Bismillahirrahmanirrahim…
Salam maulidur rasul saya ucapkan pada semua kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. 1400++ tahun dahulu, telah lahir seorang yang tersangat mulia, yang turun sebagai rahmat Allah SWT, iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. Allah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Hari ini sebenarnya aku saya nak mengisahkan perjalanan program yang baru-baru ini saya lalui iaitu Back to the Sunnah episode 2: Camp yang dianjurkan oleh BADAR UteM, dengan kerjasama HEPA UteM. Program ni sebenarnya bertujuan mengembalikan sunnah Nabi Muhammad SAW yang telah ditinggalkan oleh ummatnya, dan banyak juga yang telah disabotaj oleh kafir laknatullah. Jadi bagi mengembalikan kegemilangan Islam yang lampau, kami cuba menampilkan beberapa sunnah yang menjadi kegemaran nabi kita yakni berenang dan memanah. Pada asalnya, nak juga buat berkuda, namun dek bajet terlampau tinggi sehingga ke angkasaraya, jadi kami terpaksa memotong kos untuk berkuda.
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" - riwayat sahih bukhari dan muslim.
Apa yang kalian faham mengenai hadis di atas? sekadar angguk kepala dan mengiyakan namun tiada refleksi sedikit pun? mean, tiada apa-apa respon yang menjurus ke arah melakukan suruhan Nabi Muhammad SAW tersebut. Mungkin ada yang terasa, sebab baru makan cili tadi, tapi belum terlambat untuk kita terus berubah, kan?
Selaku umat yang terpilih di akhir zaman, wajar sekali kita ambil Nabi sebagai idola kita, kerana baginda insan yang terpilih yang memegang anak kunci syurga. Sebagai tanda kasih sayang pada Nabi kita, seperti mana anda menyayangi kekasih anda di luar sana, kita haruslah mengamalkan segala sunnah baginda yang diperturunkan untuk kita amalkan. Tak dapat ambil banyak, ambil sedikit pun tidak mengapa kerana yang sedikit itu lama-lama akan menjadi bukit. Bahkan Allah sendiri suka pada mereka yang istiqamah melakukan amal-amal yang kecil, kerana disebalik itu ada keberkatan.
BTS2 yang baru berlalu baru-baru ini telah memberi peluang pada saya untuk belajar memanah, yang dimana set permainan ini amatlah mahal. Ada yang murah, tapi tak banyak tempat yang menyediakan sukan memanah ini. Sedikit kempunan saya tak dapat belajar berenang tapi tidak mengapa kerana laut itu sangat luas dan peluang mempelajarinya sangat banyak.
Memanah melatih kita memberi daya fokus yang sangat tinggi sambil terpaksa mengambil kira faktor-faktor lain seperti kekuatan fizikal, angin, dan permukaan geografi bumi. Ia memerlukan, ketenangan yang dalam, matlamat yang jitu, dan tumpuan yang tajam.
Hari maulidur rasul yang baru berlalu harap dapat disemadi dengan menanamkan tekad untuk lebih mendekati Rasulullah SAW dan mengamalkan segala sunnah baginda, dan diantara sunnah terbaik ialah berbentuk amal ibadat, ex; solat tahajud dan solat dhuha…
renung2kan selamat beristiqamah..~
No comments:
Post a Comment