memudahkan penghijrahan jika dibandingkan dengan penghijrahan berseorangan. Maka untuk membentuk formasi tersebut amatlah penting akan wujudnya komponen perpaduan dan kerjasama di kalangan burung tersebut. Subhanallah, bertapa tingginya hikmah penciptaan burung itu.

Marilah kita melihat realiti hari ini. Keadaan umat Islam hari ini jelas sekali terumbang-ambing. Kita seolah-olah menjadi ‘pak turut’ terhadap segala apa ideologi yang dilaungkan oleh musuh-musuh kita. Sehinggakan isu-isu besar yang menyentuh soal agama sekalipun tidak diendahkan. Tiada lagi sensitiviti terhadap isu yang menimpa saudara-saudara sendiri sepertimana yang menimpa tanah Palestin. Tiada lagi kesepaduan di kalangan kita sepertimana yang ditonjolkan oleh sekumpulan burung tadi.

Masing-masing mahu hidup ‘lu punya suka, gua punya suka’. Masing-masing tak mengendahkan apa yang menimpa orang lain asalkan hidup sendiri bahagia.

Menyingkap kembali zaman kegemilangan Islam di kala dahulu, seluruh umat Islam di seluruh dunia disatukan di bawah satu pemerintahan dan ketaatan setiap rakyat ditujukan kepada satu khalifah. Kesepaduan di saat itu amatlah jelas kukuh dan semua umat Islam bagaikan anggota-anggota badan manusia. Jika tangan terluka seluruh tubuh merasai kesakitannya. Jika kaki dijangkiti kuman seluruh tubuh berkerjasama untuk menyembuhkannya.

Alangkah indahnya saudara-saudara sekalian. Sifat seperti inilah yang difirmankan oleh Allah dalam kalam-Nya;

Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya…(33:4).

Dalam satu badan manusia hanya ada satu hati dan dalam satu umat juga hanya ada satu hati.

Ayuh semua. Di sini diri ini menyeru kepada diri sendiri dan kalian semua untuk bersama-sama kita membina kekuatan ukhuwwah di antara kita. Ukhuwwah yang didasarkan atas aqidah hanya kepada Allah Taala semata-mata. Sedarlah bahawa perselisihanlah yang menyebabkan kita berpecah-belah.

Ingatlah perintah Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 10: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. InsyaAllah Islam pastikan tertegak kelak.

link

Friday, December 10, 2010

Mudahnya mencari isteri solehah

"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan. "Macam cari gagak putih," tambahnya.

"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi. Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.

"Belum lagi…."

"Kenapa?" dia pula tersenyum.

"Belum dapat yang solehah?" saya terus mengusik.

"Saya dah 28 tahun. Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak lah ni."

"Oh begitu...... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.

"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".

"Kalau tak jumpa, macam mana?"

"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"

"Apa syaratnya?"

"Syarat-syarat wanita solehah..mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."

"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.

UKUR TAKWA

"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.

"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.

"Tu yang pening. Takwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yang bertakwa!"

"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.

ADA CARA LAIN

"Saya tak paham. Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"

"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami solehCuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita".

"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi"

"Tapi, jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."

LEBIH TEPAT

"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. sebelum ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu. Tu yang kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."

TERLALU IDEAL

"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sebab nak jadi lelaki soleh?"

"Tak begitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."

"Ok juga tu! Serampang dua mata," katanya.

"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dengan tahap sederhana."

"Maksudnya?"

"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sebab sifat-sifat solehah itu 'on going process' (dibina secara berterusan). Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

"Boleh lebih kurang lah ni ye?"

"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."

"Apa kaitannya dengan yang kita bincang sekarang ni?"

"Gini, awak mesti lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman & takwa diri sendiri. Letakkan piawai tinggi untuk diri sendiri. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sikit.… nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."

"Oh saya faham"

"Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebaliknya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yang rendah. Tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan solehah yang tinggi. Itu silap!"

"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."

"Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."

"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa-apa yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)

Doa...-amalkan selalu-

"Ya Allah, rezekikanlah aku dengan cintamu,dengan orang yang mencintaimu,dengan cinta yang boleh mendekatkan aku denganMU.

sekadar perkongsian. credit to penulis yang tak dikenal pasti.

Thursday, December 9, 2010

Rama-rama dan Wanita; sekadar renungan

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.

Rama-rama mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.

Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.

Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.

Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.

Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf "A1". Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.

Namun rama-rama tidak pernah tahu ia sebenarnya indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. Jadilah muslimah solehah…

pesanan tulus dari: Madah Tazkirah

Monday, December 6, 2010

Wa da’an 1431H : Ahlan wa sahlan 1432H

Salam Maal Hijrah.

