Wednesday, March 16, 2011

16 March

Alhamdulillah, hari ini aku rasa cukup bersyukur kepada Allah. Barulah kini ku tahu kenapa Allah ciptakan kulit pada badan kita. Ini semua kerana hendak melindungi kita daripada bahaya. Bahaya macam mana? ha, cuba kome sume cabut kulit or koyak kulit masing2, and then pergi la jenjalan. Nescaya kome sume akan merana teruk. 1st, bila angin bertiup kena kat luka tu, ha, time tu kita akan merasakan sesuatu perasaan yang tak sedap. 2nd, bila terkena air, especially air laut yang masam, masin, fuh~ rasa macam kena ketuk ketampi 15 lemon kali. Tapi hakikatnya, itu semua adalah kaffarah daripada Allah. Dan Alhamdulillah, luka aku pun da semakin baik, da tumbuh selaput kulit sebanyak 0.1mm. (approximately)

Rasulullah s.a.w pernah juga bersabda, "Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh".

Sebenaqnya aku nak citer sikit apa dah jadi kat aku sebelum ini, dan present, and will la ni. Semenjak duamenjak dan tigamenjak, senang cita, bulan ni la, bulan tiga ni, aku sibuk teruk. Teruk aih. Assignment yang selama ini aku kumpul sedang meminta perhatiannya, quiz yang selama ini tidur, tetiba meletup. (that’s why the lect. called it pop quiz! heh~) training silat for wajadiri (dalam minggu hadapan start) and then test yang tak putus2 akhir2 ni. Pasai apa lah lecturer ni bagi test last2 week nak final. Maybe beliau ingat aku ni einstein or ulama2 yang kat sebelah ni. (<---tengok kat column belah kiri) Humangai, belum tercapai aku lagi taraf tu. Tapi InsyaAllah, ada usaha adalah imbuhannya.

La ni, aku nak prepare untuk test malam ni. Oleh kerana rasa terbeban, berpinar, dan sleepy. Sebenaqnya, aku da takda masa la ni. Banyak benda lagi nak kena revise, so akhir malam kalam penutup bicara, bermadah hikmah, menghiris rasa, aku hadiahkan serangkap pantun, ha kalau rajin, moh lah kite berbalas pantun.

Hidup bujang makan maggi,

Nak minum air water cooler,

Selamat datang selamat pergi,

Datang baca singgahlah lain kali yer…

4 comments:

  1. Lecturer ckp, dekat2 exam ni kelas waktu malam dah jadi cm pesta..ngan ganti kelas, kelas tu, kelas ni..macam2..hehe and asgnment yg tertangguh pun kena buat segera..ish2..

    p/s : nak tak nak kna buat gak en..hehe

    ReplyDelete
  2. ye, pesta kelas tambahan... haha... tension2....
    lecturer ni rajin sgt....T_T

    yup!!! kene buat gak..

    al qassam: terima kasih...n_n

    ReplyDelete
  3. sabor aje la..hehe ^_^ dugaan tu..

    ReplyDelete