Thursday, January 31, 2013

The wonderful gift

It was really hectic and tiring.

Watching such divine beauty - sunset. Try closing your eyes.

.

.

.

.

.

.

Imagine at that very moment if Allah were to take a simple blessing that was granted to you; Being able to see.

You can’t watch the sunset anymore. You can’t watch your favorite TV shows anymore. You can’t watch movies with your friends anymore. You completely blind.

Only at that moment when Allah has took away your sight, are you going to say,

‘Thank You Allah for this simple blessing which I have neglected all this while’ ?

Are we not that thankful ?

Can we say that ?

InsyaAllah may Allah guide and help each an every one of us.

.

 
bukan sahaja pada awan kita bicara, matahari juga. –_–


p/s: Menurutnya, tulisan boleh membuat seseorang ‘jatuh cinta’, bahkan sebelum berjumpa penulisnya. Entah bagaimana, tapi seperti ada ‘nada’ dalam tiap kata, yang jika dibaca dengan hati, hormon endorfin keluar tiba-tiba. Kata orang Norwegian, kita akan mengalami ‘forelsket’, sebuah euforia yang muncul saat kita jatuh cinta. ‘Fallin in love’ with both the writing, and the writer !

maka hati-hati membaca. :p

.

Friday, January 25, 2013

Seperti itulah dia

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

[An-Nur: 43] 

.

Seperti itulah awan. Jelas dalam firmanNya. Sentiasa bergerak perlahan, dan kemudian berlapis-lapis. Dan selepas itu kita pula melihat hujan turun dari awan itu.

.

Bila awan yang gelap disusuri pula kilat yang menyambar, kita hampir-hampir hilang pandangan. Kerana sinaran kilat yang terpancar dari celahan awan demikian sifatnya, terang.

.

Dan Allah berkuasa menurunkan hujan batu kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Demikian Allah memberi pelajaran pada kita, dalam susun atur kata yang indah.

.

Dan pengajaran yang terpalit hebat di dada !

...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Awan sebiru lazuardi
dilangit Serkam Pantai
terbias di mata jauhari 
dalam indah rona senja
aku qiam sejenak..
menanti sang autopsi
mampir ke mari..
ya, dialah
muslimetmhzzz..

Kacau samun.



p/s: Ada apa pada tulisan jika yang memberi rasa adalah Allah.

Monday, January 21, 2013

The warm of nature

In the night full-moon of shadow. The little creeps crawling on the ground by the land-breeze brewing to the ocean . The darkest places in the caves, shown its beauty by the reflected of blue moon-light in the jungle.

Treble by the fascinating of the nature. With the spectacular and magnificent scenery.

A man standing up in the middle of the night, whispering to his god, the Al-Sustainable. With the low voice of his sound. Accompany by the cricking of insects.

Such the pure hearts he demands to his god. Hopes for something which invaluable,  the mercies from Ya Rahman.

Stood up still..

Anxiously, waiting and hoping.

Though, the life is can’t predictable. Today, this day.. he wake up with full of glittering in his eyes. Through life with full faith and piety toward fate is predestined for him.

He is just an ordinary little boy merely, a brother to his brothers, a man to his wife, a leader to his family and a caliphs on this world. Though but that, can the world be more warm to him?

Unconsciously, he just asked ... just asking for relief ...


B/h: Indeed, still need more learning in english.. grammar, composition and comprehension etc rubbish !! haha , well at least worth of trying.. Do you ? :p

Sunday, January 13, 2013

Menjadi biasa

Aku hanya seorang insan biasa
di dunia yang tidak biasa
yang hidup dengan mimpi luar biasa
Memiliki cerita-cerita yang hampir sempurna
tapi tidak pernah sesekali sempurna
dan tidak akan sempurna

..

sebenarnya kita sudah sama tahu
tapi kita pura-pura tidak tahu
kita hanya menutup sikap yang semakin melebar
mula menjaga ucap yang semakin merayu
berdiam kerana hati mula mendesah
mencuba menjaga dengan cara kita

..

hanya terima kasih dan maaf
Dua kata mewakili perasaan yang besar
Baris-baris suara yang kau ucap sambil lalu
hanya terima kasih dan maaf
aku bukan seperti dulu…


B/h: Kerana luasnya rahmat Ilahi, maka hidup itu tidak pernah berhenti dengan ujian. Sekali gagal bukan bermakna selamanya gagal. Jika berputus asa, adakah ia akan mengubah nasib hidupmu ?

*monolog sendiri*

oh, Dhon.. tolonglah bangkit…!!


