Monday, June 27, 2011

Langkah menuju nikah

Post kali ini saya ingin berbicarakan sedikit mengenai jalan-jalan menuju ke gerbang pernikahan. Entri ini sesuai untuk semua peringkat umur dan golongan lapisan masyarakat yang beragama Islam. [U]

Post ini diambil dan disunting daripada sebuah respon dari ustaz cinta. Bukan saya.

LANGKAH PERTAMA : NILAI SITUASI CALON.

Ya, pertama sekali kita kena menilai situasi calon. Kita kena tengok samada kedua-dua pihak dah bersedia ke belum nak berkahwin ni. Kalau saudara sendiri belum bersedia untuk berkahwin awal, so jangan layan sangat perasaan itu ya.

Dalam konteks pelajar, kalau kita sahaja yang bersedia manakala sebelah pihak lagi lebih menumpukan pada pengajian dan tidak mahu ada gangguan, maka molek benar jika perasaan itu disimpan terlebih dahulu. Tapi jika kedua-duanya berasa perlu untuk berkahwin, barulah boleh dizahirkan secara taaruf. Ta’aruf itu ialah mengenali si dia.

Saudara kena agak-agak dulu, adakah masanya sudah sesuai untuk zahirkan. Jika silap ‘masa’...berkemungkinan besar akan di ‘reject’ terus! Ini lagi sedih.

LANGKAH KEDUA : TA’ARUF

Seperti yang saya cakap tadi ialah ta’aruf. Cara ini untuk menzahirkan perasaan sahaja. Mudah bukan? ya, saya tulis memanglah senang. hehe. Buat ta’aruf. Ta’aruf ini dilakukan dengan cara mencari pihak ketiga untuk menjadi orang tengah sebagai moderator.

Orang tengah ini seboleh-bolehnya ustaz yang sudah berkahwin. Atau sesiapa pun boleh, yang diyakini agamanya. Biarlah ustaz dan isterinya tersebut menjadi moderator untuk pertemuan pertama bagi meluahkan rasa sebenar saudara kepada si dia. Itu lebih baik dan dianjurkan dalam Islam.

Tujuannya adalah untuk menilai samada si dia bersedia menerima saudara atau tidak. Tapi kalau tidak janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik untuk kita bukan. Mungkin si dia bukanlah yang terbaik kan?

Namun jika dia bersedia dan memperlihatkan kemahuan untuk menerima saudara... maka pihak perempuan kena memberitahu hasil perbincangan ta’aruf kepada ibu bapanya. Kemudian si lelaki kena buat satu tarikh untuk berjumpa dengan ibu bapa perempuan kali pertama (Berta’aruf dengan ibu bapa pula). Ini bagi mereka yang duduk berjauhan dengan ibu bapa.

Setelah si perempuan bersetuju dan ibu bapanya bersetuju. Barulah saudara boleh bertemu IBU BAPA si perempuan. Ini untuk mengelakkan saudara ditolak mentah-mentah oleh ibu bapa si perempuan. Selepas pertemuan ini, jika semuanya beres maka bolehlah masuk fasa bertunang.

Ingat. Jika saudara terus jumpa ibu bapa, silap haribulan. Orang kata ‘Kurang beradab’. Silap haribulan, kena reject juga. Kasihan.

* * * * * *

Soalan.

* Saya agak rapat dengannya sejak bersama-sama dalam menggerakkan kerja dakwah dan seruan Illahi. Bukan, saya tahu perkara sebegini harus ditangkis habis-habisan supaya jemaah tidak dikotori. tetapi, fitrah tidak mampu menipu bukan? Sering sahaja dia meluahkan masalahnya kepada saya, bertanya pendapat dan pandangan kepada saya itu dan ini malah seringkali meminta pertolongan saya dalam sesuatu yang diperlukan.

Biasanya, sering kali situasi ini terjadi pada mereka yang berada di jalan Allah. Dalam memperjuangkan agama Allah, mereka akan diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian yang dapat merencatkan perjalanan mereka dalam menggerakkan kerja dakwah. Untuk situasi di atas ini, kita kena ingat bahawa berkongsi masalah dan pendapat tidak salah jika ia tidak menarik kepada persoalan seksual. Namun, saya nak menasihatkan pada diri ini terutamanya agar berhati-hati dengan godaan syaitan yang akan cuba menyeleweng hati dan nawaitu kita.

Jika boleh cuba elakkan daripada situasi di atas berlaku kerama khuatir ia akan menjerumuskan kepada perkara yang mendekati zina. Jika tidak mahu mengelak, sila lakukan tindakan seperti di atas seperti berta’aruf dan terus rancang perkahwinan.

