Monday, June 27, 2011

Langkah menuju nikah

Post kali ini saya ingin berbicarakan sedikit mengenai jalan-jalan menuju ke gerbang pernikahan. Entri ini sesuai untuk semua peringkat umur dan golongan lapisan masyarakat yang beragama Islam. [U]

Post ini diambil dan disunting daripada sebuah respon dari ustaz cinta. Bukan saya.

LANGKAH PERTAMA : NILAI SITUASI CALON.

Ya, pertama sekali kita kena menilai situasi calon. Kita kena tengok samada kedua-dua pihak dah bersedia ke belum nak berkahwin ni. Kalau saudara sendiri belum bersedia untuk berkahwin awal, so jangan layan sangat perasaan itu ya.

Dalam konteks pelajar, kalau kita sahaja yang bersedia manakala sebelah pihak lagi lebih menumpukan pada pengajian dan tidak mahu ada gangguan, maka molek benar jika perasaan itu disimpan terlebih dahulu. Tapi jika kedua-duanya berasa perlu untuk berkahwin, barulah boleh dizahirkan secara taaruf. Ta’aruf itu ialah mengenali si dia.

Saudara kena agak-agak dulu, adakah masanya sudah sesuai untuk zahirkan. Jika silap ‘masa’...berkemungkinan besar akan di ‘reject’ terus! Ini lagi sedih.

LANGKAH KEDUA : TA’ARUF

Seperti yang saya cakap tadi ialah ta’aruf. Cara ini untuk menzahirkan perasaan sahaja. Mudah bukan? ya, saya tulis memanglah senang. hehe. Buat ta’aruf. Ta’aruf ini dilakukan dengan cara mencari pihak ketiga untuk menjadi orang tengah sebagai moderator.

Orang tengah ini seboleh-bolehnya ustaz yang sudah berkahwin. Atau sesiapa pun boleh, yang diyakini agamanya. Biarlah ustaz dan isterinya tersebut menjadi moderator untuk pertemuan pertama bagi meluahkan rasa sebenar saudara kepada si dia. Itu lebih baik dan dianjurkan dalam Islam.

Tujuannya adalah untuk menilai samada si dia bersedia menerima saudara atau tidak. Tapi kalau tidak janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik untuk kita bukan. Mungkin si dia bukanlah yang terbaik kan?

Namun jika dia bersedia dan memperlihatkan kemahuan untuk menerima saudara... maka pihak perempuan kena memberitahu hasil perbincangan ta’aruf kepada ibu bapanya. Kemudian si lelaki kena buat satu tarikh untuk berjumpa dengan ibu bapa perempuan kali pertama (Berta’aruf dengan ibu bapa pula). Ini bagi mereka yang duduk berjauhan dengan ibu bapa.

Setelah si perempuan bersetuju dan ibu bapanya bersetuju. Barulah saudara boleh bertemu IBU BAPA si perempuan. Ini untuk mengelakkan saudara ditolak mentah-mentah oleh ibu bapa si perempuan. Selepas pertemuan ini, jika semuanya beres maka bolehlah masuk fasa bertunang.

Ingat. Jika saudara terus jumpa ibu bapa, silap haribulan. Orang kata ‘Kurang beradab’. Silap haribulan, kena reject juga. Kasihan.

* * * * * *

Soalan.

* Saya agak rapat dengannya sejak bersama-sama dalam menggerakkan kerja dakwah dan seruan Illahi. Bukan, saya tahu perkara sebegini harus ditangkis habis-habisan supaya jemaah tidak dikotori. tetapi, fitrah tidak mampu menipu bukan? Sering sahaja dia meluahkan masalahnya kepada saya, bertanya pendapat dan pandangan kepada saya itu dan ini malah seringkali meminta pertolongan saya dalam sesuatu yang diperlukan.

Biasanya, sering kali situasi ini terjadi pada mereka yang berada di jalan Allah. Dalam memperjuangkan agama Allah, mereka akan diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian yang dapat merencatkan perjalanan mereka dalam menggerakkan kerja dakwah. Untuk situasi di atas ini, kita kena ingat bahawa berkongsi masalah dan pendapat tidak salah jika ia tidak menarik kepada persoalan seksual. Namun, saya nak menasihatkan pada diri ini terutamanya agar berhati-hati dengan godaan syaitan yang akan cuba menyeleweng hati dan nawaitu kita.

Jika boleh cuba elakkan daripada situasi di atas berlaku kerama khuatir ia akan menjerumuskan kepada perkara yang mendekati zina. Jika tidak mahu mengelak, sila lakukan tindakan seperti di atas seperti berta’aruf dan terus rancang perkahwinan.

Ya, ada sebahagian wanita suka berkongsi masalah dengan lelaki berbanding berkongsi dengan kaumnya sendiri. Kenapa jadi begini ya? Ini kerana ada udang disebalik mee. Ada sebab-sebab yang tersembunyi dalam hatinya. Situasi ini kadang-kadang boleh membawa kepada perhubungan yang tidak diingini syarak.

Biasanya, kebanyakan daie dan penggerak jemaah akan diuji dengan fitnah wanita. Allah ingin melihat sejauh mana amalan dan prinsip yang diamalkan menerusi ilmu yang dipelajari. Jangan sampai tersungkur. Oleh itu, tetapkan pendirian dan jagalah batas pergaulan. Jangan sampai terlanjur cakap dan terlanjur perbuatan. Yang penting, ikhlaskan niat agar Allah membantu menyelesaikan masalah.

Sentiasa hazar dan istiqamah.

Selamat mencari cinta yang suci.

 

5460838925_9f83bb5ab2

 

link

3 comments:

  1. subhanallah..alhamdulillah..sgt menjawab persoalan2 sya la.. :)

    ReplyDelete
  2. @tanpa nama

    Alhamdulillah.. semoga bermanfaat...n_n

    ReplyDelete