1431H:

Sedih mengenang pemergian tahun 1431H yang bakal berakhir sedang iman masih ditakuk lama. Kepada-Mu lah ya Allah, aku mengadu segala kelemahan diri ini. Mengenang kembali peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini, rasanya perubahan diri harus dilakukan agar menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin… Disini ku sisipkan doa akhir tahun untuk dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

p/s: Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

doa-akhir-tahun

1432:

Azam baru untuk diriku. Aku ingin belajar untuk lebih mengenal diri sendiri. Dengan mengenal diri sendiri akan lebih dekat kepada Allah.  Doa Awal Tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib pada malam satu Muharram.

p/s: Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

doa-awal-tahun

source: Syed, hikmah

Sunday, December 5, 2010

Erti Cinta Buatku

I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...

Inilah sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya?

Saya percaya, tentu ramai yang ragu2 serta berteka-teki dalam permasalahan untuk membabitkan diri dalam perkara ini. Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan.

Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit. Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kepada 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yang sepatutnya hanya tertumpu untuk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yang menyalahi perintahNya.

Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran:

”... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya...” Al-Maidah, ayat 54

“Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu...” Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau macam mana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenarnya, InsyaAllah kita dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada orang lain' Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorang wali wanita yang hidup antara 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pada pandangan anda??? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau... adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar2 mencintai seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???

Lelaki yang benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN... Secara jujur, seorang lelaki yang sememangnya jatuh cinta terhadap seorang perempuan yang diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yang meyakinkan insan yang dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetengah daripada sikap yang penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dengan kepura-puraan.

 INGATLAH!!! Cinta yang murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yang melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan seperti cinta antara 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...

Tetapi, nikmat cinta itu lahir seperti cintanya Rasulullah dengan Khadijah, Aisyah serta Saidina Ali dengan Fatimah. Janganlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yang berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban.

Wahai REMAJA... Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga.

CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YANG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DENGAN PELBAGAI NIKMAT YANG TIDAK TERHITUNG...

InsyaAllah... Wallahu'Alam...

sekadar perkongsian, credit to: link

Saturday, December 4, 2010

Cerita Ahli Sufi

Hari itu, aku mengikut perhimpunan sufi yang diadakan di Hadramaut. Ada ahli sufi yang datang terbang, ada yang berjalan di atas air, ada yang tiba-tiba ada di hadapan mata, ada yang naik kereta, tidak kurang yang naik kapal terbang, malah ada yang naik helikopter peribadi. Watak dan karakter mereka, semuanya berbeza. Masih ada yang mengenakan pakaian bulu yang kasar, ada yang memakai jubah dan serban yang besar, berkopiah tajam, ada yang berjanggut panjang, yang tidak berjanggut semacam aku pun ada, malah ada yang berkot dan memakai tali leher.

Hari itu sangat menyeronokkan. Ma'ruf al-Karkhi turut hadir membentangkan kertas kerja berkaitan konsep Dzuq dan Fana'. Siapa yang tidak gembira dapat bertemu dengan seorang ahli sufi sesoleh beliau. Rabia'ah al-Adawiyah turut membentangkan kertas kerja berkaitan ke arah membentuk golongan sufi wanita dalam memartabatkan maruah wanita yang kian tercemar. Beliau bukan sahaja akan mengupas soal keruntuhan tamadun terdahulu apabila meminggirkan wanita, malah beliau akan mengemukakan hasil kajian dan analisis terbaru beliau terhadap emansipasi wanita di negara-negara Eropah. Ia pastinya sangat menarik.

Aku juga menantikan pembentangan daripada al-Ghazali berkaitan menghidupkan hati yang sudah lama kekeringan dengan rasa takut dan cintakan Allah. Masing-masing kalangan mereka membentangkan kertas kerja sesuai dengan kekuatan masing-masing. Rasanya aku kerdil sekali. Apatah melihat Abu Yazid al-Bustami dan Tok Kenali yang tidak memakai selipar kerana tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah, aku semakin kerdil. Wajah Zun Nun al-Misri sangat bersih dan bercahaya membuatkan aku jatuh cinta menatap wajahnya. Ya, hasil simbahan iman kepada Allah, dan ruku' serta sujud yang tidak henti-henti.