Ya, ada sebahagian wanita suka berkongsi masalah dengan lelaki berbanding berkongsi dengan kaumnya sendiri. Kenapa jadi begini ya? Ini kerana ada udang disebalik mee. Ada sebab-sebab yang tersembunyi dalam hatinya. Situasi ini kadang-kadang boleh membawa kepada perhubungan yang tidak diingini syarak.

Biasanya, kebanyakan daie dan penggerak jemaah akan diuji dengan fitnah wanita. Allah ingin melihat sejauh mana amalan dan prinsip yang diamalkan menerusi ilmu yang dipelajari. Jangan sampai tersungkur. Oleh itu, tetapkan pendirian dan jagalah batas pergaulan. Jangan sampai terlanjur cakap dan terlanjur perbuatan. Yang penting, ikhlaskan niat agar Allah membantu menyelesaikan masalah.

Sentiasa hazar dan istiqamah.

Selamat mencari cinta yang suci.

 

5460838925_9f83bb5ab2

 

link

Sunday, June 26, 2011

Syarat-syarat melakukan dosa

1- Jika kamu melakukan dosa kepada Allah SWT, jangan kamu makan rezekiNya.

2- Jika kamu ingin melakukan dosa, keluarlah dari kerajaanNya.

3- Lakukan dosa ditempat yang Dia tidak dapat melihat kamu.

4- Semasa hendak mati, pintalah penangguhan daripada Malikul Maut untuk kamu bertaubat pada masa tersebut.

5- Jangan kamu biarkan Malaikat Mungkar dan Nangkir datang kepadamu dan bertanya tentang amalan yang telah kamu lakukan.

6- Apabila kamu hendak dicampak kedalam Neraka , Jangan kamu mahu.

Kitab Tazkirah  Awliya’. m/s : 49

link

Goodluck! :p (sarcasm, eh..)

Friday, June 24, 2011

Sigma – Istikharah Cinta

Lagu sokmo sih! Mood pada kali ini terbang bersama awang-awangan di puspawana yang indah gemilang. Terbang mencari cinta di balik rimbunan awan yang mendung. Mengharapkan matahari yang tidak kunjung malap memberi cahaya seindah sukma. Mencari cinta yang Abadi… (buffering dulu lagu tu haha..ni intro je..)

 

 

Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

Satu nama teman setia

Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

Diistikharah Cinta..

 

p/s: Ya Allah...Jiwa kami ada dalam genggamanMu, maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu

Tuesday, June 21, 2011

Untuk muslimat, bidadari syurga kelak…

    Saudari…

    …Mengapa mudah kau didekati oleh lelaki ajnabi?

Mengapa mudah kau tertawan pada kata-kata dan janji-janji manis lelaki?

Mengapakah tidak dipelihara ikhtilat (perhubungan)mu dengan lelaki yang bukan mahram mu?

Mengapakah tidak ditundukkan pandanganmu?

Mengapakah kau tidak menitik beratkan penjagaan auratmu sedangkan penjagaan muka dan kulitmu begitu kau titik beratkan?

Aku mengerti wahai wanita kerana aku juga manusia…

Kita punya rasa yang sama..

Ingin kelihatan menawan, menarik dan suka akan kecantikan..

Ingin dikasihi, diberi perhatian dan dilayan oleh insan yang berlainan jantina walaupun hanya sekadar kawan..

Tapi..perlu kau ingat aduhai wanita..

Harga diri ini terlalu mahal untuk jual..

Bukan semua orang mampu membelinya..

Bersabarlah dulu wahai wanita..

Semua itu pasti kau kecapi dengan cara yang halal..

Pagarilah dirimu dengan keimanan dan ketakwaan…

Kalau tidak di dunia yang penuh tipu daya ini, insyaALLAH pasti kau kecapinya di akhirat kelak..

tapi, semua itu menuntut sedikit pengorbanan darimu..

Nak dapatkan syurga bukan mudah wahai ukhtiku…

Tapi, ianya akan menjadi mudah bagi orang-orang yang bersabar dan bertawakal kepada ALLAH S.W.T…

