Monday, March 7, 2011

Selamat hari lahir bu…

“Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu”

Selamat hari lahir ibu, semoga sejahtera sentiasa… doaku mengiringimu di sepanjang nafasmu, hingga ke hari akhir nanti. Terima kasih kerana telah berjuang KERINGAT dan DARAH melahirkan ku ke dunia ini. Maafkan dhon dunia dan akhirat… – ikhlas dari nurani anakmu.

Jasa bonda

Engkau dibuai mimpi dia jaga,

engkau bersenang dia bekerja,

untukmu tiada terbatas,

memberi tak minta di balas,

ingin dibinanya untukmu,

kehidupan yang sempurna,

punya kekuatan jiwa,

punyai maruah,

leterannya dari rasa luhur,

menegur sebelum terlanjur,

itulah yang diwarisi,

pesan ibu terpahat di hati,

beringat-ingatlah berpesan pesan,

untuk kebaikan,

marah bukan kebencian tapi tanda sayang,

engkau semakin dewasa berjiwa merdeka,

sedang dia semakin tua membilang usia,

di saat kau berjaya dia tiada berdaya,

semoga kau tak lupa,

jasa bonda…

7 Mac 1966 – Serikandi hatiku

2 comments:

  1. Selamat hari lahir buat ibu tercinta jugak...bersyukurlah kerana lahirnya kita dari seorang yg Islam dan dapat merasai nikmat Iman dan Islam sekarang..kirim slm pada ibu naa dgn lafaz assalamualaikum.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. sememangnya kita memang dilahirkan sebagai islam, hnya ibu bapalah yang mencorakkan smaada agama yahudi, majusi dan nasrani...

    insyaAllah, akn sy smpaikan... waalaikumussalam... n_n

    ReplyDelete