Kerana langit hanyalah langit,
ia tidak boleh melihatmu bersedih

Thursday, January 10, 2013

Melangkah di atas awan

Bagaikan melangkah di awan

Semua hanya angan-angan,

tak mudah meraih bahagia

bila arah saling berbeza

..

Bagaikan rembulan dan mentari,

tak mungkin seiring, sejalan

Simfoni ini sebuah elergi,

dua irama di satu jalanan

Di sini ku bernyanyi pilu,

nuansa biru cinta kasih

Ku singkap tirai kelam malam,

ku nanti sinar fajar pagi

Lagu ku kan mengalun sendu,

menjadi bingkai dua hati

Melambai angan yang melayang

Ku jelang

esok kan ku jelang..

Meraih nur kasihMu

yang ku tinggal perlu..


p/s: Tatkala diri sedang dilanda musibahNya, pasti ada hikmah yang terselindung. Teruskan hidup. Ya, hidup perlu diteruskan. Kerana di atas segala musibah yang Allah berikan, Dia hanya pinta kita sabar dan solat.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Al-Baqarah: 45)

..
Lihatlah awan dan senyum, ^_^

Monday, January 7, 2013

Tersenyum melihat langit

Teringin sekali memilikinya

menggapai langit yang tujuh

tapi, sedar segalanya dengan izin Tuhan.

dari sisi lemah, aku hanya mampu berharap.

dan angan setinggi awan..

dalam bisikan doa kudusku.

Waima tak setaat lautan memuji Tuhan.

biar tutur bicara itu tersusun rapi,

yang akan dipersembahkan pada Rabbi

tatkala diri sudah tidak mampu lagi berusaha.

hanya untaian doa melambung tinggi

..

Senyum..

Melihat ujian yang datang

melihatnya dari kacamata seorang hamba

Tidaklah aku melihat sesuatu itu melainkan aku melihat Allah dalam sesuatu itu..”

Dan lantas mendongak ke atas

Melihatnya langit dengan pandangan bertuhan.

“ Ya Allah, tidaklah Engkau menjadikan semua benda ini dengan sia-sia.. Maha suci Engkau, lindungilah kami dari api neraka..”

Dan aku tersenyum melihat langit.


p/s: Hiba, lelah, rebah dan asa adalah salah satu bentuk ujian. Yang meminta perhatian untuk kita kembali kepada penciptanya. Dan itu yang mendewasakan kita! 

 

alone maybe lonely, but at least you don’t have no one to lose..!

Saturday, January 5, 2013

Resolusi 2013

Auu Chak! Haa.. terkejut kau.

Baik, 2013 baru sahaja membuka tirainya baru-baru ini.

Jadi untuk itu, aku harus membuat sedikit pelan pembangunan untuk merangka hala tuju selepasnya. Samada untuk melunaskan azam sebelumnya, mencipta azam baru, atau menginovasikan azam yang sedia ada.

Agar tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. :’)

Fasal-fasal 2013:

1. Menghabiskan kitabullah dan juga tafsirannya dua kali tahun ni.
2.
Lens tamron 70-300mm. [link]
3. Menghabiskan novel-novel yang telah dibeli ! (membazir kalau tak baca! huh!)
4.

Menghafal surah As-sajdah.

5.

Taknak missed pergi surau/masjid ! (subuh? erm..)

6.

Solat taubat tamo tinggal da lepas ni.

7.

Jangan nak tunggu exam jer baru nak minta maaf kat mak bapak. (ye, baik)

8. Jangan lupa turun mengundi.
9. Rajin bersedekah. (senyum kat tabung masjid pun bole)
10. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia. (Sepatutnya ini yang pertama, –_–)
11. Tambah berat badan. (underweight)
12. Cakna isu semasa. Bukan bola jer.
13. Sem depan nanti, tolonglah rajin sikit. LI pilih tempat yang jauh dari Melaka.
14. Belajar berjimat.
15. Belajar bangun pagi. Istiqamahkan tahajud. Esok kubur terang.
16. Buat yang terbaik. Jangan malas.
17. Nak cari jodoh? pergi mampos..

 

Maka dengan ini termeterailah sudah perlembagaan baru yang digubal oleh dewan parlimen.

Sebarang pindaan akan digubal dari semasa ke semasa seandainya ada demo dan bantahan.

best regard,
-me-


p/s: Dunia dan masa akan terus berjalan, maka hendaknya kita perlu berlari. Kerana terkadang kita perlu belajar berlari dahulu sebelum berjalan.[1] 

[1] Ahmad Syukry.