muslimat sejati itu wajahnya berona NUR IMAN,

makhotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,

maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,

dialah puteri indah RUPAWAN,

tika gadis lain sibuk MENGHIASI DIRI,

dia hias nur Ilahi pada WAJAHNYA,

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,

dia selesa bersama cinta-Nya,

tika gadis lain sibuk BERMADAH,

dia tekun BAIT kata TUHANNYA,

tika gadis lain menangisi ARJUNA,

dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba,

gadis itu seperti MAWAR BERDURI,

indah dipandang namun sukar DIPEGANG,

mulianya kerana ketaqwaan,

cantiknya kerana keperibadian,

muslimah sayang,

semoga kau,,dan semuanya..seperti mawar berduri…

Saturday, June 18, 2011

Kisahku di JMTi

“Alamak, dah lambat! bangun Nazrul, bangun..” Aku tersentap apabila melihat jam di handphone pukul 7.30 pagi. Malam semalam merupakan malam yang meletihkan apabila kami didenda sampai lewat waktu subuh di dalam minggu orientasi yang sungguh menyakitkan. Kisahku bermula disini sebagai seorang pelajar baru mengambil jurusan teknologi kejuruteraan komputer, tapi pergh, macam kursus tentera pula aku rasa.

Nazrul masih terkesima dan teramai-amai dek kerana keletihan teramat sangat. Hari ini merupakan hari terakhir untuk minggu orientasi tersebut. Aku lekas mengambil tuala dan timba dan bergegas ke bilik air. Siren diluar dah pun berbunyi memberi amaran pada pelajar-pelajar yang lain agar segera cepat bersiap.

“Baiklah, memandangkan ada di antara kamu yang datang lambat jadi sebagai akibatnya kamu semua akan di denda sekali, lari keliling bulatan 10 kali! selagi saya tak suruh berhenti jangan berhenti! faham!” Laung penasihat fasilitator selaku pensyarah di sana, Fakhrul Nizam. Hari ini kami semua akan bertolak ke Bukit Mertajam untuk slot terakhir, jungle trekking. Bunyi macam best, tapi sungguh menyeksakan.

 

* * * * *

 

“Baik, beratur mengikut kumpulan masing-masing, ketua berada di hadapan. Kita akan buat stretching dulu sebelum kita masuk hutan sana. Wakil setiap kumpulan, sila keluar ambil sarapan untuk ahli kumpulan masing-masing”

Akhirnya aku keluar mengambil makanan.

“Agak-agak bila la habis benda ni, baju aku banyak dah tak basuh.” Aku bergumam sendiri.

“Sabar Dhon… hari ini terakhir, esok lusa tak dapat dah join benda ni lagi.” Saddam cuba memujuk aku.

“Entahlah Dam… Masuk sini je pun, bukannya masuk kem tentera. Haih…”

“Semua pelajar di minta kumpul sekarang, beratur ikut kumpulan masing-masing kembali!” Laung salah seorang fasi.

“Kita akan masuk ke hutan mengikut group, so saya nak di antara kamu jangan cuba gerak bersendirian dan pastikan ketua kumpulan, ahli-ahli kamu ada dalam kumpulan. Kalau tak ketua kumpulan kena denda, Faham!” Tambah fasi tersebut.

Muka kami di conteng dengan arang dan ditandakan dengan nombor kumpulan masing-masing di pipi. Terasa macam komando la pula. Task akan diberikan mengikut setiap checkpoint masing-masing.

 

* * * * * *

 

Setelah hampir 15 minit berjalan, akhirnya kami tiba di salah satu checkpoint dimana kami di arahkan untuk mencipta lagu sendiri. Lagu tema kumpulan masing-masing.

 

 

Jelas, di antara kami tiada seorang pun yang bersemangat. haha. “Lalala…♫♫♫♫♫”

Then lepas tu task seterusnya ialah sesi fotografi sebelum ke next checkpoint seterusnya. Dalam-dalam kusut masai dan baju yang dah seminggu tak basuh, dan make-upnya yang sungguh ‘cantik’ di pipi, kami di paksa bergambar pula.

 

 

Akhirnya kami sampai di puncak bukit setelah separuh hari berjalan. Ada di antara group kami yang keletihan hingga hampir pengsan. Atas dasar semangat kepasukan (Assabiyyah, haha) akhirnya kami dukung juga kawan kami yang seorang tu. Dan dalam pada masa yang sama untuk sampai ke puncak bukit itu, beberapa barang amanah kami telah hilang dan ada telah digadai demi menebus kawan kami yang hilang. Macam-macam.

Banyak pengajaran yang kami dapat sepanjang perjalanan mendaki bukit tersebut di mana kami di didik agar sentiasa menjaga barang amanah dan memupuk semangat setiakawan. Perjalanan mendaki bukit ini amat-amat menguji ketahanan fizikal dan mental disamping task-task yang diberikan cukup menambahkan ilmu pengetahuan. Apa antaranya? Ialah, antaranya task tu kadang-kadang menguji IQ dan pengetahuan umum dan semasa.

