Bismillah.
16/Jan/2011. Sesudah rehlah bersama smartgroup2 yang lain. Cukup memenatkan dan meletihkan rohani dan jasmani serta emosi, fizikal dan mental dan spiritual.
Kesibukan masa membuatkan aku tidak mempunyai masa nak online. Alhamdulillah, memang itulah yang dipinta. Mungkinkah selepas ini lebih banyak ujian yang bakal menimpa. Ya Allah, permudahkanlah. Minggu depan khabar angin mengatakan bahawa ada kuiz statik. Waduh! tak study apa2 pun lagi. Masih lagi empunya masa nak menulis disini. (Kelakarla ko dhon..kih3…)
19/Jan/2011. Dalam sebuah ceramah ada menyebut, Penghadapan kamu kepada makhluk adalah palingan kamu kepada Allah. Palingan kamu kepada makhluk adalah penghadapan kamu kepada Allah. Disini ayat ini bermaksud jika kita benar-benar mencari keredhaan Allah dengan meninggalkan perkara yang sia-sia didunia, maka kita akan dapat apa yang dihajati. Bahasa mudahnya, jika kita mengejar dunia, akhirat akan berlari meninggalkan kita. Namun sebaliknya jika kita mengejar akhirat, dua2 akan berlari mengejar kita. Jadi mana lebih baik? ataupun menurut tafsiran dari Ustaz Solehhuddin, “jangan terlalu berhajat pada makhluk, dunia kita pegang namun hati tiada pada dunia…” Bagaimana doa nak dimakbulkan jika kita sentiasa menyibukkan diri dengan makhluk sedangkan kita tengah mengingati Allah. Dalam doa asyik2 terbayangla pasal si dia, si itu dan macam macam lagi. Jadi kita ingat, dalam bermuhasabah, sentiasalah mencari peluang mengingati Allah dalam setiap waktu. (even waktu kita tengah bonceng motosikal pun…)
Ramai yang dibutakan oleh permainan dan sandiwara dunia yang betul2 menggoda iman, jantung, dan akidah seakan-akan mereka akan kekal selama-lamanya didunia yang fakir ini. (tidak terkecuali diri ini) Tahukah kita bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir. Segala tipu muslihat hendaklah kita elak dan jauhkan agar terbebas dari belenggu fitnah yang benar2 dahsyat.
Sebenarnya mudah sahaja, (back to the point) setiap segala perkara bermula dengan niat sebagaimana satu hadis menyebut daripada khalifah Umar bin Khattab melaporkan katanya, “Saya pernah mendengar Nabi Muhammad SAW berkata, ‘Amalan seseorang itu ditentukan oleh niat-niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapat apa yang diniatkannya…’” (potongan hadis Imam Nawawi no. 1) Selama ini apa yang menghalang kita daripada cuba mendekati Allah. Bibir ini tutur dan fasih mengucap kalimah sayang dan kasih pada Allah, namun sejauh mana kita berusaha kearah itu. Seakan-akan ada batu besar dihadapan yang menghijab doa kita dari terus disampai dimakbulkan.
Ada sebuah cerita dimana salah seorang pemuda ini, demi membuktikan kata2 gurunya bahawa, gurunya berkata, jika kita bersungguh2 ingin mencapai sesuatu benda kita pasti akan dapat apa yang kita hajati. So, pemuda ini pun buat eksperimen tanpa sedikit pun rasa ragu pada gurunya (siddiq). Pemuda ini pun pergilah bertemu dengan raja dimana raja ini mempunyai seorang puteri yang sangat cantik. Pemuda ini berhajat ingin menikahi puteri tersebut meskipun dia adalah seorang fakir. Lalu melihat pada pemuda itu akan rajanya, lalu raja itu meletakkan satu mahar yang agak tinggi iaitu ketulan2 permata yang sangat bernilai untuk si puterinya.
Pemuda ini pun berlalu lah sambil memikirkan cara bagaimana nak mendapatkan permata tersebut. Lalu, si pemuda ini mengambil keputusan untuk menyelam ke dasar laut untuk mencari permata yang berharga. Dengan berkat ketaatan pada gurunya dan rahmat daripada Allah SWT, ikan2 di dasar laut berkerumun mencari permata yang sangat berharga tersebut lalu diberikan pemuda tadi. Si raja sangatlah terkejut akan apa yang dilihatnya, dan sebagai janji lalu mereka pun dinikahi. Namun sesudah itu pemuda itu melafazkan cerai talak tiga terus kepada isteri barunya dengan alasan dia sedang membuktikan kata2 gurunya.
Jadi cerita yang tak berapa menarik ringkas menunjukkan bahawa perkara yang dimulakan niat akan mendapat hasilnya dengan usaha yang bersungguh2 dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap apa jua perkara dan bidang yang sedang kita lakukan.
Akhir kalam,
Peliharalah perintah Allah serta jauhi laranganNya, nescaya kamu akan dapati Dia akan menolong kamu…
salam ukhuwah kembali...
ReplyDeleteInsyaAllah.. semoga Allah permudahkan...n_n
SubhanALLAH. Penulisan yang menarik akhi~!
ReplyDeleteMinggu dpn bkan CNY ka?
=.=
1st time baca blog ini. Xmengecewakan dari Dhon~
haha.. cha cha..... ade je ko.....
ReplyDelete