Sang pujangga tersohor Abdullah bin al-Mubarak juga datang bersama sahabat akrabnya Fudhail bin `Iyad. Aku juga sangat seronok melihat dan Hassan al-Banna dan Umar al-Telmisani juga datang dalam perbincangan kali ini. Ternyata perhimpunan dan multaqa' sufi kali ini dihadiri oleh orang-orang yang hebat dari seluruh dunia. Malah paling menggembirakan aku apabila bertemu dengan moyang aku Tok Pulai Chondong. Beliau yang terkenal dengan kependekaran itu sangat tegap badannya. Aku memeluknya erat seraya mencium tangan dan pipinya berkali-kali. Dia memeluk aku semacam aku anak kecil yang rindukan belaiannya. "Tok, saya rindukan atuk." luah aku keanak-anakan.

Aku sangat tertarik mendengar penghuraian konsep mahabbatuLlah yang disebut oleh guru sufi, Junaid al-Baghdadi. Hassan al-Basri yang sentiasa berwajah pucat kerana takutkan Allah menangis tidak henti-henti. Air mata mengalir dari semua kolam mata mereka. Aku lihat dengan jelas sekali garisan putih di bawah pipi Ibrahim al-Nakhaei kerana terlalu banyak menangis dek takut dan rindukan Allah.

"Hamba yang cinta kepada Allah adalah hamba yang menyahkan hawa nafsunya, tidak putus-putus berzikir kepada Tuhannya, mendirikan hak-hak Allah, melihat Allah dengan mata hati. Sekiranya ia berbicara, ia berbicara dengan Tuhannya. Sekiranya ia bercakap, ia bercakap tentang Allah. Sekiranya ia bergerak, ia bergerak atas perintah daripada Allah dan sekiranya ia senyap, ia bersama-sama Allah. Ia di sisi Allah, untuk Allah, dan bersama Allah," kupas al-Baghdadi sambil menundukkan mukanya dan menangis teresak-esak. Aku turut sebak bila mengingatkan diriku yang jauh daripada Allah. Seketika, suasana bising dengan bunyi esakan. Al-Baghdadi berhenti daripada berbicara. Beliau kelihatan sungguh-sungguh menangis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

­Abdullah bin al-Mubarak juga membentangkan kertas kerja Peranan Sufi Dalam Membebaskan Dunia Islam Daripada Cengkaman Barat. Beliau yang terkenal dengan syair terhadap Fudhail bin `Iyad menggariskan beberapa perkara penting yang harus diperkasakan antaranya menanamkan semula semangat jihad kalangan umat Islam. Beliau turut memberikan pujian sekadarnya kepada Hassan al-Banna yang berjaya menubuhkan gerakan Islam yang berjaya menggerunkan pihak Barat dan Yahudi. Dalam sesi soal jawab, Sheikh Ahmad Deedat memperingatkan peri pentingnya ahli audi memahami skill berdakwah dalam menarik golongan yang anti Islam termasuklah golongan Liberalis dan Orientalis.

Dalam pertemuan itu, aku mengambil kesempatan bertemu dengan sufi wanita Rabi'ah al-Adawiyah. Ketika itu beliau sedang berbincang dengan Malik bin Dinar berkenaan dengan ajaran sufi yang semakin disesatkan dengan pemikiran yang dangkal. Malik bin Anas mencelah di tengah-tengah dengan menyebut, "Barangsiapa yang mempelajari syariah tetapi tidak belajar hakikat, maka ia fasiq. Barangsiapa yang sebaliknya adalah zindiq." Aku meminta Rabi'ah masa hanya lima minit untuk bertanyakan pandangan dia tentang mahabbatuLlah.

Ringkas sahaja beliau menjawab, "Beramallah kerana Allah, bukan kerana syurga dan neraka. Wahai anakku, jika engkau melihat aku sedang berbicara dengan engkau sekarang, maka ketahuilah bahawa hati sedang gering dalam merindui Allah sang Pencipta. Hanya jasadku berbicara denganmu sedangkan hati aku melayang ke langit sana bertemu sang Kekasih," dan aku terkesima mendengar nasihatnya yang cukup tajam.

Ibn `Ataillah juga diberi penghormatan untuk mendiskusikan karyanya al-Hikam. Aku sangat terkesan apabila beliau menyebut, “kita bersyukur kepada Allah kerana telah melindungi aib kita daripada diketahui orang ramai. Jika Allah tidak menutup aib kita, pasti orang tidak akan respect dengan kita. Maka apabila ada orang memuji kita, maka kita kembalikan pujian itu kepada Allah yang tidak mendedahkan kelemahan-kelemahan kita.” Mendengar sahaja kupasan yang sangat mendalam itu, Zun Nun al-Misri dan Abu Yazib al-Bustami terus pengsan. Suara tangisan semakin membingitkan suasana. Aku turut menangis melihat suasana begitu. Hati mereka sangat bersih dan mudah sekali tersentuh. Ia berbeza sama sekali dengan hati aku yang berkarat dan hitam dengan kotoran dosa yang sukar dibersihkan.