 

* * * * *

 

Dan hari itu merupakan hari yang cukup meletihkan bagi kami. Sesudah pulangnya kami ke asrama, ramai di antara mereka kepenatan yang teramat sangat. Penutup bagi minggu orientasi tersebut, kami dihidangkan dengan jamuan makan malam dan persembahan oleh setiap ketua kumpulan. Malam itu adalah malam terakhir buat kami untuk berjumpa antara satu sama lain. Kami bersalam-salaman dan meminta maaf sepanjang seminggu bersama.

Dan disitu ukhuwahku mula terjalin. Disebuah perjalanan yang panjang, aku melangkah maju meneruskan hidupku sebagai seorang pelajar, seorang pejuang, seorang anak, dan seorang hambaNya.

Dan disitulah kehidupanku bermula…

kenangan semalam adalah pengubat rindu yang sangat mujarab. Keindahan sesebuah ukhuwah itu bukan terletak pada kerapnya mereka berhubung, tapi terletak pada ingatan seseorang kepadanya di dalam doa yang kudus dan suci. Ya Allah, rahmati kami meniti usia, temukanlah kami di akhirat sana… n_n

Saturday, June 11, 2011

Amar - Amani

 

Kawan2… tunggu habis buffering lagu ni dulu, baru layan~ lirik ada kat bawah. Puas cari macam mana lah nak masukkan mp3 player ni, akhirnya baru jumpe..huhu.. Thank you ‘atuk’ (google)..

 

Amani

tangisan sanubari telah terhenti

kala suram suria  memancar sinarnya

pertemuan seindah bayangan firdausi

menjadi zikir kasih yang suci

lukisan dua jiwa menjadi satu

terkenang detik bertemunya kau dan aku

santun berhikmah mengingatkan diri

hidup dan mati hanya untuk Ilahi

mengenggam janji cinta ini bertemu kasih

tanpa jasad bicara tanpa suara

hanya tulisan bahasa indah

mengeratkan antara kita

hinggalah ke akhirnya

kau kusanjung kerna pengorbanan

bagai puteri di kayangan

tika ku lesu hadapi hidup

kau hembuskan nafas semangat

penawar hati…

lirik amar – amani

Sememangnya indah apabila menjejak kaki ke gerbang pernikahan. Tak pastilah, tapi ramai yang cakap macam tu. Kita akan di ikat dengan ikatan pernikahan yang akan tersimpul sehingga ke pintu syurga. Isteri solehah adalah bidadari syurga yang diturunkan ke dunia bagi membantu perjuangan suaminya dalam mendirikan sebuah mahligai yang di redhai Allah. ceh, macam saya nak kawin jer. Pada mereka yang tidak pernah dengar lagu ni, boleh cari kat 4shared.

Hayati dan dalamilah lagu ni… (~^,)v

Friday, June 10, 2011

Puisi untuk Syuhada

Teruntuk buatmu para syuhada

Yang mengimpikan syahid sebagai citamu

Biar bernisankan pedang dan tombak

Dengan darahmu sebagai tinta

Dan darahmu membasahi Uhud

Demi mempertahankan agama yang dijulang

Agar tertegaknya Islam yang berdaulat

Ayuh langkahmu maju ke depan

Dengan laungan takbir dan tahlil

“Aku mahu Mati!”

“Aku mahu Mati!”

“Aku mahu Mati!”

Semoga rohmu dicucuri Ilahi…

Thursday, June 9, 2011

Andainya dijalan itu aku tersungkur

Salam, baru habis berblogwalking sambil mengutip ilmu. Ilmu itu umpama mutiara bukan? Banyak betul input untuk ditulis dan dek kerana itu aku menjadi blur. heh~ Baik, sebenarnya aku menulis disini bukanlah kerana nama. Aku tidak mahu mengejar nama atau meraih populariti, cukuplah orang mengenal aku hanya pada tulisan dan walaubagaimanapun tidak semua tulisan menggambarkan diriku yang sebenar, bahkan lebih kepada motivasi untuk diriku berubah ke arah itu.

Bukanlah nama menjadi impian tapi kerana agama. Ya, seandainya manusia menulis kerana nama, maka itulah yang dia akan dapat tapi aku tidak! Manusia itu diberi pilihan samada mahu hidup dalam iman atau kafir, dan aku juga diberi pilihan dan aku memilih jalan ini. Jalan dakwah, jalan yang tidak menjanjikan kesenangan dalamnya mahupun wang ringgit, harta, pangkat, dan wanita. Ya, aku tidaklah sesempurna dan sesoleh mana pun. Imam Hasan Al-Basri ada berkata,

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..”

