Saturday, March 5, 2011

Muslimah yang paling mulia

Teruntuk Calon Bidadari Syurgaku…

Ia mutiara terindah dunia

Bunga terharum sepanjang masa

Ada cahaya di wajahnya

Betapa indah pesonanya

Bidadari bermata jeli pun cemburu padanya

Kelak, ia menjadi bidadari syurga

Terindah dari yang ada…

Pernahkah sahabat melihat seorang bidadari? Bidadari yang bermata jeli. Yang khabarnya sangat indah dan jelita. Saya yakin kita semua belum pernah melihatnya. Kalau begitu mari kita ikuti percakapan antara Rasulullah SAW dan Ummu Salamah RA tentang sifat-sifat bidadari yang bermata jeli…~

Imam At-Tabrani mengisahkan dalam sebuah hadis, dari Ummu Salamah RA, dia berkata, “Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli.

Baginda menjawab, “Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilai seperti sayap burung nasar.” Saya berkata lagi, “Jelaskanlah kepadaku firman Allah, ‘Laksana mutiara yang tersimpan baik’.” (Al-waqi’ah:23)

Baginda menjawab, “Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.” Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik’.” (Ar-rahman:70)

Baginda menjawab, “Akhlaknya baik dan wajahnya jelita” Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik’.”                  (As-shaffat:49)

Baginda menjawab, “Kelembutannya seperti kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit bahagian luar, atau yang biasa disebut putih telur…

~seindah hiasan adalah wanita solehah, bidadari dunia…~