“Alamak, dah lambat! bangun Nazrul, bangun..” Aku tersentap apabila melihat jam di handphone pukul 7.30 pagi. Malam semalam merupakan malam yang meletihkan apabila kami didenda sampai lewat waktu subuh di dalam minggu orientasi yang sungguh menyakitkan. Kisahku bermula disini sebagai seorang pelajar baru mengambil jurusan teknologi kejuruteraan komputer, tapi pergh, macam kursus tentera pula aku rasa.
Nazrul masih terkesima dan teramai-amai dek kerana keletihan teramat sangat. Hari ini merupakan hari terakhir untuk minggu orientasi tersebut. Aku lekas mengambil tuala dan timba dan bergegas ke bilik air. Siren diluar dah pun berbunyi memberi amaran pada pelajar-pelajar yang lain agar segera cepat bersiap.
“Baiklah, memandangkan ada di antara kamu yang datang lambat jadi sebagai akibatnya kamu semua akan di denda sekali, lari keliling bulatan 10 kali! selagi saya tak suruh berhenti jangan berhenti! faham!” Laung penasihat fasilitator selaku pensyarah di sana, Fakhrul Nizam. Hari ini kami semua akan bertolak ke Bukit Mertajam untuk slot terakhir, jungle trekking. Bunyi macam best, tapi sungguh menyeksakan.
* * * * *
“Baik, beratur mengikut kumpulan masing-masing, ketua berada di hadapan. Kita akan buat stretching dulu sebelum kita masuk hutan sana. Wakil setiap kumpulan, sila keluar ambil sarapan untuk ahli kumpulan masing-masing”
Akhirnya aku keluar mengambil makanan.
“Agak-agak bila la habis benda ni, baju aku banyak dah tak basuh.” Aku bergumam sendiri.
“Sabar Dhon… hari ini terakhir, esok lusa tak dapat dah join benda ni lagi.” Saddam cuba memujuk aku.
“Entahlah Dam… Masuk sini je pun, bukannya masuk kem tentera. Haih…”
“Semua pelajar di minta kumpul sekarang, beratur ikut kumpulan masing-masing kembali!” Laung salah seorang fasi.
“Kita akan masuk ke hutan mengikut group, so saya nak di antara kamu jangan cuba gerak bersendirian dan pastikan ketua kumpulan, ahli-ahli kamu ada dalam kumpulan. Kalau tak ketua kumpulan kena denda, Faham!” Tambah fasi tersebut.
Muka kami di conteng dengan arang dan ditandakan dengan nombor kumpulan masing-masing di pipi. Terasa macam komando la pula. Task akan diberikan mengikut setiap checkpoint masing-masing.
* * * * * *
Setelah hampir 15 minit berjalan, akhirnya kami tiba di salah satu checkpoint dimana kami di arahkan untuk mencipta lagu sendiri. Lagu tema kumpulan masing-masing.
Jelas, di antara kami tiada seorang pun yang bersemangat. haha. “Lalala…♫♫♫♫♫”
Then lepas tu task seterusnya ialah sesi fotografi sebelum ke next checkpoint seterusnya. Dalam-dalam kusut masai dan baju yang dah seminggu tak basuh, dan make-upnya yang sungguh ‘cantik’ di pipi, kami di paksa bergambar pula.
Akhirnya kami sampai di puncak bukit setelah separuh hari berjalan. Ada di antara group kami yang keletihan hingga hampir pengsan. Atas dasar semangat kepasukan (Assabiyyah, haha) akhirnya kami dukung juga kawan kami yang seorang tu. Dan dalam pada masa yang sama untuk sampai ke puncak bukit itu, beberapa barang amanah kami telah hilang dan ada telah digadai demi menebus kawan kami yang hilang. Macam-macam.
Banyak pengajaran yang kami dapat sepanjang perjalanan mendaki bukit tersebut di mana kami di didik agar sentiasa menjaga barang amanah dan memupuk semangat setiakawan. Perjalanan mendaki bukit ini amat-amat menguji ketahanan fizikal dan mental disamping task-task yang diberikan cukup menambahkan ilmu pengetahuan. Apa antaranya? Ialah, antaranya task tu kadang-kadang menguji IQ dan pengetahuan umum dan semasa.
* * * * *
Dan hari itu merupakan hari yang cukup meletihkan bagi kami. Sesudah pulangnya kami ke asrama, ramai di antara mereka kepenatan yang teramat sangat. Penutup bagi minggu orientasi tersebut, kami dihidangkan dengan jamuan makan malam dan persembahan oleh setiap ketua kumpulan. Malam itu adalah malam terakhir buat kami untuk berjumpa antara satu sama lain. Kami bersalam-salaman dan meminta maaf sepanjang seminggu bersama.
Dan disitu ukhuwahku mula terjalin. Disebuah perjalanan yang panjang, aku melangkah maju meneruskan hidupku sebagai seorang pelajar, seorang pejuang, seorang anak, dan seorang hambaNya.
Dan disitulah kehidupanku bermula…
kenangan semalam adalah pengubat rindu yang sangat mujarab. Keindahan sesebuah ukhuwah itu bukan terletak pada kerapnya mereka berhubung, tapi terletak pada ingatan seseorang kepadanya di dalam doa yang kudus dan suci. Ya Allah, rahmati kami meniti usia, temukanlah kami di akhirat sana… n_n
No comments:
Post a Comment