Dalam agama ini, perjuangan memerlukan pengorbanan. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujuraat: 15)

Dalam melalui rencah dan onak perjuangan ini, ujian sering datang melanda-landa dan aku sebagai manusia biasa hanya bisa mengadu kekuranganku kepada Allah dalam mengharungi jerih kepayahan dalam menyampaikan ajaran agama-Nya. Seandainya aku tersilap maka tegurlah daku wahai sahabat sekalian. Sungguh tiada yang baiknya pada diri aku melainkan atas kurnia dan rahmat-Nya aku berbuat baik.

Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah Al-Imran ayat 200.

Jadi seandainya dijalan itu aku tersungkur, maka pautlah tanganku, bimbing, dan tegurlahku kembali agar tidak terpesong jauh dari rahmat dan cahaya Allah SWT. Mohon maaf andai sepanjang berjalan di alam maya ini terguris perasaan dan bagainya. (~^)v

Wednesday, June 8, 2011

Kisah seorang penjual tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amiin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.”Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah…

Moral: Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (Al Mu'min : 40)

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah :)

“Hanya urusan-Nya (Allah), bila Dia menghendaki (mengadakan ) sesuatu, ia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia.” (Surah Yasin : 82)

sumber

Tuesday, June 7, 2011

Aku merintih pada-Mu

Semoga Allah sentiasa merahmati hidup ini

Tika duka dan senang dipayungi rahmat Allah

Mengalir jernih perih keinsafan yang mendamaikan

Moga terbuka pintu hidayah

Dalam mengharungi pancaroba dunia

Bersabarlah dan Tuhan-Mu Maha Penyayang

Ujian itu tanda kasih dan rahmat Allah pada hamba-Nya

Semoga aku terus kuat dalam arus dunia yang menggongcangkan

Iman dan seisinya…

Saturday, June 4, 2011

Pelita Penuntut Ilmu

“Ilmu tasawuf itu ibarat mutiara di lautan. Ilmu feqah pula ibarat sebuah kapal. Ilmu usuluddin itu d umpamakan lautan. Kamu tidak mampu memiliki mutiara andaikata tidak menemui lautnya dan tidak memiliki kapal. Jikapun kamu menemui laut, jalan untuk memiliki mutiara adalah sangat sukar dan mustahil tanpa kapal sebagai pandu arah dalam pencarian kedudukan mutiara. Jikapun kamu memiliki kapal dan laut, tanpa mutiara itu umpama hidup yang tiada arahtujuan.

Begitulah perumpamaannya ilmu dengan alam. Ilmu2 tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Sungguh besar nilai ilmu disisi Allah sehingga ia mengangkat darjat seorang hamba ke tahap yang tinggi dan mulia. Kalam Allah yang pertama turun kepada junjungan yang Mulia Muhammad SAW ialah menuntut kita suruh baca. Bacalah dengan nama Allah yang maha Menciptakan. Dengan adanya ilmu, ia penerang bagi jalan yang lurus, memandu kita ke arah kebenaran.

Cuti semester ini, alangkah baiknya jika kita menghabiskan masa dengan mencari ilmu, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Dan saya berpendapat ilmu akhirat jua lah yang paling penting sekali. Kalau tak, nak tunggu sampai bilakan, masuk U nanti bukannya ada subjek agama sangat (for engineering). Dan bila kita grad nanti, ada mase ke nak cari pondok? tentu tidak. Kita akan lebih sibuk hal2 yang berkaitan duniawi. Kita akan sibuk memikirkan masa hadapan. Jadi bila lagi kita nak menuntut ilmu?

Ibadat tanpa ilmu adalah sia-sia. Ilmu itu adalah imam bagi amal. Jadi, nak lakukan sesuatu ibadat, kita perlu mempunyai ilmu, (cukup sekadar tahu, kerana tahu itu ilmu) Nak kahwin nanti, perlu tak ada ilmu?? so kita perlu berjaga2. Kita perlu mengaji adab2 dan hal2 yang berkaitan munakahat. Takut segala amal kita jadi sia-sia.

Akhirat esok, Allah tidak akan sekali-kali melihat rupa paras kita, tapi Allah akan lihat pada hati kita, keikhlasan kita, barulah Allah menilai amal kita. Bukankah seseorang itu masuk syurga dengan rahmat Allah? n_n Ingatlah, dunia ini pinjaman, duit bukan kawan, dan hidup tidak berteman. Hanya berteman iman dan amal.

 

Ya Allah,

Kurniakanlah kami

Kefahaman dalam agama-Mu

Jadikanlah kami insan-insan yang tetap

Thabat pada jalan-Mu

Kuatkanlah hati-hati kami

Supaya tetap bersamamu, mengingati-Mu

dan

Merindui syurga-Mu…