“Ilmu tasawuf itu ibarat mutiara di lautan. Ilmu feqah pula ibarat sebuah kapal. Ilmu usuluddin itu d umpamakan lautan. Kamu tidak mampu memiliki mutiara andaikata tidak menemui lautnya dan tidak memiliki kapal. Jikapun kamu menemui laut, jalan untuk memiliki mutiara adalah sangat sukar dan mustahil tanpa kapal sebagai pandu arah dalam pencarian kedudukan mutiara. Jikapun kamu memiliki kapal dan laut, tanpa mutiara itu umpama hidup yang tiada arahtujuan.”
Begitulah perumpamaannya ilmu dengan alam. Ilmu2 tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Sungguh besar nilai ilmu disisi Allah sehingga ia mengangkat darjat seorang hamba ke tahap yang tinggi dan mulia. Kalam Allah yang pertama turun kepada junjungan yang Mulia Muhammad SAW ialah menuntut kita suruh baca. Bacalah dengan nama Allah yang maha Menciptakan. Dengan adanya ilmu, ia penerang bagi jalan yang lurus, memandu kita ke arah kebenaran.
Cuti semester ini, alangkah baiknya jika kita menghabiskan masa dengan mencari ilmu, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Dan saya berpendapat ilmu akhirat jua lah yang paling penting sekali. Kalau tak, nak tunggu sampai bilakan, masuk U nanti bukannya ada subjek agama sangat (for engineering). Dan bila kita grad nanti, ada mase ke nak cari pondok? tentu tidak. Kita akan lebih sibuk hal2 yang berkaitan duniawi. Kita akan sibuk memikirkan masa hadapan. Jadi bila lagi kita nak menuntut ilmu?
Ibadat tanpa ilmu adalah sia-sia. Ilmu itu adalah imam bagi amal. Jadi, nak lakukan sesuatu ibadat, kita perlu mempunyai ilmu, (cukup sekadar tahu, kerana tahu itu ilmu) Nak kahwin nanti, perlu tak ada ilmu?? so kita perlu berjaga2. Kita perlu mengaji adab2 dan hal2 yang berkaitan munakahat. Takut segala amal kita jadi sia-sia.
Akhirat esok, Allah tidak akan sekali-kali melihat rupa paras kita, tapi Allah akan lihat pada hati kita, keikhlasan kita, barulah Allah menilai amal kita. Bukankah seseorang itu masuk syurga dengan rahmat Allah? n_n Ingatlah, dunia ini pinjaman, duit bukan kawan, dan hidup tidak berteman. Hanya berteman iman dan amal.
Ya Allah,
Kurniakanlah kami
Kefahaman dalam agama-Mu
Jadikanlah kami insan-insan yang tetap
Thabat pada jalan-Mu
Kuatkanlah hati-hati kami
Supaya tetap bersamamu, mengingati-Mu
dan
Merindui syurga-Mu…
No comments:
Post a Comment