"Tuan Guru, bagaimana ana mesti membersihkan diri ana?" tanya ana kepada Sufyan al-Thauri. Beliau menundukkan wajahnya sambil menangis seraya berkata, "Wahai anakku, lebih baik engkau bertemu dengan Yahya bin Ma'in kerana ia lebih baik berbanding aku. Bagaimana orang yang berkarat hati ingin membersihkan hati orang lain, bukankah ini yang disebut oleh Ramadhan al-Buti?" aku sekali lagi terpegun dan tertegun. Sampai begitu sekali tawadhu'nya mahaguru sufi yang tersohor itu. Ya, siapa yang tidak kenal al-Thauri yang faqih lagi zahid. Aku teringat Sa'id Hawwa menjelaskan, jadilah orang faqih yang zahid, bukan orang zahid yang faqih.

Tiba-tiba majlis gempar. Rupanya Abdullah bin Mas'ud RA sahabat nabi yang besar dijemput sama dalam majlis ini untuk memberikan ucapan perasmian. Beliau ditemani mahaguru besar kami Sheikh Abdul Qadir Jailani. Beliau membacakan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh tentang kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka. Suaranya merdu sekali. Sekali lagi, suasana jadi khali, dan hati menjadi khalis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

­ Kata Ibn Mas'ud RA, "Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain," ujar Ibn Mas'ud RA sambil merasmikan majlis pada hari ini.

Aku terus menangis dan menangis. Sudah lama aku kekeringan air mata. Aku berjaga malam untuk PRK tetapi aku tidak bertahajud. Aku kuat berjuang tetapi aku kurang membaca al-Quran. Aku banyak berceramah tetapi aku kurang berzikir. Aku kuat berjihad menegakkan Islam tetapi aku sendiri kontang dan kering dengan ilmu. Aku hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat. Aku banyak melakukan maksiat tetapi aku tidak bertaubat. Aku hanya pandai amar ma'ruf tetapi Subuh pun banyak yang aku lewat. Aku bercakap soal ikhlas tetapi riya' dan ujub menguasai diri.

Dan aku terus menangis sebelum tiba-tiba sahaja semua ahli sufi menghilangkan diri.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah...

sekadar perkongsian: link

Thursday, December 2, 2010

Munakahat dalam Islam: part 1

Kahwin dalam bahasa mudahnya bererti nikah. Hukum nikah pada asalnya merupakan suatu sunnah yang berat di mana dalam nas Hadis sebagaimana sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)

Masuk tingkatan 5 kita diajar dalam Pendidikan Agama Islam bahawa hukum nikah terbahagi kepada 5, iaitu:

    1.

    Harus

    · hukum asal perkahwinan adalah harus

    2.

    Sunat

    · mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin

    3.

    Wajib

    · seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat

    4.

    Makruh

    · mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami

    5.

    Haram

    · seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini

PERKAHWINAN MENYEMPURNAKAN IMAN

Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud; “Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.

(Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)

Jadi disini aku ingin berkongsi sedikit mengenai cara hidup Islam dari segi perkahwinan.

PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI

  • 1. Maksud hadith Rasulullah s.a.w; “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • 2. Peringatan daripada Rasulullah s.a.w; “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”. (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

3. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa."

4. Memilih pasangan daripada keturunan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Perempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan." (Hadis Riwayat ad-Daruqutni)

5. Memilih pasangan bukan daripada kerabat terdekat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum kerabat kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik."

6. Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

7. Bagi kaum Adam, Islam menyarankan memilih pasangan yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

p/s: sambung part 2. Entry ni khas ditujukan buat ahli usrahku, seandainya kalau kamu sekalian membacanya, jadi tak perlulah aku akan membentangkan bab kahwin masa usrah nanti. Harap naqib dan sahabat2 sekalian faham. Aku nak taknak kawin lagi. Tak bersedia!!, waaaa… aku kan anak sulung, so korang kene fahamlah.. banyak tanggungjawab.. mungkin aku kawin lambat kot. InsyaAllah…

p/s: entri akan datang, Panduan mendirikan rumah tangga dalam Islam. Waa.. abg razman.. banyak ni saya bentang, lepas ni boleh la belanje saya RFC..kih3..n_n