Salam, baru habis berblogwalking sambil mengutip ilmu. Ilmu itu umpama mutiara bukan? Banyak betul input untuk ditulis dan dek kerana itu aku menjadi blur. heh~ Baik, sebenarnya aku menulis disini bukanlah kerana nama. Aku tidak mahu mengejar nama atau meraih populariti, cukuplah orang mengenal aku hanya pada tulisan dan walaubagaimanapun tidak semua tulisan menggambarkan diriku yang sebenar, bahkan lebih kepada motivasi untuk diriku berubah ke arah itu.
Bukanlah nama menjadi impian tapi kerana agama. Ya, seandainya manusia menulis kerana nama, maka itulah yang dia akan dapat tapi aku tidak! Manusia itu diberi pilihan samada mahu hidup dalam iman atau kafir, dan aku juga diberi pilihan dan aku memilih jalan ini. Jalan dakwah, jalan yang tidak menjanjikan kesenangan dalamnya mahupun wang ringgit, harta, pangkat, dan wanita. Ya, aku tidaklah sesempurna dan sesoleh mana pun. Imam Hasan Al-Basri ada berkata,
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..”
Dalam agama ini, perjuangan memerlukan pengorbanan. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujuraat: 15)
Dalam melalui rencah dan onak perjuangan ini, ujian sering datang melanda-landa dan aku sebagai manusia biasa hanya bisa mengadu kekuranganku kepada Allah dalam mengharungi jerih kepayahan dalam menyampaikan ajaran agama-Nya. Seandainya aku tersilap maka tegurlah daku wahai sahabat sekalian. Sungguh tiada yang baiknya pada diri aku melainkan atas kurnia dan rahmat-Nya aku berbuat baik.
Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah Al-Imran ayat 200.
Jadi seandainya dijalan itu aku tersungkur, maka pautlah tanganku, bimbing, dan tegurlahku kembali agar tidak terpesong jauh dari rahmat dan cahaya Allah SWT. Mohon maaf andai sepanjang berjalan di alam maya ini terguris perasaan dan bagainya. (~^)v
No comments:
Post a Comment